Nak makan Asam Pedas yang sedap kenalah buat sendiri, barulah puas hati. Soalnya bagaimana nak masak asam pedas yang sedap lagi power rasanya. Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap.
Perkongsian daripada yang pakar dalam bidang masakan kita kena ambil dan jadikan ilmu. Nah admin kongsikan resipi arwah nenek Dato’ Chef Wan. Chef Wan memuat naik resipi ini menerusi laman instagramnya _chefwan58 baru-baru ini.
Selamat mencuba!
My late grandmother always berpesan.
“Bila masak Asam Pedas jangan lupa tumis chili tu sampai pecah minyak dan wangi.
Kau masak dia dgn api perlahan lahan jaga rempah jangan sampai hangus!
Kacau selalu jangan kasi lekat pada periuk tu nanti hangus.
Dulu2 kita guna periuk tanah sahaja.
Untuk sekali masak nenek ambil la lebih kurang 40 batang chili kering, bawang merah 10 biji, bawang putih 3 biji, 2 Cm Halia dan Juga kunyit hidup.
Nak guna belacan boleh cubit sikit tak nak pun boleh she said.
Kau kisar kan semua dan tumis la dengan minyak.
Dah wangi kau masuk la terong atau kacang bendi serta air asam jawa.
Asam jawa lebih tak apa.
Nama pun Asam Pedas.
Tak pedas, tak cukup Asam dan Wangi rempah tu mcm mana?
Lepas dah didih 5 minute tu kau masuk ikan dan Daun kesom serta bunga kantan.
Jangan masak Ikan tu lama2 nanti hancur.
Balik sekali sana dan sekali sini ikan itu.
Masak la dalam dia.
Lagi pun kuah itu masih panas”.
Mcm tu la pesan arwah Nenek Nun saya dari Alor Gajah.
She beside my mother was my best kitchen Guru.
Mengamuk nenek jika masak Asam pedas cair2.
Dia kata baik aja kau lempar ke Longkang itu.
Orang dahulu mengajar very precise dan tegas.
At lunch while preparing this dish mcm terbayang rupa nenek dan suara dia berleter dengan saya lagi.
Omg i missed her so much.
Sikit lagi air mata nak keluar.
Arwah is such a a kind and generous person.
Suka menjamu saudara Mara and has a big heart.
Pokok belimbing buluh lebat lagi berbuah at the back of my kitchen so i decided to add them too as vegetables.
Tak bila lagi nak makan belimbing buluh ini.
View this post on Instagram
Perkongsian Chef Wan itu menarik minat warganet, rata-rata mengucapkan terima kasih kerana berkongsi resipi.