Nampak macam mudah, tapi bukan senang nak dapatkan hasil telur rebus yang dikupas kulitnya licin dan cantik kejadaiannya. Pelbagai cara dan petua namun tak kena gaya memang tak menjadi.
Admin ada terbaca perkongsian dari lelaki yang membahsakan dirinya Chef Single. Saydara Hafiz Fizzainal berkongsi tip bagaimana mahu mengupas telur dengan cara yang mudah dan hasilnya cantik. Hanya dengan menggunakan garam dan minyak. Simple tapi menjadi.
Assamauikum kwn2 td CHEF Single ade terbaca posting perniaga nasi lemak dilema nak masak telur rebus…jgn risau chef single akan bantu bg tips nk kupas senang kwn2 dan peniaga diluar sane…kalo nk rebus utk 1500biji xde masalah ye…dalam masa 2jam utk mengupas telur..
Jom saya share 4 tips rebus telur yg mudah.boleh share dgn family atau kwn2 tips rebus telur
Ads
Tip kupas telur:
1.rebus telur dalam suhu didih 100’c dan masuk kan garam.
2.rebus telur dalam suhu didih 100’c tuang minyak masak sedikit.mudah untuk kupas
3.kalo kat rumah ade stimer.susun telur dalam bekas stim selama 21minit suhu 100’c.
4.sediakan periuk,air,tunggu sehingga mendidih lps tu selawat bnyk2 kompem senang kupas..
Setiap pasangan suami isteri punya cara tersendiri mencipta memori bersama. Begitu juga dalam menghargai dan memanjakan pasangan bagi membolehkan hubungan lebih erat.
Demikian juga dengan pasangan sama cantik sama padan Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri. Tidak dinafikan, setiap kali memuat naik gambar atau video bersama, kasih sayang antara mereka berdua cukup ketara. Sang suami sangat memanjakan isterinya, ada saja cara dilakukan.
Namun baru-baru ini Nedim atau nama sebenarnya Mohamed Nedim Mohd Nazri ini berkongsi sekeping gambar isteri kesayangannya itu sedang mengetip kuku kakinya.
Ingat lah wahai Isteri ku , Duniya ku …
Kalau ada terbau apa2 , Itu lah syurga mu sayang ❤️😁.
Demikian kapsyen yang dimuat naik Nedim sehingga mendapat reaksi ramai termasuklah isteri kesayangannya. Nora turut memberi komen dalam status suami kesayangannya itu.
“Tiada terbau lain, melainkan bau syurga ‘my jannah’. Ada apa lagi nak ketip?” tulis Nora secara berseloroh.
Betullah tu apa yang Nora cakap, syurga isteri di tapak kaki suami. Tidak hairanlah, ramai yang memuji tindakan pelakon berusia 39 tahun itu dan turut berkongsi pengalaman yang sama.
_ainnzdinIsteri cerdik yg solehah penyejuk mata penawar hati penajam fikiran, dirumah dia isteri, dijalanan kawan, diwaktu kita buntu, dia penunjuk jalan….
adeeredzuanSejauh mana kaki tiktok pergi,akhirnya dia pulang juga ke kaki suami. Nampakkkk…. isteri soleha gitulah!❤️
Bahkan, ada juga berkongsi pengalaman sendiri yang turut mengetip kuku suaminya.
Suami kita bukan orang lain
pnmell_Ok je.. I pun selalu je potongkan kuku suami.. Its not an issue at all.. Suami kiterr bukan suami orang woops! 😂
lztzSelama 27tahun kawin dgn suami saya.,memng sya yng ketipkn kuku kaki n tangan dia.tidak pernh rasa terhina atau penat kerana ikhlas membuatnya.
Bukankah Nabi mengalakkn kita berbuat begitu?malah Nabi juga mengalakkn para isteri utk merapikan misai dan janggut suami.
mrs_meivuiSyukur , 12 tahun sudah ketip kuku untuk suami , paling lucu , bila tengah bebel , suruh ketip kuku , terus diam , sebab focus , takut terpotong isi 😅😅
ladyfahmysy pon biasa buat macam ni dekat husband.
Perasan tak, kalau kita pergi ke pasar malam bersama keluarga dan lalu di gerai yang sedang menggoreng ayam berempah, baunya memang harum. Serta merta boleh buat kita beraasa lapar.
Andai ada pula yang teringin, apa kata kita buat sendiri menu Ayam Goreng Berempah untuk santapan seisi keluarga.
RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MEKZA
………………………………………………………… BAHAN:
1/2 -1 ekor ayam potong (12-14)
7-10 btg serai (potong dan kisar)
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
4biji bawang merah (kisar)
3ulas bawang putih (kisar)
2-3 sdb Chili flake
2sdb jintan manis (sangai dan kisar kasar)
2sdb jintan putih (sangai dan kisar kasar)
1sdb ketumbar (sangai dan kisar kasar)
1-2sdb tepung beras @ tepung jagung (mana-mana sahaja)
1-2 inci Halia (kisar)
Serbuk kari daging (agak-agak)
Daun kari
Kiub pati ayam @ garam
Serbuk kunyit
(kalini saya tak letak lengkuas macam biasa yang saya buat)
CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar, satukan semua bahan diatas dan gaul bersama ayam.
2. Perap dalam 1/2 jam .(kalau nak cepat tak payah perap pun tak apa).
3. Goreng dengan api yang kuat, minyak yang penuh. Minit last perlahankan api, warna dah menarik bolehlah diangkat.
“Ni cara mekza ye, kalau nak ikut..ikutlah…tak nak ikut pun takpe..ikut cara masing-masing.”
sumber : Tengku RosElyza Raja Muhammad Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menanam pokok kesum kadang-kadang menimbulkan masalah di hati ibu-ibu yang suka berkebun di laman rumah untuk memenuhi aktiviti di hujung minggu. Apatah lagi setiap kali dicuba untuk menanam kesum, tiap kali itu juga gagal.
Kalau hidup pun tidak segar bugar. Bila tengok orang lain tanam kesum, bukan main lebat dan menghijau daunnya. Ini memang menimbulkan perasaan geram yang tiada penghujung.
Untuk itu, jangan dipendam perasaan geram terlalu lama. Ayuh ikuti perkongsian daripada Wan Mohd Naziran di page Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri tentang cara untuk menanam daun kesum yang dipraktikkan mengikut petua menanam kesum oleh Cikgu Nur Kama . Apa yang pasti, ibu-ibu akan dapat lihat semaian kesum hidup subur selepas 13 jam.
Ini perkongsiannya
Petua Menanam
——————
1. Cari bekas yg boleh menakung air..apa2 bekas pun boleh
2. Isi tanah separuh penuh
3. Penuhkan bekas dgn air…kalau guna air paip pastikan biar selama 24 jam sebelum semai kesum
4. Ambil bahagian pucuk kesum dgn 5 6 helai daun…top part of the plant
5. Cucuk kesum tu ke tanah sampai tenggelam semua melainkan pucuknya
6. Pembajaan dibuat setiap 2 minggu…guna apa2 baja pun…larutkan dlm air
Semaian kesum hidup subur selepas 13 jam ditanam
Mula semai petang semalam dalam pukul 5pmJam 10pm…5 jam selepas semaianJam 8am….13 jam selepas semaian
sumber : Wan Mohd Naziran Via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...