Lagi beberapa hari sahaja lagi kita nak sambut raya, pelbagai menu yang sudah ada dalam pemikiran untuk dijamu pada tetamu hari raya nanti.

Yang mana teringin nak menjamu dessert untuk tetamu tu, haa boleh cuba buat cheesekut warna warni di aidilfitri gittew! Mesti tetamu puji tengok kek yang cantik warnanya tu. Jom kita tengok cara nak buatnya!

Resipi Cheesekut

Bahan-bahan :-

250 cream cheese(Saya guna brand Tartura)
1 paket biskut Deluxe Crackers Hup Seng
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan)
1 kotak kecil susu segar
Nestum
pewarna

Cheesekut Warna Warni Bak Pelangi Buat Jamu Di Aidilfitri!

Ads

Cara-caranya :-

1)Masukkan cream cheese, susu pekat manis dan 2 sudu susu segar ke dalam mixer/blender. Putar sampai sebati. Dah siap, asingkan ke dalam beberapa mangkuk untuk diletakkan pewarna.

2)Lapik loyang dengan plastik. Celup biskut dalam susu segar. Kemudian susun dalam bekas untuk buat tapak(lapisan pertama). Celup sekejap saja. Kalau rendam lame nanti jadi lembik.

Ads

3)Tuang adunan cheese ke biskut dan ratakan. Tabur nestum(optional).

4)Ulang langkah yang sama sampai biskut habis atau cukup untuk buat lapisan yang akhir.

5)Pastikan lapisan atas sekali ialah adunan cream cheese.Tabur nestum.

Ads

6)Dah siap masuk dalam peti sejuk sebelah bawah. Sedap makan semasa sejuk.

Cheesekut Warna Warni Bak Pelangi Buat Jamu Di Aidilfitri!

Inilah hasil kejadian selepas keluar dari peti sejuk. Selamat mencuba.

Sumber : Ada Suhaq

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI