Cetak Kerja Sekolah Anak Terus Ke Printer Guna Handphone, Tak Perlu Laptop. Mudah & Jimat!

Share

Apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bukan hanya mereka yang bekerja terlibat, bahkan anak-anak turut menerima tempias. Ini kerana mereka tidak menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah.

Justeru, pihak sekolah mengambil keputusan untuk memberi kerja sekolah secara online. Namun timbul isu kesukaran untuk mencetak ketrja rumah yang diberikan , terutama bagi mereka yang tidak memiliki peralatan seperti laptop dan sebagainya.

Namun, isu ini mudah untuk ditangani. Saudara Fizie JoeKer  berkongsi cara untuk memudahkan ibu bapa dan anak-anak mencetak terus menggunakan handphone tanpa perlu guna laptop.


#PKPday27

Hari ni abang nak share satu ilmu macam mana nak print-out daripada hp direct ke printer, tak payah pakai laptop & tak payah beli printer wireless/wifi yang mahal-mahal tu..😊😊

Abang faham musim PKP ni ramai parent yang pening kepala sebab nak print-out kerja sekolah anak-anak yang cikgu bagi by whatsapp group.. Ada yang sampai nak beli laptop & printer wifi yang mahal tu..jangan…jangan bazirkan duit tu.. ada solution nya…😅😅

Ok mula-mula korang kena ada 3 benda alah ni..

 

✅ Printer (tak kisah jenama apa,yang murah punya pun boleh)

 

✅ Cable OTG (korang boleh beli kat Eco/Ninso/DIY)

 

✅ Apps PrinterShare Mobile Print (korang kena download kat hp korang,cari kat dalam playstore)

 

Ok bila dah ready semua tu sambungkan cable USB printer ke cable OTG, lepas tu cucuk ke hp korang, ikut arahan PrinterShare tu untuk setting.. Siaapppp!!! 😁😁

Senang je kan.. Tak payah bazir duit nak beli printer yang mahal-mahal tu.. Ok kalau rasa ilmu ni bermanfaat korang boleh share.. tak payah mintak izin.. dipersilakan.. ermm😑😑