Dalam usaha mendidik anak sudah pastinya memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah Nabi Muhammad Rasulullah SA.W.
Sebagaimana yang dikongsi oleh Dr Ahmad Sanusi melalui perkongsiannya di laman facebooknya.
1. Ceritakan pada anak lelaki bahawa Rasulullah itu berperwatakan jantan, bukan berpenampilan pondan macam artis K-Pop. Pernah suatu ketika terdengar satu pekikan di Madinah yang membuatkan penduduk Madinah menjadi gempar.
Anas bin Malik menceritakan bagaimana ramai lelaki bergegas untuk mendekati bunyi tersebut. Sesampai di sana mereka mendapati Rasulullah dengan pedangnya telah sampai dan Baginda berkata:
لم تراعوا لم تراعوا فقال النبي صلى الله عليه وسلم وجدته بحرا يعني الفرس
“Jangan bimbang semua, jangan bimbang. Aku mendapati kuda ini (punca kepada bunyi tadi). (HR al-Tirmizi).
Hadith ini menggambarkan kejantanan Rasulullah. Keluar seorang diri dengan pedangnya, mencari punca yang menjadi ketakutan penduduk Madinah.
2. Ceritakan kepada anak lelaki bahawa Rasulullah itu adalah panglima perang yang memimpin kurang lebih 29 peperangan. Baginda sejak usia yang muda telah menyertai peperangan Fijar (sebahagian riwayat menyatakan usia Baginda 14, 15 atau 20 tahun). Sabda Rasulullah:
كنت أنبل على أعمامي
“Aku membantu pakcikku dalam menyediakan anak panah buat mereka (dalam Perang al-Fijar).” (Ibn Kathir, Bidayah wa al-Nihayah).
3. Ceritakan juga pada anak lelaki bahawa Rasulullah dengan kejantanan Baginda, beliau sangat memuliakan serta menyantuni wanita. Dalam sebuah perjalanan, Rasulullah pernah membawa Anjashah sebagai jurupandu unta buat isteri-isteri Nabi.
Ketika melihat Anjasha membawa unta dengan laju Rasulullah mengarahkan Anjashah supaya memperlahankan unta tersebut kerana khuatir situasi tersebut boleh menyakiti isteri Baginda yang berada di atas tunggangan tersebut. Sabda Rasulullah:
“ Perlahan sedikit wahai Anjashah, sesungguhnya (diatas tunggangan itu adalah wanita yang seperti) kaca-kaca (yang dimaksudkan adalah para isteri Baginda).”
4. Dalam ketegasan Baginda sebagai pemimpin, Baginda juga adalah seorang yang gentleman. Ceritakan pada anak lelaki bahawa Rasulullah menyantuni isteri-isteri Baginda.
Menurut Anas bin Malik, beliau pernah melihat Rasulullah menyediakan tempat duduk (lapik tunggangan) buat Sofiyyah supaya beliau dapat duduk dalam keadaan yang selesa. Baginda juga duduk sedikit supaya Sofiyyah boleh memijak lutut (kaki) Baginda untuk dia naik ke atas tunggangannya.
Moga Allah membimbing para pemuda kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebenarnya nak mendidik anak ini memang mencabar. Jika salah didik, anak akan menjadi seorang yang berperwatakan tidak mempunyai budi pekerti yang baik.
Hakikatnya untuk mempunyai anak yang baik, salah satunya dalam diri mereka perlu ada saling menyayangi antara satu sama lain.
Jadi, asasnya adalah kasih sayang ibu bapa itu kepada anaknya. Dengan ini secara tidak langsung membentuk kendiri yang baik untuk anak itu.
Begitulah perkongsian oleh Dr Taufiq Razif di facebook miliknya.
Ikuti perkongsiannya
” Anak suka pukul orang kalau dalam dirinya tak penuh “
Sebelum solat isyak tadi saya sempat We Time dengan bidadari saya. Sambil pegang tangan dia saya akan tanya bermacam macam soalan tentang aktiviti seharian dia dengan anak anak.
Sambil sambil tu dia ada kongsi teknik dan formula yang dia sendiri amalkan untuk handle anak anak yang suka pukul dan gaduh dengan orang lain.
Bidadari saya ni suka jaga anak anak yang umur 6 tahun ke bawah. Anak anak jiran pun kadang dia tolong jagakan.
Memang kadang tu mereka akan bergaduh dan saling memukul.
” Nabilah perasan bila kita banyak peluk anak anak ni jadi kurang pukul dan gaduh dengan orang lain. Untuk memberi dan berkongsi mereka kena penuh dulu “
Jika kita nak anak kita beri kasih sayang, mereka kena ada kasih sayang dulu. Biar dada dan hati mereka penuh dengan kasih sayang, barulah mereka boleh bagi kasih sayang tu pada kawan kawan dan adik beradik mereka.
Jika dalam hati anak kosong, lesu dan kurang kasih sayang maka mereka akan pancarkan benda tu pada adik beradik dan kawan kawan mereka. Mulalah mereka jadi ganas, suka pukul dan suka merampas.
Jadi betullah pegangan saya selama ni tentang satu ayat ni ” You can’t give what you don’t have”
TAK PERLU MARAH ANAK TAPI PELUK DAN PEGANG TANGANYA
Kadang kita tak perlu marah anak balik pun kalau mereka terbuat silap.
Ada masanya kita cuma kena pegang tangan mereka, sayang mereka dan peluk mereka ketat ketat tanpa perlu berkata kata apa apa pun kerana love needs no words as it is the universal language from the heart “
Dah jadi kebiasaan masa kini bila tiba hari kelahiran orang yang tersayang, rata-rata gemar berkongsi rasa dan abadikan kenangan di sosial media masing-masing. Tidak ketinggalan buat pelakon Aiman Hakim Ridza yang turut berkongsi isi hati dan penceritaan dari awal pengenalannnya bersama isterinya, Zahirah Macwilson sehingga mereka dikurniakan cahaya mata yang sudah genap setahun usianya.
Sempena hari kelahiran Zahirah, Aiman juga berkongsi rasa kagum terhadap isterinya yang merupakan seorang wanita yang kuat, cekal dan mempunyai nilai hidup yang tinggi dari dulu hingga kini, malah kini menjadi ibu yang hebat dan sentiasa memberi yang terbaik buat anak mereka, Isaac Raes.
Gambar ni semua gambar lama tetapi bermakna.
1. Ni gambar pertama dia TER…hantar dekat aku.Ada beberapa lagi gambar masjid lain di istanbul yang dia TERhantar…dalam hati dan kepala aku ada satu je time tu.Dia nak bina masjid dengan aku la tu kut. 😇
2.Ni gambar terawal dia hantar bila dia dekat set shooting.Aku pun cuba la selfie balik nak balas gambar yang dia hantar.Mcm mcm bentuk muka aku cuba.Semua mcm x kena.Baru aku sedar … ‘angau ni!’ 🤒
3. Time ni aku dah selesa dah dengan dia . Duckface semua aku buat.Dia boleh kata comel…xfaham aku 😅
4. Time ni baru lepas kahwin.Lockdown pulak.Waktu awal2 bercinta ada la jugak cakap `i nak kita berdua je takde orang lain’ …sekali jadi betul2 daa 🤭
5. Gambar ni few days sebelum dia bersalin.Tak banyak sangat benda yang ada dalam kepala aku masa ni selain menunggu dia bersalin dengan selamat😊
6. Saat paling berdebar+happy+lama+sekejap+terharu dalam hidup aku. 10 kali aku kira jari anak aku.tapi dia tenang 😎
7. Time ni paling mencabar untuk aku dengan dia.Dia perlukan aku dan aku pun perlukan dia.we suport each other.Pertama kali jadi parents pada minggu yang pertama adalah pengalaman paling lama dan berharga. 🤑
8. 1-7 ni semua adalah dari perspective aku semata mata.Nak tulis sajak inggeris panjang2 mcm ada yg kurang dan x dapat di ungkapkan.Apa yang aku nak cakap sebenarnya dari awal aku kenal dia sampai la sekarang dia adalah seorang wanita yang kuat, cekal dan mempunyai nilai hidup yang tinggi.Dalam bahasa inggeris `classy ‘ .Banyak yang aku belajar dari dia walaupun dia jauh lebih muda dari aku.Dia jugaklah seorang ibu yang hebat.Dari dia lahirkan anak kitaorg sampailah dah umur setahun ni dia sentiasa berikan yang terbaik.Nak ucap terima kasih tak cukup nak bagi hadiah pun tak ternilai.All i can give you back is my respect and love unconditionally.
Happy 27th Birthday to you wifey @zahirahmacwilson !!! Daddy and @isaacraees will forever love you no matter what…
Terdahulu, pasangan serasi Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson sudah melayari bahtera perkahwinan hampir dua tahun iaitu diijab kabul 20 Februari 2020 dan kini mereka dikurniakan seorang anak lelaki comel yang diberikan nama Isaac Raes yang baru sahaja cecah umur setahun Januari lalu.
Tahniah diucapkan buat penyampai radio, Fizi Ali yang telah selamat menimang cahaya keduanya selepas isterinya, Siti Zulaikha melahirkan bayi perempuan mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Fizi menerusi Instagramnya petang semalam.
Bayi perempuan seberat 3.36 kg itu dalam keadaan baik, begitu juga dengan ibunya.
“Syukur alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan kami sekeluarga.
“Yeah, mama dah selamat lahirkan baby girl. Kuat mama tadi, hampir enam jam bertarung untuk bersalin normal,” katanya berkongsi.
Tambah Fizi lagi, kehadiran cahaya mata perempuan itu bagi dirinya tambah membahagiakan.
“So sekarang bertambah la seorang lagi perempuan dalam hidup daddy,” luahnya.
Meninjau diruangan komen, peminat dan wargamaya turut menitipkan ucapan tahniah kepada Fizi dan isteri.
Terdahulu, Fizi dan isterinya, Siti Zulaikha mendirikan rumah tangga Oktober tahun lalu. Pasangan ini turut mempunyai anak menerusi perkahwinan mereka yang terdahulu.