Setiap hari minggu anak-anak sering meluangkan masa dengan menonton televisyen. Ada yang bermain game, ada yang tengok movie, ada yang bermain dan sebagainya.
Bagi ibu bapa dan penjaga, anda seharusnya memantau sebarang kandungan bahan tontonan anak jagaan anda sebelum terlambat!
Melalui satu perkongsian daripada pemilik akaun Karina Vailes di Facebook menjelaskan satu filem animasi baharu berjudul Jurassic World: Camp Cretaceous.
Jelasnya, ketika bersama dua anak lelaki, dia terkejut dengan pengisian filem animasi tersebut memaparkan babak yang tidak seharusnya ada terutamanya bahan tontonan anak.
“Saya terkejut apabila salah satu watak wanita animasi itu, Yaz mula mengakui perasaannya terhadap seorang gadis lain, Sammy.
“Kenapa saluran televisyen terbabit tidak menukar filem animasi itu kepada bahagian kandungan matang. Saya kecewa dengan semua rancangan moden yang mendorong idea homoseksual kepada kanak-kanak,” jelasnya.
Tambahnya lagi, fikiran anak-anak masih terbentuk dan tidak memerlukan rancangan seperti itu untuk memberitahu keadaan dunia ketika ini.
Katanya, menonton rancangan di saluran tersebut adalah untuk dihiburkan bukan untuk diserang dengan idea atau agenda politik yang tidak sepatutnya.
“Rupa-rupanya filem animasi itu berkisar tentang hubungan cinta lesbian dan saya dimaklumkan bahawa mereka menjadi ‘agak fizikal’ dalam salah satu episod.
“Saya kini telah menyekat rancangan itu daripada profil kanak-kanak. Tetapi, saya masih ada benda yang ingin dipersoalkan, siapa yang mengaut keuntungan daripada ini? Dan berapa banyak?” soalnya.
Zaman teknologi sekarang sangat lah membimbangkan sebab konten yang diperbuat daripada dunia barat sering memasukkan instrument LGBT, keganasan dan tabiat yang buruk walaupun dalam kartun. Anak-anak kita tak tahu untuk memilih isi kandungan kartun kerana padanya semua kartun hanyalah sama saja. Namun kita sebagai orang tua dan ibu bapa penjaga haruslah bijak dalam memilih konten untuk menjadi tontonan kanak-kanak.
Sumber : Kosmo!