“Ceria Je Abah!” PM Muhyiddin Kongsi Pengalaman Terima Suntikan Vaksin. Warganet Lahirkan Rasa Syukur.

Share

Semalam (25 Februari 2021) adalah sejarah buat semua rakyat Malaysia untuk dikenang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech sekali gus menjadi rakyat Malaysia pertama yang mendapat suntikan berkenaan!

Rentetan daripada itu, hari ini ramai yang ingin mengetahui keadaan dirinya setelah menerima suntikan vaksin berkenaan.

Dengan riak wajah yang ceria, kira-kira awal pagi tadi menerusi facebook miliknya, Muhyiddin Yassin beliau berkongsi pengalaman yang telah menarik perhatian ribuan rakyat Malaysia bahawa menjelaskan keadaan dirinya sihat seperti biasa.

“Alhamdulilah hari ni hari kedua selepas saya mendapat suntikan vaksin Covid-19. Semua berjalan dengan baik. Saya yakin vaksin ini selamat dan berkesan

Jauh disudut hatinya meluahkan rasa syukur apabila tidak mengalami sebarang kesan sampingan seperti demam.

“Alhamdulillah, saya rasa sihat, tak ada rasa demam, makan dan selera makan macam biasa.”

DAFTAR GUNA APLIKSI MYSEJAHTERA

Dalam pada itu, beliau merayu kepada orang ramai supaya menyokong usaha kerajaan untuk menghentikan virus bahaya ini dengan mendaftar diri di aplikasi My Sejahtera mendapat suntikan vaksin.

“Saya minta sekali lagi supaya semua memainkan peranan masing-masing menyokong usaha kerajaan dan negara untuk menghentikan Covid-19 ini dengan cara  mendaftar untuk menerima vaksin menerusi aplikasi My Sejahtera.”

Melahirkan rasa syukur diberikan kesihatan yang baik, beliau bagaimana tetap mengamalkan SOP seperti membasuh tangan walaupun sudah mendapat suntikan vaksin.

Untuk makluman, semalam Tan Sri Muhyiddin Yasin menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech, sekali gus menjadi rakyat pertama negara ini yang berbuat demikian. Penerimaan suntikan pertama bagi Malaysia itu disiarkan secara langsung menerusi pelbagai platform media termasuk di media sosial, bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran sebenar dan menyeluruh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula secara rasmi hari ini.

“Alhamdulillah, hari ini saya bersama petugas barisan hadapan, termasuklah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya.”

Dalam pada itu, menerusi komen rata-rata warganet melahirkan rasa syukur dan mendoakan Perdana Menteri terus diberikan kesihatan yang berpanjang.

Apa yang pasti, ingat pesanan PM, segera daftar di MySejahtera sebagai penerima vaksin, sekali gus dapat menamatkan virus bahaya ini. Jom daftar!

Sumber: Muhyiddin Yassin