Apabila kita berkahwin, pasti segala kekurangan dan baik buruk pasangan harus diterima dengan hati terbuka. Disebalik kekurangan tersebut, pasti ada kelebihan yang kita tak sedari kan.
Sebagai contohnya, pelakon dan juga usahawan, Diana Rafar bertuah kerana dikurniakan suami yang pembersih orangnya.
Biarpun pada awal perkahwinan mereka, apa jua yang dilakukan Diana serba tak kena, namun sikap ringan tulang Zamarul Hisham membantu pasangan ini untuk melayari alam rumah tangga dengan aman tanpa masalah.
Pun begitu, Diana Rafar baru-baru ini menerusi satu program bual bicara membuat satu pendedahan mengenai sikap suaminya yang menghidap Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) sejak awal perkahwinan mereka.
Lebih teruk, sikap cerewet suaminya itu pernah membuatkan perkahwinan mereka gagal pada tahun 2015.
Cerewet suami saya ni sehingga satu tahap saya down. Kita rasa asyik semua salah sahaja. Rasa tak sempurna dan sering terfikir macam mana nak jadi isteri terbaik. Sedih juga la, sampai awal perkahwinan dulu saya mengalah dan bercerai. Saya kata saya tak nak. Tapi bila sudah lama berfikir, saya boleh terima dan rujuk semula dengan dia.
Malah, dalam perkongsian Diana sebelum ini ada mengatakan sifat pembersih suaminya itu kini sudah menurun kepada anak lelaki mereka.
“Dulu baru2 kawin dengan @zamarulhisham93 susah nya lah nak sesuai kan diri .. rasa apa kita buat semua serba tak kena , gosok baju dia kata tak licin.. basuh pinggan tak kilat, susun barang tak cantik… habuk rumah tak boleh ada tapi alhamdullilah lama2 dia buat semua sendiri dah tak kacau Diana syukurlah asalkan dia rajin mengemas.
“Ingatkan semua tu dah berlalu dah tak rasa perasaan tu lagi, rupanya turun ke anak bujang ku @kashfihaiqal_ Allah hu! Takut mama. Nak keluar rumah 3x tukar baju, sikat rambut dia kata salah, pinggan dia setitik kotor pun tak boleh ada, sudu nk kena kilat mashaallah.
“Baru mama nak rasa okay dari perangai papa dulu rupanya turun ke anak. Apa pun mama bersyukur Allah kurniakan mama anak yang pembersih, dan banyak ajar mama erti kesabaran , walaupun kadang menguji iman mama.
Dalam pada itu, Dia berharap anak perempuannya, kayla tak ikut perangai papanya juga. Begitu pun dia enggan mengeluh sebaliknya menerima anugerah tersebut.
“Mama pegang 1 prinsip anak itu tetamu Allah , jangan mengeluh jaga lah amanah Allah itu dengan kasih sayang dan baik… mama luv kash forever sayang … moga jadi anak yang soleh dunia akhirat sayangku….❤️ #sabarituindah
Sumber: IG dianarafar