Apabila kita berkahwin, pasti segala kekurangan dan baik buruk pasangan harus diterima dengan hati terbuka. Disebalik kekurangan tersebut, pasti ada kelebihan yang kita tak sedari kan.
Sebagai contohnya, pelakon dan juga usahawan, Diana Rafar bertuah kerana dikurniakan suami yang pembersih orangnya.
Biarpun pada awal perkahwinan mereka, apa jua yang dilakukan Diana serba tak kena, namun sikap ringan tulang Zamarul Hisham membantu pasangan ini untuk melayari alam rumah tangga dengan aman tanpa masalah.
Pun begitu, Diana Rafar baru-baru ini menerusi satu program bual bicara membuat satu pendedahan mengenai sikap suaminya yang menghidap Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) sejak awal perkahwinan mereka.
Lebih teruk, sikap cerewet suaminya itu pernah membuatkan perkahwinan mereka gagal pada tahun 2015.
Cerewet suami saya ni sehingga satu tahap saya down. Kita rasa asyik semua salah sahaja. Rasa tak sempurna dan sering terfikir macam mana nak jadi isteri terbaik. Sedih juga la, sampai awal perkahwinan dulu saya mengalah dan bercerai. Saya kata saya tak nak. Tapi bila sudah lama berfikir, saya boleh terima dan rujuk semula dengan dia.
Malah, dalam perkongsian Diana sebelum ini ada mengatakan sifat pembersih suaminya itu kini sudah menurun kepada anak lelaki mereka.
“Dulu baru2 kawin dengan @zamarulhisham93 susah nya lah nak sesuai kan diri .. rasa apa kita buat semua serba tak kena , gosok baju dia kata tak licin.. basuh pinggan tak kilat, susun barang tak cantik… habuk rumah tak boleh ada tapi alhamdullilah lama2 dia buat semua sendiri dah tak kacau Diana syukurlah asalkan dia rajin mengemas.
Ads
“Ingatkan semua tu dah berlalu dah tak rasa perasaan tu lagi, rupanya turun ke anak bujang ku @kashfihaiqal_ Allah hu! Takut mama. Nak keluar rumah 3x tukar baju, sikat rambut dia kata salah, pinggan dia setitik kotor pun tak boleh ada, sudu nk kena kilat mashaallah.
Ads
“Baru mama nak rasa okay dari perangai papa dulu rupanya turun ke anak. Apa pun mama bersyukur Allah kurniakan mama anak yang pembersih, dan banyak ajar mama erti kesabaran , walaupun kadang menguji iman mama.
Dalam pada itu, Dia berharap anak perempuannya, kayla tak ikut perangai papanya juga. Begitu pun dia enggan mengeluh sebaliknya menerima anugerah tersebut.
“Mama pegang 1 prinsip anak itu tetamu Allah , jangan mengeluh jaga lah amanah Allah itu dengan kasih sayang dan baik… mama luv kash forever sayang … moga jadi anak yang soleh dunia akhirat sayangku….❤️ #sabarituindah
Sebaiknya kita sebagai ibu ayah perlu menyesuaikan diri terhadap skop pembelajaran anak-anak di sekolah. Apatah lagi, soalan-soalannya begitu mencabar, walaupun pada peringkat sekolah rendah.
Menyedari itu, seorang guru ini menggariskan beberapa tajuk dalam subjek Matematik bagi anak-anak yang belajar di darjah tiga untuk sama-sama difahami oleh ibu ayah bagi membantu anak-anak menguasai subjek yang dianggap sukar oleh anak-anak.
Jom baca perkongsian cikgu ini.
Apa yang anak kita di Tahun 3 akan belajar nanti? Jom saya 'BEDAH' untuk kalian.
1. TAJUK 1 ialah Nombor Hingga 10000.
Haa, makin advance dari Tahun 2 tau. Tajuk pertama ini sama macam anak di Tahun 2. Cuma nombornya makin besar main ribu riban dah.
Jika anak dah kuasai pada Tahun 1 dan 2, Tahun 3 Tajuk ini sepatutnya tiada masalah. Cuma perlu beri tumpuan pada sub topik Pola Nombor dan Penyelesaian Masalah. Makin tinggi aras KBAT soalan Penyelesaian Masalah.
Soalan Penyelesaian masalah ada dalam setiap Tajuk. Dan topik Penyelesaian Masalah PALING RAMAI murid tak faham dan tidak kuasai. Paling ramai. Titik!
2. TAJUK 2 ialah Operasi Asas.
Macam tahun 2, anak-anak perlu kuasai tambah, tolak, darab dan bahagi. Jika anak kalian di tahun 3 belum hafal sifir, ia merupakan masalah yang SANGAT BESAR!
Dan di Tahun 3 anak-anak kita mula belajar Operasi Bergabung tambah dan tolak. Contoh :-
4523 + 1089 – 268.
Juga dalam tajuk ini anak-anak dah didedahkan dengan Penggunaan ANU. Apa itu Anu? Bukan yang kat celah kangkang tu.
Penjelasan secara video ada saya buat dalam Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh. Join, lihat pengajaran saya, fahamkan dan ajar anak pula ya.
3. TAJUK 3 ialah Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Ha, dah makin tinggi aras pecahan, perpuluhan siap masuk peratus lagi di Tahun 3. Sebab tu saya cakap silibus kita bersifat kesinambungan. Ia berhubung dari tahun ke tahun.
Tak kuasai sedari tahun 1 dan 2, memang bermasalah bila masuk tahun 3.
Pecahan dah diajar pecahan tidak wajar pula. Kena pula sebut pecahan perseratus. Dan paling payah nak bagi anak faham ialah tukar ke dalam BENTUK TERMUDAH.
Topik perpuluhan tidak kurang cabarannya. Dah kena kaitan dengan petak seratus dan garis nombor tau. Penambahan dan penolakan nombor perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan juga dah diajar pada masa ni.
Manakala sub topik Peratus agak ringan. Ia sekadar pengenalan simbol, perwakilan peratus dengan petak seratus dan menyatakan kaitan peratus dan perpuluhan.
Dalam topik ini pun ada sub topik penyelesaian masalah tau. Pendek kata, topik ini agak berat. Saya sangat sarankan ibubapa beri pengukuhan topik ini di rumah.
4. TAJUK 4 ialah Wang.
Di tahun 3, topik wang makin mencabar. Selain tambah, tolak, darab dan bahagi wang, ada juga operasi bergabung melibatkan wang.
Di tahun 3 juga anak mula diperkenalkan dengan mata wang asing (ASEAN). Mana la tau kalian bawa anak pergi melancong ke Vietnam ke, mereka dah kenal mata wang tu tau.
Juga tidak dilupakan, sub topik Simpanan dan Pelaburan juga ada. Pendedahan kepada pentingnya menyimpan dan melabur. Last sub topik semestinya Penyelesaian Masalah. Fuh, berasap juga topik ni.
5. TAJUK 5 ialah Masa dan waktu.
Makin jauh dah anak-anak kalian belajar masa dan waktu di Tahun 3 tau.
Perkaitan tahun dengan bulan, minggu dengan hari, membaca kalendar Masihi, tambah dan tolak masa, operasi bergabung, darab dan bahagi masa pun diajar di tahun 3.
Kasar juga mainan Tajuk 5 ni.
6. TAJUK 6 ialah Ukuran dan Sukatan.
Ha, ni tolong bagi tumpuan ya mak ayah. Pastikan anak-anak dah boleh menukar unit m – cm, kg – g, l – ml tau.
Juga mereka kena tahu menyelesaikan ayat Matematik tambah, tolak, darab dan bahagi hingga tiga unit ukuran. Fuh, berasap lagi.
7. TAJUK 7 ialah Ruang.
Dalam tajuk ini anak-anak dah diperkenalkan apa itu prisma dan ciri-cirinya. Prisma tu apa? Hah, aku tanya kau yang tua.
Mereka juga belajar apa itu Poligon Sekata dan Paksi Simetri. Sekali lagi aku nak tanya yang tua ni, ingat lagi apa itu Poligon Sekata dan apa itu Paksi Simetri tak?
Haaa, termenung panjang nampak. Ke dah buka Mak Cik Google nak cari jawapan?
8. TAJUK 8 ialah Koordinat.
Ni tajuk baru yang anak-anak tak belajar di Tahun 2. Koordinat ni topik senang nak bagi murid faham. Biasanya topik ini tiada masalah bagi anak-anak kita.
9. TAJUK terakhir ialah Pengurusan Data.
Di Tahun 3 anak kita diperkenalkan pula dengan carta pai. Ya tuan puan, dah kena tahu ciri-ciri carta pai dan cara baca carta pai dah bila masuk Tahun 3 ni tau.
Tidak dilupakan, pada tahun 3 juga anak-anak kena tahu Perkaitan Antara Piktograf, Carta Palang dan Carta Pai. Tu dia. Bakal pakar statistik anak-anak kita bila kuasai topik Pengurusan Data ni.
Ha, itulah semua 9 TAJUK yang anak-anak kita akan belajar di Tahun 3.
Suka aku ingatkan, di tahun 3 ini mereka WAJIB kuasai dan hafal sifir. Wajib juga kuasai topik PECAHAN yang dinamakan ibu segala topik.
Bahan pengajaran beserta video yang saya sarankan untuk membantu anak kalian faham pecahan dan kuasai sifir saya tulis di ruangan komen ya.
Yang terlepas pembedahan saya untuk tahun 2, baca di link ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2768404103181167&id=100000348124684
Yang terlepas pembedahan saya untuk tahun 1, baca di link ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2764658083555769&id=100000348124684
Sekian, terima kasih.
#MFS
– Membedah DSKP Tahun 3 agar semua bersedia –
Tidak dinafikan mendidik anak bukan tugasa yang mudah. Lebih mencabar apabila anak-anak semakin membesar dan mempunyia pelbagai kerenah diluar dugaan. Memang anak ini anugerah yang amat bernilai yang perlu didik dengan sebaiknya. Namun ada segelintir ibu bapa kadang kala sukar mengawal emosi sehingga anak menjadi kemarahannya.
Kesannya, tanpa sedar akan membuatkan anak memberontak dan menujukkan rasa tidak puas hati.
Sudah pastinya setiap ibu bapa inginkan anak-anak yang mendengar kata. Selain membacakan ayat-ayat doa melembutkan hati anak, kita sebagai ibu bapa juga perlu muhasabah diri.
Mendidik anak dengan sabar, tanpa tengking atau memarahinya dengan suara yang kuat akan membuatkan sukar melembutkan hati anak.
Begitu dengan perkongsian ini. Menyediakan rahsia muda untuk melembutkan hati anak-anak.
.
1 Rahsia Lembutkan Hati Anak-Anak.
Dulu saya ingat lagi, masa saya kerap marah tengking cubit Rizqi, dia jadi sangat ‘kental’.
Tak makan dek saman orang kata.
Tapi sejak saya alhamdulillah dah berbulan-bulan takda dah marah tinggi suara dengan Rizqi sejak amalkan Good Rizqi ni.
Ada 1 perubahan yang paling luar biasa.
Biasanya, hari-hari setiap kali Rizqi buat kebaikan, saya dan isteri akan kerap cakap,
“Ummi Papa bangga dengan abang”
Sampai satu tahap, bila dia buat perangai tak baik yang agak melampau, kami hanya cakap dengan nada lembut je,
“Ummi Papa kecewa dengan abang”
Nak tau apa yang jadi?
Menangis meraung dia bila dengar tu.
Bersungguh dia minta maaf sambil nangis, hanya sebab serangkap ayat tu.
Sebab apa?
DIDIK ANAK DENGAN TENANG
Sebab bila kita kerap handle dia dengan tenang, dengan pujian, tiada marah tengking, apatah lagi cubit,
Even dengan ayat “kecewa” pun dah boleh sentuh hati dia.
KERAP MARAH, SUSAH NAK SENTUH HATI ANAK
Kalau masa kami kerap marah tengking cubit dia dulu, susah nak sentuh hati dia.
Yelah kan. Apa lah sangat kita cakap kecewa, sedangkan hari hari kita siap cubit lagi.
Hati anak jadi lagi keras.
JANGAN TENGKING MARAH
Jadi Tuan Puan, rahsia nak lembutkan hati anak ni simple je.
Kita kena biasakan didik dia dengan lembut, tenang, jauhkan dari tengking marah.
Anak tu ibarat span. Kita banyak siram air, lembablah ia basah.
Kalau hari-hari kita asyik perah, biar di tengah panas, maka keringlah dia mengeras.
Sungguh, ia mungkin tak mudah, tapi berbaloi. InsyaAllah.
Bahagianya melihat kemesraan dan kasih sayang antara dua buah keluarga besar ini.
Ke mana sahaja pasti seiringan termasuklah dlm soal anak-anak. Tidak hairanlah apabila netizen melabelkan mereka sebagai keluarga contoh.
Terbaru, pasangan memey Suhaiza dan Norman Hakim telah menyambut ulang tahun perkahwinan kali ke 8. Bersempena dengan itu, pasangan ini telah mengadakan satu majlis kesyukuran.
Malah, dalam satu majlis doa selamat yang diadakan di kediaman Norman, pasangan ini turut mendoakan kesembuhan buat Abby Abadi selepas dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan.
Terima kasih Allah s.w.t..terima kasih anak2 saya dari #RPWP#RumahPengasihWargaPrihatin yang sentiasa berada disisi untuk sama2 meraih perhatian & kasih sayang dari Allah s.w.t & kerajaanNya . .
Alhamdulillah kami sedang & tak akan berhenti berusaha untuk meraih perhatian & kasih sayangMu Ya Allah…mohon didengari doa2 dari kami yg khilaf ini supaya setiap bait2 doa kami ini diberi pertimbangan & didahulukan yg terdahulu mengikut keperluan kami kerana Engkau yang memegang & menjaga hati2 kami serta Maha Pengatur & Maha Pengasih ke atas kehidupan kami Ya Allah❤️
Demikian antara bait-bait kata yang diungkapkan oleh Norman Hakim menerusi laman instagramnya.
Norman turut memuat naik perkongsian mengenai majlis tersebut sambil berterima kasih kepada anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin yang sudi hadir ke rumahnya untuk menjayakan majlis kesyukuran dan doa selamat.
Di dalam perkongsian tersebut, Norman turut memuat naik pengisian doa yang diadakan dalam majlis tersebut.
Pengisian doa selamat
Perkongsian Norman itu mencuri perhatian netizen apabila mereka turut mengaminkan setiap doa yang disenaraikan. Netizen turut mendoakan segala urusan keluarga pelakon itu dipermudahkan serta Abby diberikan kesihatan yang baik.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.