Tiada pasangan yang berkahwin mahukan perpisahan, namun andai sudah takdirnya jodoh tak panjang berusaha sekuat mana sekali pun takkan berjaya. Demikian juga dengan lelaki bernama Ariff Ismail yang berkongsi kisah rumah tangganya putus di tengah jalan.
Walaupun cuba berbaik kembali usai bercerai, namun ternyata anak tidak mampu membuatkan ikatan tersebut menjadi teguh andai hati tidak sepenuhnya menerima. Lalu, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah buat kali kedua, namun masih berbaik demi anak.
KISAH KU INGINKAN
“Berakhir sudah pencarian dalam cinta…berlagu di ikatan suci kita..”
Kata kata adik sepupu saya bermain di minda. Betul juga budak ni cakap, business dah stabil, hidup dah makin tenang, boleh dah ni nak kahwin.
Pada masa sama masih teringat pengalaman tahun 2013, ku sangka kan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Saya pernah bertunang tahun 2013 dengan gadis pilihan hati, namun putus ditengah jalan.
Tiada jodoh
Wehh bercinta dari 2005 masa form 6 lagi, dah kenal lama. Tapi biasa la lelaki sepanjang dari 2005 hingga 2013 ada je cinta cinta selingan. Nak di jadikan cerita, kami tiada jodoh untuk berumah tangga.
Betul lah cakap orang tua, dugaan bertunang ni hebat. Macam macam jadi, boleh dikatakan lepas bertunang dalam seminggu sehari je kami berdamai. Lagi 6 hari perang dunia. Ada je tak kena di mata cik tunang dan di mata saya.
Selepas kami berusaha sehabis baik, kami buat keputusan untuk tidak meneruskan ke alam perkahwinan. Kami ambik jalan membawa haluan masing masing. Dia pon dah kahwin dan ada anak sebaya anak saya.
Perkahwinan yang dirancang
Bila umur masa tu dah menjangkau 29 tahun, keadaan makin stabil, tekanan soalan perkahwinan semakin memuncak. Nak dijadikan cerita, mana ada masa nak bercinta, hidup saya dengan busines saya. Maka bermulah perkahwinan yang dirancang.
Ads
Ibu saudara saya kenalkan seorang gadis kepada saya. Jumpa first time terus jumpa mak bapak dia sekali. Kami pon berkenalan, lepas sebulan berkenalan kami mengikat tali pertunangan. Selepas 4 bulan bertunang, hari yang ditunggu tiba. Berlangsunglah majlis perkahwinan gilang gemilang.
Krisis rumah tangga
Resepsi je 3 kali, maka bermulah hidup sebagai suami isteri. Masa tu, Allahu nikmat nya berkahwin. Lagi nikmat bila baru sebulan kahwin bini dah ngandung. Tembakan pertama menghasilkan benih.
Bermula lah persiapan kami sebagai bakal umi dan ayah. Hari yang cerah makin gelap, langit yang terang makin mendung. Di usia kandungan bini 7 bulan, kami berhadapan krisis rumah tangga kali pertama.
Segala yang indah jadi buruk, segala yang wangi jadi busuk. Benda jadi betul betul lepas raya, saya tak dapat kawal emosi, saya drop je wife kat rumah mak bapak dia, saya terus gerak balik ke KL.
Masa sampai KL, baru sel sel otak berhubung, apa yang bodoh sangat tinggal bini mcm tu. Tapi masalah kami bukan biasa biasa, memang tak boleh nak difikir kan. Nampak kejam tapi itulah jalan terbaik yang kami ada.
Saya memang elak untuk jumpa bini masa tu, sampai lah mak mertua call saya cakap bini nak jumpa nak bincang. Dan disebabkan hati yang panas dan pendek akal, perbincangan yang baik jadi buruk. Maka terlafazlah talak ketika bini sarat mengandung.
Ads
Hilang pertimbangan
Saya tahu, memang ramai yang akan kecam dan sama kan saya dengan seorang ” Pencetus Umah ” yang viral lakukan perkara sama. Tapi hal rumah tangga bukan kita boleh nilai brother. Bila tiada pertimbangan itu lah terjadi.
Sampailah masa, bini nak bersalin masa tu, saya tak lepas tangan, tetap ikut seperti yang telah dijanjikan. Sediakan yang terbaik untuk bini dan anak yang bakal lahir. Hati berfikir, nak pergi ke tak nak.
Sampai lah ayah saya call, dia cakap cukup mudah, anak yang nak keluar tu anak kau, yang ada masalah kau dua orang, bukan anak tu. Dari KL saya pecut balik ke kuantan untuk sambut kelahiran anak saya.
Rujuk semula
Hati memang panas masa ni, tapi perasaan nak dapat anak tu lagi menebal. Saya teman gak bini dalam labour room. Brother, bukan mudah nak bersalin induce dari malam membawa ke petang esok nya baru bersalin.
Bila saya nampak je anak saya lahir, masa tu tak fikir dah ego ke, jantan ke, airmata ni memang x boleh ditahan. Berderai meraung tengok anak, masa tu nak azan kan sampai nurse cakap, sabar, relax jangan nangis azan kan anak dulu.
Ads
Saya terus datang kat bini, saya minta maaf dan rujuk semula. Bini pon minta maaf kat saya sekali lagi, masa time sakit tu dia dah berkali kali minta maaf gak. Maka berdamai lah kami dan kembali rujuk sebagai suami isteri.
Jaga anak bini dalam pantang
Bermula lah episod saya jaga bini dan anak dalam pantang. Lepas habis pantang saya bawak bini pindah KL. Tak tengok anak sehari rasa tak complete hidup. Kami duduk lah bersama di KL dan happy ever after.
Sebenarnya tidak, kami tetap ada masalah sebagai suami isteri. Masakan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Setiap hari akan terfikir, drama apa yang akan jadi, kami ni jenis ada masalah mesti akan bincang sama sama.
Bila dah bincang pon tetap jadi masalah, dan ada pulak tokok tambah dari orang luar. Kami rasa selama ni kami berbaik hanya untuk anak. Bukan dari hati kami. Masa tu, pilihan yang ada kami duduk berasingan terlebih dulu. Dan bila kami rasa perpisahan jalan terbaik, itu yang kami lakukan.
Berhubung baik demi anak
Mana ada orang kahwin untuk bercerai brother, sama la macam kami. Namun jodoh itu bukan milik kami. Kisah yang kami ingin kan bukan terjadi seperti yang kami impi kan. Kami berpisah secara baik, tidak bergaduh. Dan hingga kini masih berhubung baik untuk anak tunggal kami.
Nasihat saya pada semua, dalam rumah tangga kenalah tolak ansur, saling bantu membantu. Jangan biar orang luar masuk campur urusan family kecil kita. Buat persiapan emosi dan fizikal. Jangan terlalu ego walaupon kesalahan dari pasagan kita. Inshaallah aman rumah tangga.
Mencipta ruang laman di balkoni yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan, apabila di tanam di dalam pasu memang cantik dipandang.
Pun begitu, masalah yang sering dihadapan saa lakukan proses menyiram pokok. Pasti ada lelehan air yang boleh menyebabkan lantai menjadi Kotor.
Ingin tahu tip untuk tidak berlaku bagitu, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Ramai yang bertanya pasal mini garden atau ‘container garden’ kat balkoni rumah saya ni. So saya cerita lah serba sedikit:
1. Berada di tingkat 16. Cahaya matahari yg cukup dan sekali sekala tempias hujan sekiranya berangin.
2. 95% pokok, pasu dan rak dibeli dari IKEA, kerana kebanyakan pokok di IKEA adalah dlm ‘container’ dan indoor.
3. Tidak semua pokok perlu cahaya matahari direct dan tidak semua pokok perlu disiram setiap hari.
4. Tips untuk siram pokok-pokok ni supaya tidak mengotorkan lantai.
Tips siram pokok elak lantai kotor.
Sila baca tip yang dikongsikan ini.
1. Gunakan alat penyiram yang ada muncung, supaya air terus di siram ke dasar pokok/ tanah bukannya ke daun. Kalau ke daun, air akan melimpah ke atas lantai. Lain lah kalau pokok yg kat laman rumah atas tanah, boleh siram terus ke daun-daun pokok .
2. Jangan siram dengan banyak, memadai untuk basahkan tanah. Pokok yang ditanam dalam pasu/container tidak memerlukan air yang banyak seperti pokok yang ditanam atas tanah dilaman rumah. Air yang banyak boleh menyebabkan akar pokok mati.
3. Gunakan pasu yang sesuai sama ada yang jenis ada pelapik , atau gunakan pasu dua lapis sebagai pasu pendua yang tiada lubang di dasarnya.
4. Pastikan tempoh siraman mengikut keperluan pokok. Ada pokok perlu siram tiap-tiap hari dan ada yang perlu siram 3-7 hari sekali .
5. Misting atau semburan kabus, elok dibuat 2-3 kali seminggu ke daun-daun pokok. Semburan misting ni tak menyebabkan air meleleh keluar ke lantai balkoni .
Banyak hal membuatkan kita sebagai ibu ayah kurang sabar melayan ragam anak-anak. Kadang-kadang membuatkan tanpa sedar kita meninggikan suara dan menengking anak-anak jika berbuat silap.
Pun begitu, tahukah anda tindakan tengking, herdik dan meninggikan suara ini bukannya membawa kebaikan kepada anak untuk mendengar kata dan arahan kita. Malah lebih menyedihkan boleh menyebabkan anak tidak mendengar kata dan menjadi lebih agrasif.
Hal ini sebagaimana yang diterangkan ini.
Bahaya Tengking Anak
Bila kita tengking anak kita, bahagian otak anak kita yang bernama Amygdala tu akan aktif.
Amygdala pula akan aktifkan Hypothalamus. Hypothalamus pula akan aktifkan kalenjar Pituitari. Kalenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan anak kita iaitu hormon cortisol , adrenaline dan noradrenaline.
Hormon cortisol ni nanti akan buatkan otak anak kita kehilangan neuron di bahagian Pre-Frontal Cortex tu. Padahal bahagian Pre-Frontral Cortex tu kena berkembang sempurna, baru anak jadi mudah dengar cakap.
Tu yang kita makin tengking anak kita, dia makin jadi agresif dan susah dengar cakap.
Makin kita tengking anak kita, makin aktif amygdala otak kita sebab ianya akan aktif bila kita makin emosi. Macam otak anak kita juga, bila amydala otak kita aktif maka ia akan aktif Hypothalamus dan Hypothalamus ni akan aktifkan kalenjar Pituitari.
Kalenjar ini pula akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan kita iaitu hormon cortisol, adrenaline dan noradrenaline.
Efek hormon stress ni pada badan kalau ianya selalu sangat aktif :
– lebih berisiko kena penyakit jantung
– lebih mudah kena depression dan anxiety
– kacau sistem pencernaan kita
– kacau tidur kita
– badan makin cepat gemuk
– lebih cepat lupa
– mudah sakit kepala dan migrain
Aduh. Jadi tak baik la tengking anak ni? Memang tak lah. Sebab efeknya bukan cuma pada anak tapi melarat sampai kepada tukang tengking anak tu juga.
Sebab tu saya selalu ajar ilmu ni pada isteri saya ‘bila rasa nak marah melampau tolong Time Out diri sendiri dulu’.
Cari masa untuk PAUSE sebentar. Bagi masa untuk bagi fikiran rasional tu kembali kuasai diri sebab kalau kita tegur anak masa kita tengah marah melampau, masa tu yang kawal diri kita bukan fikiran rasional tetapi yang kuasai diri kita pada masa tu adalah fikiran emosional’
Sejak penularan Covid-19, sesi persekolah dilakukan secara PdPR atau Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah.
Sudah pastinya peranti seperti telefon, komputer atau laptop akan digunakan untuk sesi pembelajaran.
Bagi setiap ibu bapa pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak. Ada yang sanggup berhutang atau gadai barang kemas untuk membeli peranti ini bagi memudahkan urusan pembelajaran anak.
Hakikatnya tidak semua ibu bapa mampu membeli peranti yang baru pada harga yang agak mahal. Pilihan yang ada adalah membeli peranti yang telah diguna pakai atau second hand. Sudah pastinya dalam kondisi lama dan reka bentuk pun tidak ‘terending’.
Dalam usaha ibu bapa menyediakan kemudahan pembelajaran, ada segelintir anak tidak menghargai usaha itu. Malah ingin memiliki perenti serba baru dan canggih.
Begitulah yang situasi yang dihadapi oleh lelaki ini yang terkilan dengan sikap anak pelanggannya yang tidak menghargai usaha ibu bapanya.
Ikuti perkongsiannya.
Anak tak suka laptop, ibu terpaksa cancel beli
Hari ini, 2 pelanggan membatalkan pembelian laptop. Alasannya adalah anak mereka tak minat dan tak mahu, walau setelah seminggu saya hantar gambar dan juga harga.
“Maaf ustaz. Ana saya kata macam calar-calar. Dia nak yang macam baru.” “Maaf ustaz. Boleh kurang ke? Anak kata laptop tu buruk sikit”
Saya teringat kisah jual laptop pada seorang pelajar, yang mana saya sanggup drive sampai utara, bawak anak isteri semata-mata sebab ibunya nak minta sangat satu laptop untuk anaknya.
6 bulan simpan duit nak beli laptop
Yang paling sedih, maknya sanggup berhutang dan simpankan duit pada saya selama 6 bulan hanya untuk anaknya yang perlukan sebuah laptop.
Sampai saja di kolejnya, saya pun jumpalah pelajar ini di kantin. Saya keluarkan laptop. Dan tunjukkan padanya. “Cik cubalah dulu” Dia tengok je. Sambil tengok kiri kanan. Kemudian, dia keluarkan handphone, dan taip sesuatu.
Ting! Whatsapp saya masuk. “Ustaz, anak saya macam tak minat lah. Tapi, saya kata guna laptop ni dulu. Nak beli baru saya tak mampu”
Saya pandang je budak ni. Pandang kali ni sekali dengan perasaan yang cukup geram. “Macamana cik? Tak nak cuba ke. On dulu, kemudian tengok lah. Saya dah format dan install semua software sekali antivirus. Cik guna je”
Dia macam tulah. Senyum pun tidak. Bagi salam pun tak masa jumpa. Muka lawa tapi? Allahu. Saya cuba tahan sabar.
Pujuk anak
Ting! Whatsapp masuk lagi. “Ustaz, saya minta maaf. Tengah pujuk ni. Dia kata laptop ni buruk. Malu nanti nak bawak pergi belajar. Dia nak yang laptop terbaru” Cukup! Saya letak handphone!
“Cik, saya minta maaf kalau laptop ni nampak macam buruk. Macam lama tapi ini lah yang mak cik mampu belikan. Harga dia RM599 tapi semua masih baik. Saya dah belikan sekali charger baru, bateri baru. Cik tahu tak, mak cik kumpul duit 6 bulan, simpan dengan saya, hutang dengan orang semata-mata nak belikan untuk cik. Saya datang beratus kilometer ni sebab mak cik tau tak? Sebab mak. Mak tu sumber berkat. Mak tu jiwa dan hati kita!”
Tak jadi beli
Kali ni sabar tak mampu dah saya pegang. Saya tak kisah soal laptop ni sangat, cuma saya lebih fikirkan soal mak dia yang bersusah payah demi laptop ni. Ya, itu yang menyakitkan hati ni! Dia diam dan masih kayu kat depan ni.
“Baiklah. Saya pulangkan duit pada mak cik. Cik tak minat kan? Takpe. InsyaAllah, esok lusa adalah pembeli yang beli nanti. Jagalah hati mak. Apa yang mak bagi, ambillah. Yang penting, berkat cik. Berkat. Tak berkat hidup ni, belajarlah tinggi mana pun tak kemana. Saya minta maaf ya”
Saya berlalu dengan penuh rasa di jiwa. Penat lagi. Masa yang habis lagi. Ting! Whatsapp masuk lagi.
Saya tak mampu baca lagi. Mak dia sedih dan menangis sebab anaknya tak nak laptop yang dibelikan dengan jerih dan payah.
Ingat wahai anak. Setitis airmata ibu kerana keterasaannya pada kita, akan membuatkan Allah menutupkan segala pintu syurga. Titik!
Meninjau di ruangan komen, ada yang melahirkan rasa simpati dan sebak kepada ibu kepada anak itu. Ada juga rasa terkilan dengan sikap anak itu. Moga anak itu muhasabah diri.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...