
Setiap kali menggunakan produk skrub yang dijual dipasaran, anda akan terus rasa puas hati atau tak? Selalunya ambil masa seminggu, barulah anda dapat hasilnya kan?
Tapi tahu tak kalau kita buat skrub sendiri, terutama skrub beras, hasilnya memang berbaloi dan kesannya boleh dibezakan waktu itu juga. Kulit memang rasa lebih lembut dan cerah.
Kalau hasilnya semacam itu, rajin-rajinkanlah diri buat sendiri di rumah. Ikut cara Farah N yang turut buat skrub sendiri untuk kegunaan hariannya. Senang saja!
Dah lama tak post homemade penjagaan kulit. Hari ni nak kongsi tentang skrub beras. Skrub ni skrub kegemaran selepas skrub kopi. Memang best!
Antara kesan penggunaan scrub beras ni:
– Mencerahkan kulit muka dan badan
– Kulit lebih glowing dan tak kusam.
– Kulit lebih licin
– Kulit lebih lembut dan halus mulus
Bahan:
Beras
Lemon
Madu
Caranya:
1. Kisar beras sampai hancur.
2. Kisar guna pengisar atau lesung batu.
3. Agak-agak jangan terlalu halus. Bila siap, simpan dalam bekas.
4. Bila nak guna, campurkan dengan madu atau madu.
Sumber: Farah N
Bantu Melapah Daging Korban, Jangan Dibuat 2 Perkara Ni Agar Niat Baik Tak Jadi Dosa!

Sebagai umat Islam, terdapat banyak perkara yang kita perlu tahu supaya tiada keraguan semasa melakukan ibadah. Salah satunya adalah mengetahui tentang berkaitan pembahagian daging korban.
Umumnya pada hari penyembelihan bintang korban, ramai yang ingin membantu. Ada yang memotong dan melapah daging untuk melancarkan urusan pembahagian daging tersebut. Usaha ini sekali gus dapat juga menambah pahala dengan melakukan kebaikan di hari Raya Korban.
Namun jangan terkejut, perkara yang kita nampak baik untuk kita lakukan tapi tanpa sedar boleh juga mengundang dosa andai anda melakukan perkara-perkara sepertimana yang dikongsikan oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin di akaun fbnya.
AWAS! PENCURIAN DAGING KORBAN
- Ambil dulu bahagian yang disukai tanpa izin
Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban. Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban.
2. Ambil daging korban atas dasar upah kerja
Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban tersebut. Kadang-kala mereka merasa mereka berhak kerana menolong atau kerana AJK masjid. Sedangkan daging korban tidak boleh dijadikan upah.
Biasanya, mereka akan meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan untuk mereka ambil apabila selesai urusan pelapahan haiwan korban. Jika seekor lembu yang dibahagikan tujuh, maka ketika pembahagian dibuat, anggota atau bahagian tertentu telah pun dicuri terlebih dahulu. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan. Mungkin dia malas bergaduh ataupun tidak tahu. Namun perbuatan mengambil daging korban tanpa terlebih dahulu diizinkan oleh empunya, merupakan perbuatan yang haram.
Firman Allah:
ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ
(maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).
Ingatlah, dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid (martyrdom). Namun Nabi s.a.w menyebut:
كلا، الذي نَفْسِي بيَدِهِ، إنَّ الشَّمْلَةَ الَّتي أخَذَها يَومَ خَيْبَرَ مِنَ المَغانِمِ، لَمْ تُصِبْها المَقاسِمُ، لَتَشْتَعِلُ عليه نارًا فَلَمّا سَمِعَ ذلكَ النّاسُ جاءَ رَجُلٌ بشِراكٍ – أوْ شِراكَيْنِ – إلى النبيِّ ﷺ، فَقالَ: شِراكٌ مِن نارٍ – أوْ: شِراكانِ مِن نارٍ -.
“Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”. Apabila orang ramai mendengar kenyataan tersebut, maka seorang lelaki datang membawa seutas atau dua utas tali (yang diambil tanpa pembahagian yang diizin) kepada Nabi s. a. w . Baginda bersama: Seutas atau dua utas tali juga (menyebabkan masuk) dalam neraka.
Bayangkan, jika mengambil seutas tali atau sehelai selendang tanpa pembahagian yang diizinkan, masuk neraka. Walaupun individu itu menyertai jihad bersama Nabi s.a.w. Bagaimanakah jika seketul atau satu kilo atau lebih daging?
Sumber : DrMAZA.com
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Tinggal Rumah Flat, Lantai Simen, Tiada Perabot Tapi Itulah Detik Paling Bahagia Kami Suami Isteri-Imam Muda Asyraf

Disebalik kejayaan seorang suami, pasti berdirinya seorang isteri yang hebat, memberi sokongan tidak berbelah bahagi di kala susah dan senang.
Melalui perkongsian di Facebook Imam Muda Asyraf, beliau berkongsi luahan hati, pengalaman kehidupan susah senang bersama isteri tersayang.
“Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yang serba daif ini menjadi menantu.
“Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh. Saya buat partime sebagai imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sebagai isteri.
“Dengan gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yang mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung.
“Apa yang saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri : “Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dengan bawa pulang kepada keluarga rezeki yang barakah…”
“Beliau langsung tak pernah minta wang untuk beli pakaian melainkan apa yang saya belikan. Beg tangan dan kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami untuk membeli sesuatu untuk menggembirakan isteri. Tapi si suami tak mampu.
“Rumah flat yang tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yang terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yang paling bahagia. Detik itulah yang paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang.
“Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yang kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar untuk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan.
“Saya kongsi kisah ini bukan untuk khabarkan sejarah diri semata. Kerana saya tahu rasa saya ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Saya tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yang turut melalui. Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada.
“Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka di sisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dengan kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta.
Semoga Allah mengabadikan bahagia ini hingga ke syurga.”
Sumber Facebook: Imam Muda Asyraf
Semoga kita sama-sama mengambil pengajaran daripada pengalaman kisah hidup ini untuk dijadikan pemangkin dalam membentuk keluarga bahagia.
“Kita Ketua Keluarga. Tak Basuh Pinggan, Siang Sotong.” Komen ‘Berani’ Hairul Azreen Lepas Achey Mop Lantai Buat Ramai Terhibur!

Pelawak dan penyanyi, Achey baru-baru ini berkongsi video pendek aktivitinya mengemop lantai di rumah. Namun, apa yang mencuit hati adalah komen yang diterima oleh sahabatnya yang juga pelakon, Hairul Azreen.
Hairul dengan komen beraninya menyatakan tentang ketua keluarga dan disamping mengatakan bahawa dirinya tidak pernah siang sotong apatah lagi kemas rumah.
Dalam video lain, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah mengatakan kehairanan apabila kebanyakan suami yang mop lantai menyebut atau tag namanya.
Namun yang lebih melucukan bila komen tersebut nama isteri pelakon PASKAL itu di tag.
Achey menerusi perkongsian tersebut memuat naik satu video yang mana menunjukkan Hairul Azreen perlu mengemop lantai sambil dirakam Hanis Zalikha.
Ternyata gelagat suami yang kononnya ‘tegas’ tersebut mengundang gelak ramai melihat telatah selebriti popular itu.
Dalam pada masa yang sama, gelagat Achey dan Hairul Azreen yang melakukan kerja rumah itu membuatkan mereka cukup terhibur kerana tegas akhirnya tewas.
Bukan takut tapi sayang bini
Sumber: acheykintangkintung
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club