“Cepatnya Dah Setahun, Punyalah Susah Nak Keluarkan Si Kecil Ni.” Ain Edruce Throwback Momen Kelahiran Soraya

Share

Seronok tengok gelagat Soraya, anak kepada pelakon Ain Edruce. Siapa sangka, cepatnya masa berlalu, pejam celik dah setahun rupanya usia si kecil ini.

Dalam satu perkongsian, si ibu memuat naik video throwback ketika kelahiran Soraya pada tahun lalu.  Cukup menarik dan pastinya menjadi kenangan buat Soraya kelak.

Akui Ain, dia melalui detik sukar bila mana terpaksa menahan sakit kontraksi hampir 26 jam sebelum melahirkan anaknya.

“Anak Mummy dah 1 tahun. Pedih mata kita, masuk bawang ke tetiba.

“Cepatnya dah 1 tahun, punyalah susah nak keluarkan si kecik ni. 26 jam mummy dalam hospital, tak nak keluar-keluar.

“Seronok kot duduk dalam perut. Lama ekk nak keluar tu😣,” tulisnya berkongsi.

Sebagai ibu,tiada lain yang diharapkan selain mahu si anak  terus menjadi yang baik sepanjang hidupnya kelak. Itulah juga titipan doa Ain buat Soraya.

“Happy birthday @__itsmesoraya. Mummy love you.. be a good girl okay.

“Jangan kuat jerit kat orang. Dah macam chucky dah mummy tengok. Kang semua takut dengan soraya ok,” tulis Ain lagi menerusi kapsyennya.

Sumber:  ainedruce


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club