Momen paling indah bagi seorang wanita apabila bergelar ibu. Biarpun penat namun rasa syukur dan gembira apabila melihat si kecil membesar di hadapan mata.
Tatkala Tuhan kurniakan lagi cahaya mata , rasa syukur kian bertambah. Walaupun hadirnya ahli baru dalam keluarga, namun kasih sayang kepada anak sulung tidak berbelah bahagi.
Melihat anak sulung membesar di hadapan mata adakalanya membuai emosi si ibu. Demikian yang dirasai oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam perkongsiannya baru-baru ini.
Permata Negara dalam bidang seni ini yang sedang sarat mengandungkan anak kedua meluahkan rasa sebak tatkala melihat anak sulungnya kini kian membesar dan bakal bergelar kakak tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian tersebut, Siti Nurhaliza memuat naik sekeping gambar Aafiyah yang manis bertudung dan tampak bahagia di dalam pelukan si ayah.
Tak lama lagi anak ibu nak masuk 3 tahun dah .. cepatnya Aafiyah membesar .. Alhamdullillah, nak jadi kakak pula.. ibu yang emosi .. nanti nak throwback aafiyah masa baby la…siapa ibu yang macam saya ? Sila kongsi kat bawah
Perkongsian Siti Nurhaliza itu disokong oleh warganet. Rata-rata berkongsi rasa yang sama sebagai seorang ibu.
Cepat masa berlalu, rindu bau
Sumber: ctdk