Pengalaman hidup ini penuh dengan kisahnya, ada manis, bahagia, pahit dan derita. Lumrah hidup manusia juga pasti akan diuji  dalam pelbagai-bagai keadaan. Begitulah juga kisahnya dengan pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Januari 2019 .

Memetik berita yang dikongsikan oleh Harian Metro, Mohamad Hanafi, 25, berkata, isterinya dimasukkan ke hospital  selama 68 hari selepas mereka pulang dari menunaikan umrah bersama keluarga pada 18 April lalu sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“CEPAT sembuh sayang, abang rindu nak dengar suara sayang. Sudah lama abang tidak berborak dengan sayang seperti biasa.” Demikian rayuan Mohamad Hanafi Zahari kepada isterinya, Nur Amera Yahaya, 25, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

“Saya bersama keluarga seramai 15 orang menunaikan umrah pada 7 April. Pada hari ketiga di Makkah, saya, isteri dan adik-beradik lain diserang demam.

“Cepat Sembuh Sayang, Abang Rindu Nak Dengar Suara Sayang”. Rayu Suami Ni, Buat Ramai Turut Berasa Simpati!

“Kami hanya makan ubat ketika demam. Selepas makan ubat, sembuh sekejap sebelum demam semula. Kami tidak mengesyaki apa-apa kerana menganggap ia demam biasa.

Ads

“Namun sebaik tiba di tanah air pada 18 April lalu, demam isteri saya berlarutan, dan kami terus menghantarnya ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.”

Pasangan berkenaan bernikah pada 11 Januari lalu manakala bersanding pada 23 Mac lalu di Skudai dan Kampung Majidi Bahru, Johor Bahru, tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama sejak Nur Amera dimasukkan ke hospital.

“Cepat Sembuh Sayang, Abang Rindu Nak Dengar Suara Sayang”. Rayu Suami Ni, Buat Ramai Turut Berasa Simpati!

Menurutnya, doktor yang merawat isterinya kemudian menahan Nur Amera di zon merah sebelum dimasukkan ke ICU akibat koma selama sembilan hari.

Ads

“Dia sedar semula pada hari ke sepuluh namun masih bergantung pada mesin bantuan pernafasan dan ditempatkan di ICU selama 68 hari. Doktor memberitahu jangkitan kuman sudah merebak di sebelah kanan dan kiri paru-parunya.

“Kes isteri saya kemudian dirujuk ke HKL kerana dia perlu menjalani pembedahan membuang separuh daripada paru-paru sebelah kiri tengah hari tadi.

“Doktor memberitahu tidak pasti sama ada jangkitan itu berpunca ketika berada di Makkah atau di sini,” katanya yang bekerja sebagai pegawai kawalan kualiti manakala isterinya bekerja sebagai kerani di Johor Bahru.

Mohamad Hanafi berkata, keluarganya sudah lama merancang untuk menunaikan umrah bersama selepas mereka bernikah Januari lalu termasuk membuat persiapan ke tanah suci.

Ads

“Mungkin ini ujian Allah di saat kami baru mendirikan rumah tangga. Saya pasrah dengan ketentuan ini kerana percaya ada hikmah di sebalik dugaan berat ini.

“Setiap minggu saya akan berulang-alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur untuk melawat isteri. Mujur ada ibu mentua yang menjaga isteri sepanjang saya bekerja,” katanya.

Mohamad Hanafi berkata, dia berharap orang ramai dapat mendoakan isterinya kembali sembuh.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank 151593097488 atas nama Mohamad Hanafi.

sumber : Harian Metro 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI