Anak kita bukan sempurna. Lagi-lagi kalau baru hendak belajar melakukan sesuatu. Sebagai mak ayah tak perlulah kita asyik mahukan kesempurnaan, ada sahaja yang tak kena dengan anak kita.
Menurut Penulis Keibubapaan, berilah anak kita ruang untuk berbuat silap jika melakukan beberapa perkara misalnya rutin harian di rumah dan sebagainya supaya anak ada peluang untuk belajar dan memperbaikinya.
Saya ke sinki nak basuh tangan. Saya jadi geram bila tengok di tepi sinki, ada sisa nasi yang berterabur.
“Haih tengok la si Ammar basuh pinggan. Bersepah!” Kata saya pada suami.
Suami saya balas, “Tak apa. Sekarang ni kita appreciate je usaha dia. Kita bina rutin je dulu. Bila dah jadi rutin, baru kita tegur mana yang tak perfect. Takut tegur awal-awal, dia jadi malas buat next time sebab rasa susah.”
Kata-kata suami saya tu buat saya terfikir. Betul juga, kadang-kadang kita ni terlalu cepat nak betulkan apa yang tak kena.
Ads
Sebenarnya, bila anak-anak cuba buat sesuatu, USAHA mereka tu yang paling penting.
Kalau kita tegur awal sangat, kita mungkin buat anak jadi kecewa dan tak cukup bagus. Anak akan fikir ‘Lebih baik tak payah buat’, sebab rasa macam tak cukup bagus. Lagi-lagi anak type rigid dan logik macam Ammar ni.
Sebagai mak ayah, kita kena belajar raikan ketidaksempurnaan. Anak-anak tengah belajar, dan mereka perlukan ruang untuk buat silap supaya mereka boleh belajar jadi lebih baik.
Ads
Macam Ammar, walaupun nasi bersepah, saya patut fokus pada usaha dia untuk tolong basuh pinggan.
Lama-kelamaan, bila dia dah biasa dan yakin, dia akan belajar cara yang betul untuk buat dengan lebih kemas. Kami pun boleh guide dia untuk buat dengan lebih baik.
Yang penting, kita kena sabar dan hargai usaha anak-anak. Biar mereka bina rutin dan rasa tanggungjawab dulu. Kesempurnaan tu akan datang kemudian.
Ads
Bila kita tunjukkan yang kita hargai usaha mereka, mereka akan lebih bersemangat untuk mencuba lagi dan belajar lebih banyak perkara baru.
Setelah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi pembelajaran bersemuka di buka semalam iaitu pada 1 Mac 2021 pelbagai pihak melahirkan rasa kebimbangan.
Biarpun KPM telah menetapkan dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, namun masih ada yang alpa mematuhi hal ini.
Menerusi perkongsian facebook, Lee Master Blaster melahirkan rasa kebimbangan dengan sikap ibu bapa ketika mengambil anak waktu tamat sesi persekolahan.
Merujuk kepada gambar jelas mengambarkan ibu bapa berada dalam kedudukan yang dekat tanpa ada penjarakkan.
Situasi sekolah waktu tamat sesi persekolahan kelihatan diluar kawalan.
WARGANET LUAH RASA BIMBANG
Dalam pada itu, warganet rata-rata melahirkan rasa terkilan dengan situasi demikian. Mereka berharap pendedahan ini dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk alert untuk menjaga SOP.
Terdahulu, Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua akan kembali ke sekolah pada tarikh 1 Mac 2021.
Bagi murid sekolah rendah Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam pula akan bermula pada 8 Mac ini. Manakala, pelajar sekolah menengah akan mula kembali ke sekolah pada 4 April.
Kehidupan kita di dunia ini tidak lama, suatu masa nanti akan pergi meninggalkan pasangan, anak-anak dan keluarga tercinta. Selain sedar hakikat untuk persiapkan diri mengadap Ilahi agar bahagia di negeri abadi, namun usah terlepas pandang untuk persiapkan juga bekalan untuk insan yang ditinggalkan agar mereka tidak hidup susah setelah kita tiada disisi.
Jadi apa kata, kita renung-renungkan beberapa soalan ini yang dikongsikan oleh Marliya Ramli untuk peringatan bersama. Jom semak.
DERITA SELAMA-LAMA.
1 – Esok weekend. Tuan-tuan ambillah sedikit masa. Semak bersama-sama… Berapa jumlah simpanan yang isteri tuan-tuan ada?
2 – Berapa banyak yang isteri tuan-tuan mampu jana pendapatan keluarga? Andai tuan-tuan tiada, isteri mampu urus segala?
3 – Andai Tuan-tuan meninggal dunia, apa yang dihibahkan pada isteri jelita? Berapa banyak jumlah wang dan emas simpanan yang tuan-tuan sedia agihkan?
4 – Anak-anak tuan-tuan akan ada tempat tinggal? Isteri tuan-tuan punya hati kental yang sanggup bertahan? Berapa lama?
5 – Saya 16 tahun bekerjaya sebagai HR ya tuan-tuan… Saya dah tengok abang kakak dan adik beradik yang tuan-tuan sanjung anggap baik segala, merekalah bakal jadi si celaka yang menyusahkan.
6 – Merekalah yang sibuk menghitung harta pusaka dan insuran syarikat yang tuan-tuan tinggalkan. Tuan-tuan masih hidup segalanya baik belaka. Tuan-tuan meninggal esok, anak isteri tuan-tuan merempat tak apa… Yang penting mereka mahu bahagiannya.
7 – Haloba manusia tak kenal sesiapa. Baik ibu bapa tuan-tuan atau saudara mara. Selagi bernafas dan punya nyawa, pandanglah wajah anak isteri tuan-tuan.
8 – Tuan-tuan jangan tunggang agama berserah pada takdir semata-mata. Selagi jasad menghirup udara, ambil lah langkah berjaga-jaga.
9 – Pastikan isteri tuan-tuan punya sebuah rumah namanya. Pastikan isteri tuan-tuan tahu menjana wang untuk anak-anak tercinta.
10 – Jika isteri tuan-tuan surirumah atau berpendapatan kecil saja, segera hibahkan harta. Agar pemergian tuan-tuan tidaklah meninggalkan DERITA SELAMA-LAMA.
Pengorbanan isteri tiada tolok bandingnya. Mencurahkan segala bakti pada keluarga menuntut pengorbanan yang cukup hebat. Ditambah lagi jika masa yang sama mereka turut membantu menambahkan sumber pendapatan keluarga.
Justeru, sebagai suami patut menghargai dan mensyukuri anugerah yang Tuhan kurniakan ini. Kebahagiaan sesebuah keluarga bukan pada wang ringgit dan harta yang menimbun, namun ada isteri yang sudah cukup bahagia apabila memperoleh pasangan yang memahami dan mengambil berat tentang hidup dan kebajikannya.
Ada suami bila tengok isteri tidak sihat dibiarkan isteri lakukan semua kerja walaupun kerja berat yang sepatutnya dipikul lelaki. Sedangkan kerja rumah harus sama-sama lakukan barulah bertambah keharmonian dan mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri.
Perkongsian saudara Muhammad Hassan mengenai pengorbanan isterinya sangat menyentuh hati. Bagimana dia membahagiakan dan berkorban mengambil cuti selama setahun semata-mata untuk menjaga emosi isterinya yang ketika itu sedang bersedih dan kemurungan akibat kehilangan anak sulung mereka disebabkan komplikasi jantung, paru-paru dan masalah tulang belakang.
Semoga kisah keluarga ini menjadi panduan buat semua lelaki bergelar suami dalam menghargai pasangan masing-masing baik ketika gembira atau berduka.
Ptang semalam kami luangkan masa ziarah anak syurga. Setiap kali datang ziarah wajah bidadari saya selalu berubah,nampak sangat dia rindukan anak syurga ini. Sebelum ini langsung tak boleh masuk kawasan perkuburan,mesti dia akan menangis.
Ini anak sulong kami. Komplikasi jantung,paru paru dan ada masalah tulang belakang. Walaupun 1 tahun 4 bulan tapi tak boleh duduk,tak boleh mengunyah makanan pejal, tak boleh tidur dengan lena siang malam kerana batuk. Hanya ubatan,puri dan susu sahaja makanan dia. Beliau meninggal dunia 24jam selepas pembedahan.
1 tahun 4 bulan isteri tidur tak lena. Makan pun tak menentu. Minggu pertama berpantang kena ulang aling ke hospital susukan anak. Kesian sangat tengok baru kali pertama dapat anak Allah dah beri ujian. Isteri kuat sangat,macam mana pun dia nak susukan anak juga.
Begitulah mana ibu pun akan berjuang untuk anak. Sakit,demam,lapar,tak cukup tidur itu semua bukan penghalang untuk dia tunaikan tanggungjawab terhadap anak. Janji anak sihat,anak dapat susu,anak kenyang,anak tak nangis,anak tidur dengan selesa.
Masih terpahat dalam ingatan saya. Bagaimana malam pertama kehilangan anak. Isteri angkat bantal dan riba disangka itu anak,sedangkan itu bantal yang digunakan untuk tidurkan anak. Isteri nangis bila sedar itu hanya bantal.
Saya peluk isteri. Saya peluk erat. Saya pujuk isteri dengan hadith Nabi Muhammad s.a.w bahawa anak kita sedang menunggu kita di pintu syurga. Anak kita tak sakit dah,dia tak batuk dah. Dia boleh jalan dah. Mesti dia sedang bermain main di taman syurga. Mesti dia rindu nak jumpa kita kat syurga. Allah kan janji kita redha,Allah akan bina sebuah rumah pujian dalam syurga untuk kita.
Saya ambil keputusan cuti kerja selama 1 tahun demi untuk jaga emosi isteri. Saya taknak dia bersedih,sunyi dan akhirnya mengalami kemurungan teruk.
Sehingga ke saat ini saya tak pernah lupa setiap hari ucap kepada isteri. Terima kasih susah payah jaga anak siang malam tanpa sedikit pun mengeluh. Terima kasih sebab jadi isteri solehah untuk saya. Saya janji akan jaga awak kerana Allah. Saya nak awak tahu,saya sayangkan awak lebih dari nyawa saya sendiri.
Saya dan suami diluar sana. Ketahuilah. Isteri sanggup buat apa sahaja demi kita. Dia sanggup hidup susah payah bersama kita. Dia dah berikan sepenuhnya jiwa,masa untuk kita.
Apakah kita tidak mahu hargai seorang wanita yang sanggup tinggalkan kesenangan bersama keluarga demi bersusah payah bersama kita?
Hargai isteri, sayangi mereka, betulkan kesilapan mereka dengan penuh lemah lembut, kasih sayang. Bagi sepenuhnya perhatian saat mereka mengeluh, mengadu. Mereka siang malam jaga anak kita, jaga makan minum, pakaian kita,mereka pernah ‘mati’ untuk lahirkan zuriat kita. Jangan lihat kekurangan mereka, tapi lihat betapa banyak jasa mereka kepada kita.
Peluklah mereka saat mereka sedang berduka, pimpinlah mereka saat mereka jauh dengan ugama.Setiap Pelukan buatkan rahmat Allah dan rezeki mencurah-curah terhadap keluarga kita. Jangan tengking mereka, jangan pukul mereka,jangan tinggikan suara terhadap mereka. Bukan itu cara mendidik mereka.
Isteri adalah amanah Allah dikurniakan kepada kita. Jagalah mereka,bimbinglah mereka supaya Allah redha dan sama sama masuk syurga.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.