“Cepat Rawat Atau Jantung Akan Berhenti..” Dr Ni Kongsi Kisah Pesakit Terkena Serangan Jantung, Sila Take Note!

Share

Serangan jantung boleh berlaku pada bila bila masa sahaja kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang berisiko tinggi. Berkongsi tentang serangan jantung ini, Dr Erna Nadia berkongsi pengalamannya berdepan dengan situasi cemas pesakit yang terlibat kemalangan akibat terkena serangan jantung.

Diharapkan perkongsian ini akan dapat memberi lebih cakna untuk kita semua menjaga kesihatan jantung untuk seisi keluarga dan sekiranya ada tanda-tanda awal seperti yang dinyatakan, perlulah segera mendapat rawatan doktor.

Ikuti perkongsian kisahnya di sini.

‘Doktor, jom cepat ada orang kemalangan depan pintu hospital!’ Berlari laju lah saya seperti biasa.

Masa adalah nyawa.

Sampai di tempat kejadian, seorang lelaki dalam keadaan tidak selesa, bukan sebab keretanya terbabas ke tepi longkang tapi tangan kanannya menekan dada kirinya. Berkerut dahinya, berpeluh muka dan badannya.

‘Shot! MI ni! Cepat keluarkan dia dan terus ke ED!’ (MI tu myocardial infarction aka heart attack)

Nasiblah betul betul sebelah pintu ED.

Sampai katil, ecg memang sah sahlah MI.

Maka, bermulalah segala proses rawatan untuk pesakit yang kena serangan jantung sebelum beliau dihantar ke hospital yang mempunyai pakar jantung dan fasiliti berkaitan.

Tak boleh terlambat kalau lambat nanti proses baikpulih akan lambat dan meninggikan risiko kematian juga. Kena cuba sehabis baik untuk selamatkan pesakit. Masa tu takde masa dah nak jadi comel atau apa.

Serangan jantung boleh berlaku pada bila bila masa sahaja kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang berisiko tinggi.

Sangat sakit kerana darah tak sampai pada salah satu salur darah besar di dalam jantung menyebabkan bahagian jantung itu tidak mendapat bekalan darah. Sebab tu kena cepat rawat atau jantung akan terus berhenti berdenyut.

Faktor risikonya adalah :

  1. Mempunyai sejarah keluarga yang ada sakit jantung/ mati disebabkan masalah jantung.
  2. Obesiti
  3. Mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi.
  4. Merokok
  5. Tidak aktif
  6. Lelaki lebih berisiko berbanding perempuan.
  7. Tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK459157/

Jika anda mempunyai salah satu faktor risiko ini, bolehlah membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Monitor your health condition annually.

Jangan kata umur 40 baru nak mula periksa sebab sekarang ini ramai yang usia masih muda juga sudah ada pelbagai penyakit.

Tanda tanda serangan jantung adalah :

  1. Sakit dada
  2. Sesak nafas
  3. Meloya/ muntah
  4. Berpeluh peluh
  5. Rasa melayang/ berpusing
  6. Sakit di bahagian bahu/tangan

Jika ada simptom ini, dan rasa tidak selesa, jangan tunggu, terus ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan.

Ubahlah gaya hidup kita mulai saat ini ya.

Untuk menjadi lebih sihat. Bagi kebaikan kita juga.

Makan dan minum yang sihat dan ikut masa.

Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.

Elakkan/manage stress dengan baik.

Berhenti merokok.

Banyakkan bersenam.

Nasihat yang sangat cliche but believe me ianya amat berguna.

Nota kaki : nasib baik tiada sebarang trauma/ patah anggota badan atau tidak melanggar kenderaan lain/orang lain semasa berlaku insiden tersebut.

Sumber : Dr. Erna Nadia

Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.

Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.

ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!

Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club