Serangan jantung boleh berlaku pada bila bila masa sahaja kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang berisiko tinggi. Berkongsi tentang serangan jantung ini, Dr Erna Nadia berkongsi pengalamannya berdepan dengan situasi cemas pesakit yang terlibat kemalangan akibat terkena serangan jantung.
Diharapkan perkongsian ini akan dapat memberi lebih cakna untuk kita semua menjaga kesihatan jantung untuk seisi keluarga dan sekiranya ada tanda-tanda awal seperti yang dinyatakan, perlulah segera mendapat rawatan doktor.
Ikuti perkongsian kisahnya di sini.
‘Doktor, jom cepat ada orang kemalangan depan pintu hospital!’ Berlari laju lah saya seperti biasa.
Masa adalah nyawa.
Sampai di tempat kejadian, seorang lelaki dalam keadaan tidak selesa, bukan sebab keretanya terbabas ke tepi longkang tapi tangan kanannya menekan dada kirinya. Berkerut dahinya, berpeluh muka dan badannya.
‘Shot! MI ni! Cepat keluarkan dia dan terus ke ED!’ (MI tu myocardial infarction aka heart attack)
Nasiblah betul betul sebelah pintu ED.
Sampai katil, ecg memang sah sahlah MI.
Maka, bermulalah segala proses rawatan untuk pesakit yang kena serangan jantung sebelum beliau dihantar ke hospital yang mempunyai pakar jantung dan fasiliti berkaitan.
Tak boleh terlambat kalau lambat nanti proses baikpulih akan lambat dan meninggikan risiko kematian juga. Kena cuba sehabis baik untuk selamatkan pesakit. Masa tu takde masa dah nak jadi comel atau apa.
Serangan jantung boleh berlaku pada bila bila masa sahaja kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang berisiko tinggi.
Sangat sakit kerana darah tak sampai pada salah satu salur darah besar di dalam jantung menyebabkan bahagian jantung itu tidak mendapat bekalan darah. Sebab tu kena cepat rawat atau jantung akan terus berhenti berdenyut.
Ads
Faktor risikonya adalah :
Mempunyai sejarah keluarga yang ada sakit jantung/ mati disebabkan masalah jantung.
Obesiti
Mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi.
Menyediakan menu nugget yang dibuat sendiri pastinya tidak timbul lagi rasa was-was tentang khasiat makanan itu. Malah kita juga menjadikan menu nugget ini lebih berkhasiat bilamana turut mencampurkan pelbagai pilihan sayur-sayuran di dalam ramuan.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Puan Wan Murni, menurutnya bila dia menyediakan sendiri nugget tersebut boleh dijadikan salah satu trik untuk pastikan anak-anaknya makan sayur. Ini memandangkan ramuan nugget yang dihasilkan akan dicampurkan bersama beberapa sayur-sayuran terpilih.
Mungkin cara ini juga boleh kita praktikkan untuk anak-anak kita pula. Untuk itu, jom ketahui resipi untuk menghasilkan nugget yang enak ini. Jom semak.
“Nugget homemade untuk anak 4 orang…Tak dok la bazir bahagian dada ayam tu..anak-anak biasa nak bahagian peha jer..jadi mok buat laa sesuatu ditamboh dengan sayur-sayur..deme memang dok makan mane sayo. Jadi belend sekali isi ayam,deme dok tahu laa..”Wan Murni
Resepi:(ikut suke jer)
Isi ayam
1 biji lobok merah(carrot)
2 biji ubi ketang
1 biji telur (kalu tak bergerak dikisar, masukkan lagi satu biji)
Daun sup(penambahh rasa)
Garam
Lepas belend, tambah tepung ubi kayu 2 sudu besar. Lepas itu kukus selama 25 minit
2)bhn salut
Telor
Serbuk roti
Lepas salut, goreng dan siap.
sumber : Wan Murni via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahun ini pastinya sambutan Deepavali suram kerana negara dilanda pandemik Covid-19 , ditambah pula kerajaan melaksanakan PKPB. Namun bagi keluarga L. Linda Kasturi dan R. Karthik mungkin sedikit berbeza. Apa tidaknya, tahun ini lebih bermakna apabila mereka akan menyambut perayaan itu Sabtu ini dengan kehadiran ’ayah dan ibu baharu’ yang berbeza bangsa dan agama.
Lebih unik, Linda dan suaminya, Karthik, masing-masing berusia 39 dan 35 tahun itu turut mempelawa Mohamad Fakhrulzaman Abdul Malik, 57, dan Rohayati Salleh, 46, yang mesra dipanggil ayah dan ibu untuk tinggal bersama sejak enam bulan lalu, walaupun mereka tidak pernah mengenali sebelum ini.
Bercerita lanjut mengenainya, Linda berkata Mohamad Fakhrulzaman dan Rohayati hanya dikenali ketika beliau dan suami yang menjalankan perniagaan perabot terpakai, ingin membeli sebuah peti ais yang dijual pasangan itu ekoran kesempitan hidup.
Kehidupan mereka terjejas teruk selepas Mohamad Fakhrulzaman yang bekerja sebagai tukang masak diberhentikan kerja berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.
“Niat saya ketika itu adalah hanya untuk membeli peti ais namun terbit rasa simpati terhadap nasib ‘ayah’ kehilangan kerja di sebuah restoran sejak PKP dan keadaan itu memaksa mereka menjual barangan perabot untuk menyara hidup dan membayar sewa rumah.
“Saya kemudian mengajak ayah dan ibu tinggal bersama saya kerana rumah saya mempunyai ruang yang cukup luas dan selesa baginya,” kata Linda ketika ditemui di sini, hari ini.
Seperti prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, kehidupan kesemua mereka penuh dengan toleransi dalam pelbagai aspek termasuk dalam soal keagamaan dan makanan meskipun berbeza agama dan bangsa.
“Soal makan minum tiada masalah kerana penyediaan makanan di rumah adalah halal dan bersih. Saya dan keluarga juga menghormati kepercayaan dan agama dianuti oleh ibu dan ayah dengan menyediakan ruang khas solat kepada mereka,” katanya dan menambah beliau turut menjaga ibunya S.Kamala Devi, 60.
Ibu kepada dua orang anak itu yang berusia 10 bulan dan 11 tahun itu berkata kehadiran pasangan berkenaan telah ‘melengkapkan’ lagi keluarganya dan bertekad untuk menjaga mereka selama yang mampu.
“Biarlah ibu dan ayah berada di sini.Saya juga ada niat untuk membina sebuah rumah di sebelah rumah saya ini kerana anak-anak sudah mula rapat dan sangat menyayangi mereka,” katanya dan menambah sambutan Deepavali kali ini akan disambut secara sederhana berikutan pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB).
Sementara itu, Mohamad Fakhrulzaman yang menghidap angin ahmar sejak tahun lepas berkata keluarga berkenaan melayannya dan isteri seperti keluarga sendiri malah dia sendiri berasa selesa dan tidak kekok bergaul walaupun berlainan bangsa dan agama.
“Linda dan keluarganya banyak membantu saya dan isteri selain menjaga kami dengan baik. Saya amat terhutang budi kepada Linda kerana sanggup membawa saya tinggal bersama dengan keluarganya dan makanan diberikan halal. Saya tidak kisah apa orang luar nak kata tetapi saya dan keluarga ini sahaja yang tahu betapa erat dan kasihnya kami sekeluarga,” katanya.
Bapa kepada lima orang anak berusia antara tujuh hingga 24 tahun itu berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada kesemua anak-anaknya dengan empat daripadanya berada dalam jagaan ibu kandungnya di Maran, Pahang, manakala seorang lagi di bawah jagaan ibu kepada isterinya di Indonesia kerana bersekolah di sebuah madrasah di Jawa Timur.
— BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Mona Allen yang tampil berhijab menerusi laman instagramnya mengundang perhatian ramai.
Rata-rata memuji penampilan isteri kesayangan Pekin Ibrahim ini.
Pemilik nama sebenar Munna Hafiraneza Allen mengakui kini sedang memperbaiki diri memandangkan bakal menjadi ibu tidak lama lagi.
“Saya sebenarnya tak berani nak bagi kenyataan apa-apa mengenai penampilan saya sekarang. Bagi saya, apa yang saya kongsikan itu… itulah.
“Terpulang pada netizen nak tafsir. Sebab tak nak salah faham, nanti orang ingat saya nak berubah dengan menunjuk-nunjuk. Saya takut kalau salah cakap, nanti jadi lain pula.
“Apa-apa pun, minta doa yang baik-baik. Saya pun dalam proses nak perbaiki diri. Nak menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik,” kata Mona Allen seperti yang dilaporkan menerusi mStar.
Dalam pada itu, warganet turut menitipkan doa semoga pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu terus istiqamah dalam berhijab sepenuhnya.
Ditanya mengenai kandungannya kini, Mona memberitahu bakal melahirkan cahaya mata sulungnya sekitar September depan.
Sementara itu, dia turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada mereka yang menghadiahkan barang-barang keperluan bayi yang dianggap sebagai rezeki anaknya kelak.
“Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah memasuki tujuh bulan… Insya-Allah saya dijangka bersalin September nanti. Sekarang saya masih di Johor, teman suami shooting.
“Insya-Allah nanti balik KL, saya dan suami akan cari lagi barang keperluan baby. Tapi Alhamdulillah, saya bersyukur ramai yang menghadiahkan barang baby. Saya anggap rezeki baby dapat macam-macam,” ujarnya.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.