Kek antara manisan yang popular dan sering dimakan oleh masyarakat tak kira masa dan di mana juga. Walaupun begitu, nak hasilkan kek yang sempurna juga bukan mudah.
Kek gula hangus atau dikenali sebagai kek sarang semut ini memang tidak asing lah terutama bulan Ramadan ini. Menurut satu perkongsian oleh Khairul Hasrol
untuk menghasilkan kek sarang semut yang sedap dan senang mudah sahaja dan hanya perlu ikut step yang diberikan. Anda patut cuba sebab resipi ni tak perlu ambil masa yang lama.“Dia punya sarang mak oi mmg tak boleh nk bwk berbincang ye, bersarang elok, berongga, lembut, kenyal & berenjut! Yang penting resepi kali ni tak perlu perap atau peram adunan lagi”.
Kek Sarang Semut
Bahan-bahan:
Bahan-bahan Untuk Gula Hangus:
Cara Penyediaan
– Buat adunan kek terlebih dahulu, kemudian baru sediakan gula hangus ye.
– Dalam bekas, pecahkan 4 biji telur.
– Masukkan susu pekat manis. Kacau-kacau manja sahaja. Tak perlu pakai mixer, boleh pakai spatula/whisk tangan je.
– Masukkan esen vanilla.
– Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau-kacau manja lagi sehingga semuanya sebati. Masa ni, uolls dh boleh nampak, adunan membentuk byk buih-buih kecil, itu tandanya soda bikarbonat tgh ‘bekerja’ dan akan dpt kek yg berongga nanti
– Ketepikan adunan.
– Dlm periuk yg lain, masukkan gula pasir. Masak sehingga keperangan (jangn smpai hangit ye).
– Masukkan air panas.
– Masukkan butter/marjerin. Tunggu sehingga butter/marjerin cair sepenuhnya.
– Tuang gula hangus yang masih panas terus ke dalam adunan kek tadi. Kacau hingga sebati.
– Tuang ke dalam loyang yang telah digriskan.
– Bakar pd suhu 180 degree celcius, api atas bwh selama 50 minit/sehingga kek masak.
– Siap!
Tips Penting:
1. Guna soda bikarbonat yg masih aktif/okay kerana soda bikarbonat la yang akan membuatkan kek cantik berongga. Semasa membancuh tepung, soda bikarbonat yang aktif/okay akan membentuk banyak buih-buih kecil di dalam adunan (rujuk pada gambar)
2. Gula hangus yang masih panas akan mengaktifkan soda bikarbonat utk ‘bekerja’. Sebab tu adunan kek tidak perlu diperap/diperam lagi.
3. Baking powder ditambah bagi melembutkan tekstur kek. So anda akan dapat kek yang lembut + kenyal
4. Pkai loyang yang kecil dan tinggi untuk adunan di atas. Sekiranya loyang besar dan lebar, boleh gandakan sukatan.
5. Pre-heat oven selama 15-20 minit sebelum membakar kek
6. Potong kek secara melintang supaya dapat potongan kek yang berongga
Sumber: Khairul Hasrol