Makan

Cendawan Celup Tepung Rangup, Garing & Tak Serap Minyak, Boleh Ikut Sukatan Tepung Ini

Share

Cendawan celup tepung yang rangup, garing dan tidak serap minyak memang sedap! Sesuai dimakan begitu sahaja atau boleh juga dijadikan lauk pelengkap hidangan, cendawan

celup tepung antara menu yang digemari seisi keluarga.

Cendawan Celup Tepung Rangup, Garing & Tak Serap Minyak

Hidang sepinggan memang sekejap sahaja licin. Nak hasilkan cendawan

yang rangup dan sedap ini ada caranya. Kalau teringin bolehlah ikut perkongsian Aisyah Humaira ini.

RESIPI CENDAWAN GORENG RANGUP

Bahan kering:

1 paket cendawan
1 cawan tepung Bestari pedas (tak suka pedas boleh pilih yang original)
2 sudu besar penuh membukit tepung jagung
3 sudu besar penuh membukit tepung beras
Sedikit serbuk kunyit -ikut warna kuning yang diingini

Bahan lain:

2 sudu besar air kapur makan
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Boleh Ikut Sukatan Tepung Ini

Cara membuat:

1. Basuh cendawan tiram. Cukup lalukan pada air untuk bersihkannya. Jangan basuh sampai cendawan serap air. Tak perlu kering sangat sebab nanti akan diadun dalam bahan adunan basah.

2. Satukan semua bahan kering dalam bekas kacau rata dan masukkan air sedikit sedikit sambil kacau hingga terhasil adunan yang tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair.

 

3.  Tip menggoreng supaya rangup, letak separuh dulu cendawan dalam bekas adunan ratakan, kemudian masuk satu dalam kuali. Guna minyak yang banyak lagi bagus.

4. Apabila sudah hampir masak baru balikkan cendawan. Apabila cendawan sudah nak garing baru leraikan yang melekat.

Guna api kena kuat, kecilkan api kalau nampak sudah berasap. Goreng sampai bunyi desir sudah kurang. Itu tanda cendawan sudah masak elok. Cendawan mesti masak betul dan garing baru ranggup dan tak serap minyak.

Sumber: Aisyah Humaira