Anak-anak kecil terutamanya mudah terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan di dapur. Antaranya melecur akibat tersiram minyak panas, air yang mendidih dan sebagainya.Oleh itu, adalah penting menjadikan dapur ‘baby-friendly’ supaya kemalangan ini dapat dielakkan.
Namun begitu, jika musibah ini terjadi ibu bapa harus bertindak pantas dan mempunyai pengetahuan asas untuk melakukan langkah rawatan asas yang betul bagi mengelakkan kecederaan anak bertambah teruk.
Melalui perkongsian seorang doktor perubatan Hana Hadzrami, beliau berkongsi pengetahuan dan pengalaman tentang perkara asas yang perlu ibu bapa lakukan jika anak terkena minyak atau air panas. Sekaligus membantu meminimumkan kecederaan anak.
“Beberapa bulan dahulu saya menjaga seorang bayi berumur setahun yang dirawat PICU akibat melecur lebih 40% badan. Habis kepala, muka, dada, tangannya kehilangan kulit, hanya tinggal isi yang merah.
Satu badan berbalut dengan hanya menampakkan sebahagian muka (sebahagian lagi ditutup dengan lapisan kolagen) dan kedua-dua belah kaki.
Dia memerlukan bantuan pernafasan dengan mesin bantuan hayat kerana tak mampu bernafas dengan baik.
Anak itu memerlukan pembedahan buang lapisan tisu mati serta menukar balutan (dressing) pada badannya setiap selang sehari.
Tersiram air kopi
Setiap kali dressing dilakukan ianya perlu dibuat di dewan bedah dengan bius penuh. Ini kerana tisu kulit yang mati atau membusuk harus dikikis buang untuk mencegah jangkitan kuman.
Puncanya ialah bayi itu menaiki walker dan menarik alas meja makan. Di atas meja pula ada seteko air panas yang baru setengah jam siap dididih.
Ads
Air panas itu telah tersiram pada kepala dan sebahagian besar tubuhnya. Menggelupur anak itu menahan sakit.
Saya teringat anak saya dulu sewaktu berumur dalam 3-4 tahun pernah tersiram kopi panas yang baru dibancuh dengan air mendidih; belum 15 minit selepas didih pun.
Kopi itu saya letakkan di rak almari sebelah atas. Namun anak saya telah memanjat almari dan mencapainya. Lalu kopi panas tersiram daripada kepala sampai ke badannya. Anak tadi melecur teruk sampai masuk ICU. Manakala anak saya selamat tak jadi apa-apa. Syukur!!
Rawatan asas
Kenapa boleh berbeza hasilnya sedangkan mengalami kemalangan yang sama? Bezanya ialah saya mengetahui bantuan rawatan asas (first aid) dan dengan izin Tuhan, berjaya mengaplikasi pengetahuan tersebut kepada anak sendiri.
Sebaik saja tersiram kopi panas, segera saya bawa dia ke bilik air dan saya siramkan air paip secara berterusan. Dengan bajunya sekali saya siram (kerana bajunya tipis).
Siraman itu perlu berterusan sehinggalah dia tak lagi berasa sakit dan tiada lagi kesan merah pada badannya.
Ads
Manakala anak yang malang tadi; ibubapanya tiada pengetahuan first aid. Dalam keadaan panik, terus anak itu di bawa ke hospital. Kulit yang tersiram air panas terus ‘masak’ secara perlahan-lahan kerana haba terus masuk kedalam kulit secara langsung.
Sampai di hospital, semua dah terlambat; lecur tadi dah jadi third degree burn. Kesian si anak perempuan tadi. Wajah dan tubuhnya takkan kembali seperti dulu!
Petua
Kerap saya terdengar cara merawat lecur dengan cara menyapu ubat gigi atau dengan merendam anggota melecur dalam guni tepung . Ada juga yang suruh sapu minyak masak. Bermacam jenis petua ada.
Petua-petua tersebut diturunkan oleh nenek moyang dengan niat baik. Namun ianya kurang tepat dan boleh memburukkan keadaan jika lecur itu serius dan melibatkan kawasan besar.
Jika tersiram minyak atau air panas, jangan panik. Segera bawa mangsa ke bilik air dan lalukan dengan air paip secara berterusan selama sekurang-kurangnya 20 minit atau hilang rasa sakit.
Ads
Jika anggota melecur dilitupi dengan barang kemas, lampin bayi atau pakaian tebal; tanggalkan dengan serta-merta supaya kulit boleh segera disejukkan sebelum ia ‘masak’.
Percayalah, jika first aid dilakukan dengan segera; jangankan melecur, tanda merah pun tiada. Belajarlah asas rawatan seperti mengendalikan luka kecil dan pendarahan, memberi rawatan permulaan bagi luka melecur, kerana kemalangan kerap terjadi dalam rumah.
Dengan pengetahuan rawatan asas, anda boleh mencegah kecederaan yang lebih besar.
Simpan barang berbahaya
Paling baik jika ada anak kecil di rumah ialah menjadikan rumah anda baby-friendly supaya kemalangan dapat dicegah.
Simpan segala alas meja, perhiasan kaca atau kristal. Elakkan wayar elektrik berjuntai ke bawah. Simpan benda tajam dan berbahaya di tempat yang tak boleh dicapai oleh anak kecil.
You can make a difference!
Hana Hadzrami
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dikongsikan buat Ibu bapa semua. Apa yang penting lebih berhati-hati dan membuat rawatan asas yang betul jika berlakunya kemalangan ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tak perlu berahsia. Biar pun dengan isteri sendiri, didiknya untuk berkongsi dalam segala hal.
Menurut perkongsian Azizul Azli Ahmad yang sering berkongsi tip kewangan, ada baiknya soal gaji dikongsikan bersama supaya tidak ada rahsia di antara suami dan isteri. Ini yang sebaiknya dilakukan.
GAJI SUAMI VS GAJI ISTERI Saya pernah cadangkan dulu, ‘perbelanjaan hangus’ dalam rumah tangga di atas batu jemalang bahu suami. Bayar kereta, rumah dan keperluan keluarga. Jika isteri nak bantu tak mengapa.
Perbelanjaan ‘masa depan’ seperti simpanan, pelaburan dan perlindungan di atas tudung lilit lilit mahkota isteri.
Jika sesuatu berlaku pada suami, sebagai punca pendapatan utama keluarga atau ketua keluarga seperti meninggal atau cacat kekal.
Kehidupan anak isteri akan lebih terbela, mereka ada simpanan pelaburan dan perlindungan.
Ini sesuai dengan sifat suami seorang yang gagah, kacak, bertanggungjawab, suami soleh, beriman agar melindungi keluarga kita.
Kawan kawan, Dalam bina keluarga, ‘Jangan berlumba’ antara suami dan isteri. nanti kita akan banyak berahsia. Maka jalani bersama.
Duit simpan dan labur dimana, banyak mana ada agar merancang sebagai pasukan bersama. Keluarga itu dibina bersama bukan untuk dilumba lumba sesama kita. Inilah perjalanan yang kita akan nikmati, membina keluarga bersama.
Apa suami isteri nak buat?
Suami
– Fahami tanggungjawab suami, tetap beri nafkah buat isteri
– Bersyukur ada isteri yang boleh cari duit sendiri
– Jangan sekali-kali minta isteri berhutang
Isteri
– Hormati suami walau gajinya kecil
– Tetap menyokong dan puji pekerjaan suami
– Bersyukur ada suami bertanggungjawab
– Bantu keluarga seikhlas dan semampu anda
Suami isteri adalah satu pasukan. Jika suami kalah, isteri akan kalah juga. Jika isteri menang suami juga akan menang. Jangan berlumba sesama sendiri. Bersatulah.
#Pastikan suami atau isteri ada wawasan kewangan yang sama. Jika suami boros atau isteri anak angkap shopeeeeee, maka wawasan ini akan kelaut yang dalam.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Perkongsian tentang bacaan atau doa tambahan yang boleh diamalkan dalam solat mungkin tidak semua antara kita tahu dan biasa amalkan. Untuk itu, ayuh kita baca penerangan penuh ini untuk pengetahuan bersama.
As’salamualaikum. Hamba nak kongsi beberapa amalan tambahan dalam solat. Amalan ini dibaca selepas “fil ‘aalamiina innaka hamiidum-majiid..”, biasanya kita terus bagi salam kan? Elok tambah ni.
Allahumma,
Wahai Allah
Inni a’uuzubika,
Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu
Min ‘azaabi jahannam,
Dari azab Neraka Jahannam
Wa min ‘azaabil qabr,
Dan dari azab siksa kubur
Wa min fitnatil mahyaa wal mamaat,
Dan dari fitnah ketika hidup dan sesudah mati
Wa min fitnatil masiihid-dajjaal,
Dan dari fitnah Dajjal
Allahumma,
Wahai Allah
Ya muqallibal quluub,
Wahai yang membolak-balik hati
Thabbit qalbi ‘ala diinik,
Tetapkan hatiku atas agamaMu
Wa ‘ala taa’atik,
Dan sentiasa taat kepadaMu
Kemudian bagi salam seperti biasa. Ini adalah pesanan Rasulullah SAW, Riwayat Bukhari. Jangan tinggal. Ini penyelamat kita dari 4 perkara yang Rasulullah SAW pesan pada kita untuk beringat.
Neraka, siksa qubur, fitnah masa tengah hidup dan nanti cerita-cerita buruk lepas kita mati, dan fitnah Dajjal al-masiih kalaulah kita ditaqdirkan sempat bersemuka dengan dia. Sebab hakikatnya kita memang takkan tahu kita team mana bila dia tiba. Team Muhammad atau Team Dajjal.
Hafaz doa ni. Semoga kita semua terselamat daripada azab dan fitnah 4 perkara tersebut. Aamiin…
Memiliki raut wajah yang cukup manis dan berdarah kacukan, tidak hairanlah andai ramai yang geram melihatnya. Ditambah dengan gelagatnya yang comel membuatkan ramai terhibur.
Berusia 7 tahun, puteri kesayangan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini dibesarkan bak seorang puteri dengan limpahan kasih sayang. Apa sahaja perkembangan Aaisyah Dhia Rana, dikongsikan menerusi laman instagram yang dibuat khas untuknya.
Terbaru, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta memuat naik satu video kaletah anaknya itu. Video tersebut menunjukkan Aaisyah bertanya kepada ibunya kenapa suka memakai high heels.
“Why you like wearing high heels?”
Che Ta menjawab soalan berkenaan dengan berkata beliau kelihatan lebih tinggi dengan memakainya.
Namun Aaisyah memberitahu bahawa ibunya itu memang sudah tinggi.
“Nampak more seksi.”
Itu Jawapan Che Ta yang membuatkan Aaisyah terkesima seketika sebelum ketawa.
Che Ta dan Zain bernikah pada Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam.pada 2009. selain Aaisyah, Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.