Celup, Bakar & Makan, Dah Macam Makan Dekat Kedai Daging Korea. Begini Resipi Nak Buatnya!

Share

Raya Korban ni antara menu wajib buat lain tidak bukan adalah menu yang berasaskan daging. Memandangkan agihan daging korban yang diterima, bermacam-macam menu boleh disediakan. Selain dimasak rendang, apa kata kali ini kita masak bakar ala-ala makan ala-ala di restoran Korea.

Bahan-bahan:

Kuantiti untuk 800 gram – 1kg daging.

Sos perapan:

4 ulas bawang putih

1 sudu teh ketumbar

1 inci halia muda

2 btg serai kecil

1 sudu teh halba

1 1/2 sudu makan gula merah

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh serbuk perasa

Cara Penyediaan :

Tumbuk pakai lesung je,bila dah hancur kasar sikit,keluarkan letak dalam bekas, tambah 3/4 cawan air sikit-sikit takut cair, 2 sudu makan madu, 2 sudu makan kicap masin, 1 sudu makan minyak masak dan air lemon 1 sudu makan. Kacau sebati semua. Biar pekat-pekat sikit.

Panaskan pemanggang/non stick pan serta sapu cairkan butter sedikit tuk kali pertama,celup daging dan bakar.

Daging bakar ikut suka nak garing or lembut. Sedap makan sambil bakar

Sos Ben guna sambal kicap dan sos manis thai yang dibeli. Untuk sambal kicap :

Sambal Kicap:

1/2 biji tomato

4 tangkai cili padi

1/2 bwg merah besar

Kicap masin

Sedikit Madu

Sedikit Lemon

Potong kecil dan campur semua.Sesuaikan dengan tekak.

Sumber : Ben Safwan

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club