Sakit… itu yang diluahkan oleh ibu tua ini bila mana si anak mahu memukulnya. Ketabahan seorang ibu tua yang menjaga 3 anak syurganya cukup menyentuh hati.
Perkongsian kisah keluarga ini dikongsikan oleh Dato Seri Aliff Syukri menerusi laman facebooknya Aliff Syukri Terlajak Laris baru-baru ini.
Di dalam perkongsian tersebut, usahwan dan juga pengasas jenama D’Herbs & AS Legacy berkesempatan turun padang mengunjungi keluarga ini di kediaman mereka.
Zawiyah Shamsuddin, wanita hebat dan tabah yang perlu dibanggakan kerana mampu menjaga 3 anaknya yang istimewa yang merupakan autism kritikal. Biar dipukul dan dimarahi, namun sebagai ibu dia reda menerima ketentuan dari Ilahi.
“Kalau orang datang ramai-ramai dia agak agresif. Saya memang tak boleh ke mana-mana sebab anak saya sebegini. Saya ingat kalau saya berbalah dengannya, seolah saya juga tak cukup akal seperti mereka. Sejak lahir anak-anak saya sudah begini.
“Mujurlah ada anak-anak lain bantu. Suami saya sudah lama meninggal dunia sejak 16 tahun lagi. Jadi, saya yang menjaga anak-anak ini,”ujarnya lagi.
Dato’ Seri Aliff turut memberi sumbangan berupa wang tunai dan juga keperluan dapur kepada keluarga ini. Dalam pada masa yang sama juga, Dato Seri Aliff Syukri turut membuat pengakuan ada memiliki adik autisme.
“Saya juga ada adik yang mempunyai masalah autism. Jadi saya tahu bagaimana perasaan dan situasi ibu ini. Sememangnya, ibu ini cukup tabah dan cekal dalam menjaga anak-anaknya.
“Bayangkan saya hanya punya seorang adik, tetapi ibu ini miliki 3 anak istimewa. ketabahan seorang ibu yang tak kenal erti putus asa. Dialah ‘Heroin’ dan wanita hebat yang perlu rakyat Malaysia banggakan. Walau dipukul oleh anak istimewa ini, namun ibu ini kuat semangat,” Ujar Dato’ Seri Aliff lagi.
Abang hampir dipukul oleh anak istimewa yang agresif
“ada yg perlukan bantuan sy lagi tak?? sila komen d bawah… sebanarya ini lah impian sy dari dulu iaitu membantu org susah jika sy ada rezki lebih… pagi2 lagi abg bertolak dari kl ke jerantut utk berjmpa dgn anak istimewa ni utk abg bantu meringankan beban mak dia.. sbb ramai yg tag abang utk bantu ibu tunggal ni dgn brg keperluan asas dan wang ringgit..
“sebnarnya abg takut sbb abg hampir dipukul oleh sorang anak syurga ni yang agak aggresif. bile abag jumpa mereka abg rasai ketabahan seorang ibu yang menjaga 3org serentak anak2 istimewa ini seorang diri . betapa tabahnya seorang ibu yang bersabar dengan ujian yg dijalani. .
“dlu abg rse susahnya hidup ni tapi bila jumpa orang2 macam ni barulah abag sedar yg ramai lagi susah. hasil drpd bisnes abg as legacy n dherbs abg dapat membantu mereka dengan memberikan bantuan wang dN keperluan asas..kalau korang nak tngok full vedio ada di youtube abg tv terlajaklaris.
“terima kasih semua yang menjayakan perniagaan abg dapat membantu orang lain. as legacy kejayaan tanpa batasan. sertai kami untuk kami membantu ramai orang susah diluar sana,”tulis Dato Seri Aliff Syukri.
Untuk detail boleh saksikan video yang dikongsikan oleh Dato’ Seri Aliff.
Ya Allah! Cekalnya hati mak yang dah berusia mampu menjaga 3 orang anak autisme. Bukan senang ya menjaga anak autisme, saya pun hampir kena pukul. .Sharekan perkongsian ini supaya dapat membuka ruang untuk orang diluar sana membantu keluarga ni. .Untuk menonton lebih lagi, boleh klik link kat bawah ni. https://youtu.be/3lpU851-Vxo
Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Sunday, 7 July 2019
Sumber: FB Aliff Syukri Terlajak Laris & IG aliffsyukriterlajaklaris