Cek Suhu Di Tangan Ramai Terpengaruh. Dr Ni Jelaskan Bahayanya, Sila Take Note!

Share

Telah menjadi tugas kita ibu ayah untuk pastikan sebelum anak-anak dihantar ke sekolah, anak sihat dan diperiksa suhu badannya.

Hal ini penting sebagai prosedur awal dalam usaha saringan untuk mengelakkan berlakunya jangkitan covid-19.

Namun, tak sangka pula rupanya ramai yang terpengaruh dengan dakwaan infrared thermometer ini boleh jejaskan kesihatan otak anak kita.

Memahami detail hal ini, Dr Ahamd Luqman Bukhari ini beri penjelasan. Jom baca.

Ginilah saya selalu duk cek suhu Maimunah Solehah ni. Guna infrared thermometer macam ni je dan hala kat dahi.

Kalau demam, jangan harap nak lepas pergi sekolah. Hehe.

Tapi tak sangka pulak rupanya ramai yang terpengaruh dengan dakwaan infrared thermometer ni boleh jejaskan kesihatan otak anak kita.

Siap ada yang ikut bulat-bulat dakyah untuk cek suhu badan kat tangan. Aduh!

Infrared thermometer tu bukannya pancarkan sinaran berbahaya pun.

Waktu kita halakan thermoscan tu kat bahagian kepala, suhu infrared yang dibebaskan oleh temporal artery (salur darah) kat bahagian dahi tu sebenarnya yang diimbas oleh scanner kemudian diterjemahkan kepada angka bacaan suhu badan.

Tubuh kita yang bebaskan infrared tu ye, bukan sebaliknya.

Kalau perasan, ada jugak sebahagian infrared thermometer yang keluarkan cahaya merah. Tu cuma sinaran lampu biasa je untuk tunjukkan kat permukaan mana suhu diimbas. Tak perlu risau sebab ia tak kan tembus kepala anak kita.

Yang betul-betul bahaya ialah bila kita follow dakyah untuk baca suhu melalui nadi kat tangan sebab kita sebenarnya dah menyalahi cara penggunaan peranti tu sendiri.

Nanti bacaan tu jadi tak tepat dan berpotensi menyebabkan saringan tak berjalan dengan betul lalu mengakibatkan jangkitan terus tersebar.

Kan tak bagus macam tu.

Bab thermometer ni, KKM dah pun lakukan kajian. Infrared thermometer jenis yang menyukat suhu kat gegendang telinga dan di dahi tu dah dinilai dan disahkan selamat. Jangan risau ye, just pastikan peranti tu berdaftar dengan KKM.

Sebetulnya, kalau kita nak bacaan suhu lebih tepat, patutnya kena cek melalui mulut dan rongga anus. Tapi tak kan lah nak buat benda macam tu kat tempat awam kan.

Lagi pun nanti si kecil kita akan rasa tak selesa dan paling menakutkan, risiko jangkitan tersebar jadi makin tinggi sebab proses tu melibatkan sentuhan.

Tolong saya #kongsikan info ni dengan kawan-kawan yang lain ye.

Kita semua ni fronliner tau. Kita kena sekat jangkitan Covid19 ni dari terkena family kita dan dalam masa sama wajib jugak sekat penyebaran maklumat palsu supaya kita semua selamat.

Sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari.