Pelakon Fazura meluahkan rasa terharunya apabila melihat anak sulungnya, Nur Fatima Aisya sudah pandai solat sendiri.
Menerusi Instagram keluarga, Fazura berkongsi kisah anak kesayangannya itu.
Tambah Fazura lagi, pada awalnya dia kurang senang untuk berkongsi perkara itu kepada umum namun hanya sekadar berkongsi momen sebagai kenang-kenangan ketika Fatima kecil.
“Lama berfikir nak share ke tak. Sebolehnya bab ni tak berapa berkenan nak share pada umum. Tapi dia masih kecil, maybe takpe la kan?
“Kisah nya, tercari-cari dia kat mana. Helper Faz cakap dia naik atas bilik dia dengan helper Faz yang jaga dia.
Ads
“Tengok kat camera rupanya dia tengah solat.. #masyaAllahTabarakAllah Faz rasa ni cuteee sangat not to share. Minta maaf ya.
“Semoga anak-anak kita membesar menjadi anak yang solehah atau soleh, mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT di dunia akhirat mudah-mudahan.. aminn,” tulisnya.
Ads
Perkongsian video tersebut sudah pastinya menarik perhatian ramai malah kagum dengan Fatima yang sudah pandai solat sendiri.
Fazura dan Fattah juga tidak terkecuali mendapat pujian ramai malah berjaya mendidik Fatima tentang perihal agama dengan baik.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Kes positif baharu hari ini (7,857) adalah tertinggi pernah direkodkan.
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ketika ini sebanyak 541,224 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, negeri Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi dengan sebanyak 2,675 kes dilaporkan dan ini diikuti Sarawak, 772 kes, dan Kuala Lumpur, 561 kes.
Pelbagai reaksi orang ramai apabila mengetahui apabila kes harian terus meningkat.
Menerusi ciapan di twitter Noor Hisham Abdullah, emosi warganet ramai yang meluahkan rasa sedih. Apatah lagi bimbang situasi kadar jangkitan yang semakin ‘mengganas’.
Apa pun, dinasihati lebih berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 ketika mengunjungi kawasan tumpuan umum dan juga di tempat kerja.
Sehingga 27 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,857 kes (541,224 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor – 2,675 (177,450) Sabah – 217 (61,274) Johor – 549 (56,231) WPKL – 561 (56,032) Sarawak – 772 (44,738) Pulau Pinang – 365 (27,284) pic.twitter.com/W0TlmD6KGO
Perkongsian daripada Encik Noorhashim apabila berkongsi foto gelagat pelajar remaja yang sedang mendukung adiknya yang bersekolah rendah, memang mampu menarik perhatian dan sekali gus menyentuh hati buat yang memandang.
Nyata, kasih sayang dan tanggungjawab seorang abang kepada adiknya itu wajar dipuji dan sebolehnya kita juga mengharap dan mendoakan anak-anak kita turut bertindak seperti anak remaja ini.
Secara jujurnya, saya sebagai seorang ibu atau ayah ternampak situasi seorang abang mendukung adiknya dalam keadaan panas terik. Wow!! Kagum dan sebak.
Saya perhatikan perlahan-lahan dia menuruni kawasan berbukit sambil mengendong adiknya dengan kawan-kawan perlahan-lahan menuju ke kawasan rumahnya.
Allahuakbar, anda seorg abang yang hebat. Semoga berkekalan ya adik menjaga serta melindungi ahli keluargamu ya.
Kepada ibu dan ayah serta keluarga adik ini, alhamdulillah didikan dan terapan kasih sayang di kalangan family masih utuh dan kuat. Tahniah atas didikan anda di dalam era yang penuh cabaran ini.
Sumber : Noorhashim Mohamad via KVV
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasanya orang yang mengidap diabetes atau juga dikenali dengan penyakit kencing manis akan menjalani ujian darah untuk pastikan kandungan gula dalam darah tidak tinggi untuk terus mengawal penyakit yang dialami.
Cara kawalan yang paling mudah dilakukan adalah dengan mengawal pengambilan makanan yang manis dan tinggi kandungan gula. Ini penting untuk pastikan kesihatan pesakit diabetes dapat dikawal dengan baik dan sekali gus mengurangkan risiko kepada penyakit lain seperti jantung, buah pinggang mahu pun darah tinggi.
Hal ini menyebabkan andai ada dikalangan ahli keluarga yang ada mengidap kencing manis, pengawasan daripada suami atau isteri malahan anak-anak penting untuk pastikan hanya pengambilan makanan sihat dimakan oleh pesakit diabetes ini.
Ini samalah juga apa yang dilakukan oleh anak kepada ayahnya yang mengidap diabetes ini. Bila melihat ayahnya mula makan makanan manis setelah bacaan gula dalam darah diparas bawah 10, terus sahaja mendapat bebelan manja daripadanya.
Hal ini telah dikongsikan oleh pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai @hannymaru1. Apa yang menarik perhatian netizen adalah telatah lucu bapanya yang ketika itu sedang ‘curi-curi’ makan makanan manis setelah bacaan gula dalam darahnya menurun.
“Geram je dengan ayah ni, mentang-mentang kencing manis dia dah turun sekarang ni asyik makan senyap-senyap je”
Lantaran perkongsian video ini, rata-rata netizen memberi komen yang positif malah ada yang turut berkongsi memori bersama insan bergelar ayah dan datuk.
Ceria & Sempoi Orangnya
Menerusi perkongsian video tersebut, ayahnya terlihat tersenyum-senyum sambil makan buah mangga yang baru dikupas sambil tidak ambil hati dengan bebelan manja yang diberikan oleh ahli keluarga yang lain berkenaan penyakit yang dialaminya.
Bahkan dapat dilihat pada perkongsian video-video yang lain, ayahnya cukup sporting dan suka bergurau dengan anak-anaknya. Ada sahaja gelagat dan telatah yang menghiburkan daripadanya.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.