“Cari Penjaga Terbaik & Boleh Dipercayai.” Alami ‘Separation Anxiety’ , Nasihat Liza Hanim Buat Fazura Undang Perhatian!

Share

Saat bergelar ibu itulah momen yang paling indah dalam hidup seorang wanita, segala kesakitan hilang bila mana melihat wajah si kecil di dalam dakapan. Semua yang sebelum ini menjadi keutamaan sudah berubah.

Kalau dulu sibuk dengan kerja, tetapi kini 24 jam mahu berulit dengan si kecil. Terasa malah untuk keluar bekerja meninggalkan si comel di rumah.

Itu antara situasi yang di alami oleh  ibu-ibu yang lain yang baru menimang cahaya mata sulung apabila berasa berat hati untuk meninggalkan anak walaupun sekejap.

Bahkan,  situasi tersebut dikongsikan oleh pelakon cantik manis Fazura baru-baru ini menerusi laman instagramnya.

Fazura berkata meskipun dia seorang wanita bekerjaya namun sejak bergelar ibu, berat untuk meninggalkan anaknya, Nur Fatima Aisya meskipun hanya untuk beberapa jam di rumah.

“Saya selalu ditanya sama ada saya berasa rindu untuk berada di set, jawapannya sentiasa ya. Orang yang kenal saya, mereka tahu betapa saya suka bekerja dan menjadi seorang pelakon adalah minat nombor satu saya.

“Tetapi sekarang saya sudah bergelar ibu, rasa berat nak tinggalkan anak berjam-jam sehari. Macam mana saya nak atasi perkara ini? Perlukan nasihat daripada ibu-ibu yang rajin bekerja di luar sana,” demikianlah soal pelakon Nur Fazura di laman Instagram.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai, termasuklah penyanyi, Liza Hanim yang menitipkan nasihat buat Fazura.

“Tapi awak akan biasakan diri sebab kita bekerja untuk anak-anak juga. Gunakan waktu awak sekarang untuk mencari penjaga yang terbaik dan boleh dipercayai.

“Beberapa bulan pertama, saya upah penjaga… jadi, baby saya boleh ikut saya ke lokasi sebab menyusu badan kan… tapi sekarang tempat paling selamat adalah rumah… harap ini dapat membantu awak,” komen Liza.

Fazura berterima kasih kepada Liza atas komen dan nasihat yang diberikan oleh penyanyi senior tersebut.

“Arghh! Faz kalau keluar baru melangkah keluar pintu dah rindu anak, pastu tengok videos dia macam berhari tak jumpa padahal baru 2 jam. Now pun Fatima dah 4 months and kalau nak shoot tu pun after Raya.
“Still, nervousnyaaa! Tapi InsyaAllah.. semoga ada kekuatan and hope we can work on my schedule around her juga. Thank you so much sis! Lots of Love! 💖💖💖
Beberapa warganet turut bersetuju dengan nasihat yang dititipkan Liza Hanim itu.
nur4zz4hr4 @lizahanim79 ni betul sangat.. i agree tapi kan hati ibu tu satu minit je tak nampak depan mata eyyyy susah..lain mcm la
fifahjumadi @lizahanim79 @missfazura I so…. can relate to this… when I had my first one, I cried so badly when I started work after maternity… my children are much bigger now 12, 14, 16 and I’m still having this separation anxiety… although I know its normal and common… it is not as bad as they were small… one thing I learnt… as much as we want to shower then with so much love, we also need time for ourselves… cos separation anxiety is a negative vibes…we dun want to pass it on…

Selain Liza, selebriti lain serta warganer turut menitipkan nasihat serta berkongsi pengalaman mereka.

catrionabrianross It wasnt easy for me. I left Rania for work when she was 6months old. Cried on set, missing her but having a good support system helps. Lost of pictures and videos were shared and i knew she was alright. Lama-lama, things sort of get into routine
ctradhiyah Will never be easy but always have faith that Allah will take care of her with the right people and you are doing an ibadah by going out to work for her.
fadzleenfdzlpru Its okay kak faz. Take your time. Nnti boleh buat comeback or maybe leh tanye kat Amyra Rosli sbb dia buat drama Nur After dia gift Birth haritu. Masih breast feeding lagi time tu.. but Women are strong. Kalo tkde nanny nk jaga kat set, nk offer diri. Hahaha 😂
theultimate.bn ou are The Ultimate Mommy..dont worry..Allah kan ada..He will guide you and He onlg bring good things for good reasons..trust Him.. Love from Msian in Brunei
mummy3j Itu normal faz. Sy x tau artist kerja mcm mana tp mcm sy yg bekerja almost 10jam stp hari, tiada cara selain, percaya anak akan selamat di bawah jagaan org yg kita percayakan. And soon lepas habis kerja kita boleh peluk anak semula.
Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober tahun lalu.
Sumber: missfazura
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club