Hakikatnya, tidak dinafikan jika kita sentiasa berfikiran positif ia akan dapat membantu kita menguruskan kehidupan ini dengan lebih baik, tenang dan bahagia.
Selain itu tips untuk tenang dan bahagia ini juga, Dr Nur Hanisah berkongsi info di mana ujarnya kita perlu belajar untuk fokus perkara yang kita boleh kawal seperti percakapan kita, cara melayan orang lain, kekalkan sikap positif, cara kita mengawal perasaan, menolong orang dan sebagainya agar dapat membuatkan kita rasa bahagia.
Dan dalam masa yang sama perlu bersedia untuk lepaskan perkara yang tidak boleh dikawal seperti apa orang cakap tentang diri kita, apa yang orang lain fikir, risau dengan perkara yang bakal berlaku dan bermacam-macam kebimbangan lain yang akhirnya jika perkara tersebut menjadi fokus utama akan mengganggu emosi dan menyeksa diri sendiri.
Jadi untuk lebih memahami cara mencari tenang dan bahagia, jom baca perkongsian penuh daripadanya seperti di bawah :-
Dalam hidup ini, ada perkara yang kita boleh kawal. Ada perkara yang kita tak boleh kawal.
Untuk tenang dan bahagia, belajar untuk fokus yang pertama. Belajar juga lepaskan yang kedua dan berserah hanya pada Dia.
Kata Prof Dr Muhaya,
Kita tak boleh kawal apa yang berlaku.
Yang kita boleh kawal adalah respon.
Belajar untuk;
1️⃣ Terima.
Fikir apa yang berlaku itu daripada Allah. Kita terima, kita redha.
“Ya Allah, benda ni berlaku, aku tak happy sangat. Tapi aku tak boleh kawal. Jadi aku nak fokus apa yang aku boleh kawal, iaitu respon aku terhadap apa yang berlaku.”
Ads
2️⃣ Istighfar.
Fikir silap kita. Benda yang baik datang daripada Allah. Benda yang tak baik mungkin daripada dosa kita yang kita belum taubat.
3️⃣ Cari hikmah.
Apa learning point daripada peristiwa ini?
Belajar to let go. Lupakan pengalaman lepas, ambil pengajaran. Apa yang kita boleh kawal adalah, sikap, fikiran dan emosi.
Bila kita faham ilmu ini, hidup akan lebih berfokus tentang diri. Bukan untuk ajar diri jadi selfish. Tapi untuk lebih fokus akhirat.
“Ya Allah izinkanlah aku ubah apa yang aku boleh ubah, dan terima apa yang aku tak boleh ubah, dan berilah kebijaksanaan untuk aku tahu perbezaannya.”
KPI bila apa-apa benda berlaku pada kita,
“Apakah aku makin dekat dengan Allah?”
Sumber :[su_button url=”https://www.facebook.com/nur.hanisah.9828/posts/4763043083734763″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Nur Hanisah [/su_button]
Kadang-kadang kipas siling di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum. Ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut.
Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan.
Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru. Anda boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Md Helmee Abu menerusi laman fecebooknya.
1. Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut, ada 2 bahagian :- ring dan cover sensor
2. Tanggalkan ring pada kipas tersebut dengan memusing ke arah “open” dan tanggalkan.
3. Buka bahagian sensor, ada 3 skru (buka pakai Phillips screwdriver)
4. Tanggalkan 2 wayar soket.
5. Tanggalkan board kipas dengan menolak clip pada board.
6. Alat yang diperlukan a) soldering iron b) solder wire c) kapasitor.
7. Desolder kapasitor lama (bahagian bawah board)
8. Tanggalkan kapasitor lama.
9. Masukkan kapasitor baru.
10. Solder semula kaki kapasitor baru dan patahkan bila selesai. (kaki yang berlebihan)
11. Board yang telah siap diganti kapasitor.
12. Pasang semula board pada kipas. (Sambung semula soket wayar)
13. Switch on kipas dan semoga berjaya.
Tip tambahan:
• Jangan lupa ikat semula skru cover sensor.
• Kapasitor boleh dibeli di kedai letrik
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
HUAWEI baru-baru ini melancarkan peranti baharu mereka, P50 Pro dan telefon boleh lipat P50 Pocket yang menampilkan spesifikasi terkini termasuk keupayaan kamera pada kelas tersendiri.
Pelancaran ini sekaligus meneruskan legasi fotografi bagi membolehkan pengguna merasai pengalaman gaya serba baharu lengkap dengan keupayaan perkakasan serta perisian yang tiada tandingan.
Kedua-dua peranti itu hadir dengan keupayaan optik XD Huawei dan Enjin Imej XD Fusion Pro sekali gus memberi kualiti gambar terbaik serta membawa tahap baru dalam fotografi mudah alih.
P50 Pro
Hadir dengan skrin dan bateri yang lebih besar, sambil mengekalkan penampilan peranti yang langsing dan ringan. Ia mempunyai paparan kaca melengkung 3D, menyokong gamut warna lebar P3 penuh, sehingga 1.07 bilion warna, memaparkan warna yang tepat.
Dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 300Hz, pengguna boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar dan responsif. Menarik kan!
Bukan tu je, HUAWEI P50 Pro memiliki kadar zum sehingga 200x. Tangkapan imej jarak dekat pada peranti ini dilengkapi dengan keperincian yang sempurna dan dengan keupayaan Optik XD HUAWEI, tangkapan imej yang dizum seingga 100x dapat menghasilkan imej yang sangat jelas. Ia juga menyokong rakaman video 4K untuk merentasi julat focus penuh dan penyelesaian penstabilan imej AIS Pro serba baharu.
Reka bentuk menawan dan anggun HUAWEI P50 Pro memperkenalkan reka bentuk Kamera Dwi-Matrik baru yang ikonik dan unik. Peranti ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Cocoa Gold dan Golden Black.
P50 Pockets
Bagi P50 Pocket pula, ia menggunakan reka bentuk dwi bulatan ikonik yang terdapat pada siri HUAWEI P50. Peranti ini mempunyai keupayaan lipatan yang lancar, menjadikan penampilan peranti berkenaan ultra nipis serta ringan dengan paparan bersaiz 6.9 inci pada nisbah paparan 21:9.
Tanda harga bagi HUAWEI P50 Pro adalah RM4,199 dan pengguna berpeluang untuk mendapat barangan bernilai RM2,100 jika membuat pra tempahan.
Barangan pra tempahan termasuk HUAWEI Watch GT 2 Pro bersama-sama penukaran skrin dalam tempoh tiga bulan pertama pembelian.
Bermula dari 22 Januari 2022, pengguna boleh membuat pra-tempahan untuk HUAWEI P50 Pocket pada harga RM5,999; manakala HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium boleh didapati untuk pra-tempahan pada harga RM7,299.
Untuk setiap pra-tempahan HUAWEI P50 Pocket yang dibuat, pengguna boleh menikmati hadiah percuma yang hebat bernilai sehingga RM2,700*.
Wanita sentiasa menitikberatkan soal penampilan, baik sebelum mahupun selepas berkahwin. Namun berbeza dengan kaum adam di luar sana yang jarang mengambil berat hal-hal sebegini. Lebih-lebih lagi berkenaan berat badan.
Tidak kurang ada yang dahulunya kurus melidi tetapi setelah mendirikan rumah tangga, bentuk badan mulai berubah dan mungkin sedikit berisi ataupun ‘gemuk’.
Apakah punca menyebabkan perubahan itu? Jom kita semak.
Isteri pandai memasak
Antara puncanya mungkin mendapat seorang isteri yang pandai memasak dan gemar memasak. Jikalau dahulunya hidup berseorangan makan seharian tidak dijaga, tetapi setelah mendirikan rumah tangga hidup lebih teratur dan jadual makan juga teratur.
Terlalu rasa selesa dan menjadi malas
Kalau dahulu nya sentiasa mengambil berat mengenai penampilan diri, setelah mempunya isteri terasa hidup sudah lengkap dan hidup terlalu selesa. Ini antara faktor kenapa lelaki sudah tidak ambil peduli berkaitan dengan penampilan diri.
Tidak lagi aktif dan malas bersenam
Masa terluang yang ada sewaktu bujang yang dahulunya di isi dengan aktiviti bersenam kini sudah tiada lagi apabila masa terluang itu telah di isi dengan aktiviti di dalam rumah bersama isteri dan anak, menonton televisyen bersama isteri, menjaga anak. Sudah jarang-jarang bersenam malah lebih suka hanya duduk dan bermain bersama anak. Ini juga antara faktor berat badan tidak turun malah makin bertambah apabila setiap hujung minggu isteri menyediakan makanan-makanan yang enak.
Bertukar jadual seharian
Sewaktu bujang dan berseorangan, selalunya segala kerja rumah dilakukan seorang diri, malah ianya adalah aktiviti senaman harian yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan peluh. Tetapi kini segalanya diurus oleh si isteri, kalau dulunya aktif bekerja sekarang hanya duduk dan menonton televisyen dan membaca surat khabar. Peluh tidak keluar dan kurang pergerakkan antara faktor kenaikkan berat badan.
Hidup rumah tangga, suami haruslah peka terhadap kesihatan diri dan juga keluarga, jangan hanya mengharapkan si isteri menguruskan semua kerja di dalam rumah. Menolong isteri di rumah adalah salah satu aktiviti senaman ringan yang boleh mengeluarkan peluh dan sekaligus dapat menurunkan berat badan dan boleh mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri.
sumber: Aliffchannel (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...