Memilih untuk hidup aman damai dengan penuh kesederhaan dan bahagia bersama keluarga dan anak-anak adalah impian setiap manusia. Namun bahagia bagaimana yang kita impikan?
Menurut Ustaz Ebit Lew, bahagia tak datang dengan sendirinya jika kita sendiri tak berusaha untuk mencarinya. Cari bahagia kita bersama pasangan anda anak-anak. Tiga doa yang dikongsikan Ustaz Ebit Lew ini wajar kita amalkan.
“Untuk bahagia kena berjuang, berkorban dan berusaha. Ia bukannya boleh datang sekelip mata atau telan apa-apa pil bahagia. Tapi kena berusaha membawa ahli keluarga dekat dengan Allah. Bila dekat dengan Allah dan dalam hati ada iman, Insya-Allah semuanya dipermudahkan.
Suami dan isteri saling sayang-menyayang, anak-anak tak degil sebab masing-masing tahu jika buat baik Allah akan lebih sayang kerana sayang yang kita mahu itu semuanya kurniaan daripada Allah jua.
Makanya, bawalah ahli keluarga datang ke majlis ilmu, mendengar cerita kehidupan akhirat, cerita kehidupan Rasulullah s.a.w. Kita tak akan dapat bahagia bila tak bawa ahli keluarga kepada sunnah Nabi.
Amal 3 doa ini untuk bahagia:
1. Surah al-Furqan ayat 74 Amalkan doa ini selalu. Jangan tinggalkan ia. Ini adalah rahsia bahagia dalam kehidupan. Ia adalah doa paling mujarab untuk kebahagiaan dalam keluarga. Ia umpama kemuncak bahagia. Allah yang ajarkan manusia doa ini dalam al-Quran.
Maksud ayat ini: “Ya Allah anugerahkan kami pasangan yang menyejukkan mata dan beri keturuan zuriat yang dapat memimpin pada kebaikan.”
Ads
Allah yang beri rasa sayang dan cinta pada pasangan. Bila tengok rasa tenang dan bahagia walaupun tak banyak duit dan tak cantik atau handsome.
Keluarga bahagia adalah impian untuk pimpin tangan pasangan dan anak-anak masuk ke syurga Allah. Bawa mereka dekat pada Allah SWT. Syarat bahagia sebuah keluarga yang Allah dah tetapkan iaitu mengurniakan kita wajah pasangan yang menyejukkan mata dan pimpin ke syurga.
Bila kita pimpin pasangan dan anak-anak dekat dengan Allah mereka juga akan bahagia. Kalau kita nak bahagiakan anak-anak bukan bila mereka sedih kita bagi mainan, kita bagi gajet, kita bawa jalan-jalan. Kita sepatutnya bimbing anak-anak dekat dengan Allah SWT dan Nabi SAW.
2. Surah Ibrahim ayat 40
Macam mana nak suruh anak-anak mudah solat? Amalkan doa ini Insya-Allah anak-anak akan mudah solat, solat awal bahkan bersolat sunat juga.
Ads
Rab-bij ‘al-ni muqimas salati, wamin dhur-riy-yati, rabbana wata qabbal du-a’ i
Maksud ayat ini: “Ya Allah jadikan aku orang yang mendirikan solat dan zuriat keturunan aku orang yang menjaga solat.”
Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat reda Allah. Oleh itu kita kena dekatkan diri pada Allah. Doa pada Allah supaya kita dan zuriat keturunan jadi orang yang menjaga solat. Orang yang menjaga solat adalah orang yang dekat pada Allah. Ahli solat tidak akan mudah marah-marah, tak suka maki hamun, tidak mengeluh dalam hidup, tenang dalam hidup, tak cepat melatah, lidah jadi baik, tak menyakitkan hati orang lain.
Ahli solat akan sentiasa cakap baik, tak menyakitkan hati orang. Kalau anak kita suka anak cakap kasar dan tak reti nak cakap lembut sebenarnya ia bermula dengan diri kita sendiri.
Bila kita adalah orang ahli solat maka secara tak langsung kita juga orang yang sangat menjaga lidah dan tak cakap kasar pada pasangan dan anak-anak. Ibu ayah jangan terlalu kasar dan keras pada anak-anak 24 jam. Bertegas pada mereka itu perlu tapi jangan sampai anak-anak jadi tak suka dan takut pada kita.
Semakin anak-anak membesar mereka dahagakan kasih sayang dan pelukan ciuman dari ibu ayah. Oleh itu janganlah asyik tengok handphone 24 jam bila di rumah sampai lupa nak tengok dan peluk cium suami/isteri dan anak-anak.
Ads
Dalam hidup ini kita kena menghargai apa yang kita ada. Kadang-kala kita kurang mempunyai hati yang bersyukur dan menghargai apa yang ada pada kita.
Nabi s.a.w bersabda orang yang paling baik adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Bila kita syukur, Allah sayang kita. Bangunkan keluarga dengan kasih sayang dan peluk cium anak-anak setiap masa.
3. Surah al-Ahqaf ayat 15
Satu orang tanya pada Talhah r.a apa nak buat bila anak dia degil. Talhah r.a cakap baca surah al-Ahqaf ayat 15.
Maksud ayat ini: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Saidina Ali r.a berkata ini doa yang diamalkan oleh Saidini Abu Bakar As-Siddiq ketika umur 40 tahun dan Allah bagi semua ahli keluarganya memeluk Islam.
Sebarkanlah Ilmu Walaupun Sebesar Zarah..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat anda yang ‘hantu’ laksa terutama sekali laksa utara, admin kongsikan resipi kuah laksa yang tidak hanyir dan bau semerbak sampai rumah jiran pun boleh bau! Dalam masa 25 minit sahaja dah boleh siap.
Bagaimana hendak sedapkan rasa kuah laksa? Nah ibu-ibu boleh cuba tip ini untuk jadikan kuahnya sedap.
Penyediaan kuah laksa ini dikongsikan oleh Ameera. Selamat mencuba! Laksa by ibu
Tips ibu share ni laksa kita masak tak hanyir , bau wangi semerbak 2 kilometer.
Penyediaan 25 minit siap semua!
Kenapa masak laksa sampai 1 jam ha?
Jom follow step ibu.
Ambil resipi ni buat niaga
Insyaallah ramai yang suka.
Ibu halalkan
Tengok gambar last pelis
BAHAN-BAHAN
-ikan kembung atau ikan sardin
-bawang besar, belacan
-cili kering, cili merah dan cili padi
-asam keping homeade
-daun kesum dan bunga kantan Cara membuat: 1. Ikan kembung lemak. Semua sedara mara dia dalam tu. Nanti air rebus ikan ni buang tau. 2. Gigi besi owh gigi besi, blend je semua kepala dan tulang semua. Jangan takot. Kang kita tapis. Pakai air paip je. 3. Macam biasa lah, blender serba boleh hat ni. 4. Raga ikan ibu yang paling ku sayang. Banyak bakti nya. Tapis di sini, tulang segala selamat di raga, tak masok dalam kuah laksa kita. 5. Cantik kejadiannya. Pekat kan. Nanti tambah air sikit. 6. Ini part sambal dia. Korang nak pedas boleh letak cili padi tu lebih. Ini sukatan yang anak anak pon boleh makan. 7. Hah? Blender ni lagi. Kan dah kata blender serba boleh. Korang takde jangan jelous.
8. Campak dalam periuk. Haishh senang je kejenya korang.
9. Helok hitam asam keping ibu. Buat sendiri asam keping ni. Bukan beli. Udah siap ha! Apa lagi, bau wangi yamat. 11. Tonggeng terus masuk ke sambal tadi. Bekilat kan dapo ibu, tips nya, lepas masak sila kemas terus. 12. Terus masuk kan daum daun ni ye. Yeaaahhhh siap dah! Biar ngelegak dah masak la tu weh. Boleh makan bersama anak anak. *Terliurnya tengok laksa!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak Amyza Aznan alami ketumbuhan di paru-paru-“Doktor sahkan…lepas anak jalani ujian CT Scan.” Pelakon Amyza Aznan, 50, memberitahu doktor sudah mengesahkan ada ketumbuhan di paru-paru anak sulungnya, Andre Mikhail selepas menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di hospital.
Anak Amyza Aznan Alami Ketumbuhan Di Paru-paru-“Doktor Sahkan…Lepas Anak Jalani Ujian CT Scan”
Amyza berkata, doktor juga perlu mengambil sampel terlebih dulu untuk mengetahui sama ada ketumbuhan itu adalah kanser ataupun bukan.
“Doktor beritahu selepas buat pemeriksaan X-ray hanya ada sedikit saja bendalir di paru-paru Andre dan selebihnya adalah ketumbuhan.
“Saya faham proses mengambil sampel itu mungkin mengambil sedikit masa kerana anak saya juga sudah 12 hari ditahan di hospital.
“Apapun, saya berharap keadaan penyakit anak saya tidak serius sebab itu pihak hospital memerlukan masa untuk mengambil sampel berkenaan dan saya juga percaya dengan kepakaran doktor di hospital kerajaan,” katanya.
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, Amyza mohon pengikutnya untuk mendoakan kesembuhan anak sulungnya, Andre yang masih menerima rawatan di hospital akibat bendalir dalam paru-paru.
“Saya hanya mohon doakan kesembuhan untuk anak saya, Andre Mikhail,” katanya.
Ditanya karier lakonannya pula, kata Amyza, dia juga terpaksa berulang alik dari lokasi penggambaran di Melaka untuk menjaga anak sulungnya, Andre Mikhail, 18 tahun yang dirawat di hospital di Ampang.
“Saya memang terbabit dengan penggambaran sejak awal Januari lalu.
“Saya tidak boleh mengelak kerana ia komitmen kerja yang sudah dipersetujui lebih awal sebelum anak sulung saya jatuh sakit.
“Pada masa sama, saya masih harapkan doa daripada semua peminat untuk sama-sama mendoakan segala urusan anak saya di hospital dipermudahkan dan segera sembuh,” katanya.
Mengimpikan kelihatan muda daripada usia sebenar tentunya ramai mahukannya. Lazimnya kita juga sedar untuk kekal nampak muda dan cantik, pastinya ada rutin penjagaan wajah harus diamalkan.
Selain penjagaan dari luaran, amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dengan aktif bersenam juga turut mempengaruhi personaliti seseorang agar terlihat bertenaga seperti orang muda.
Melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan ini, mungkin ramai menganggap perlu belanja yang besar.
Namum tahukah anda pemilihan makanan berasaskan ulam-ulaman juga dapat membantu untuk kekal awet muda.Belanjanya cukup murah dan mudah disediakan.
Untuk itu, jom kita buat minuman yang istimewa ini yang dikongsikan oleh puan Sumaiyah Abdullah via MAHN.
Nak kulit sihat dan cantik semulajadi kan. Minum lah jus pegaga. Sekali seminggu mesti saya minum. Selain sangat baik untuk kesihatan, pegaga juga beri kesan besar pada kecantikan kerana sifatnya membaiki, merawat dan memelihara tisu.
Sesiapa yang nak kulit anjal, amalkan lah makan atau minum jus pegaga sebab pegaga ni boleh menyokong pembentukan kolagen dan mengelakkan kulit kendur.
Saya share resepi kat sini.
Daun pegaga 7-11 helai
1 gelas air suam
Madu atau raw cane sugar
Susu segar atau susu tepung(option)
Cara penyediaan :
Blend daun pegaga bersama air suam. Tapis dalam gelas, masukkan madu dan susu. Tak nak letak susu pun boleh. Kacau sebati dan terus minum. Amalkan jus ini sekali seminggu.
Pegaga juga boleh membantu menurunkan berat badan tau. Jadi, sesiapa yang tengah diet tu, masukkan juga menu pegaga dalam list korang. Inshaallah berkesan.
Pilihan lain
Menyentuh tentang awet muda dengan ulam-ulaman ini, selain pagaga sebenarnya ada beberapa lagi ulam-ulaman jika dimakan juga dapat membantu untuk kekal sihat dan muda.
1. Ulam raja
Ulam raja antara ulam paling popular yang baik untuk membantu meremajakan kulit. Caranya mudah, basuh bersih dan boleh terus dimakan dengan nasi panas.
2. Selom
Daun selom antara yang mudah didapati. Malah harganya pun murah saja. Daun selom tinggi kalsium dan vitamin C yang baik untuk kesihatan. Rugilah siapa tak makan!
3. Jantung pisang
Jantung pisang sangat tinggi serat malah boleh elakkan masalah sembelit. Caranya perlu direbus terlebih dahulu sebelum dimakna.
4. Kacang Kelisa
Setengah orang suka masak dan ditumis sebagai sayur. Tak kurang juga yang nak jadikan ulam sahaja. Yang pasti kacang ini kaya protein dan mineral.
5. Kaduk
Daun kaduk antara rahsia cantik bagi kaum ibu. Daun kaduk dikatakan baik untuk sakit pinggang, legakan selsema serta baik untuk melawas kencing. Jika tak mahu makan mentah, rebus dahulu dan kemudian barulah dimakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.