
Sesungguhnya Isteri yang solehah adalah idaman setiap suami yang soleh.
Bila suami memandangnya terasa sejuk di hati suaminya itu dan terbina rasa kasih dan sayang.
Bila suaminya berada diluar rumah, suaminya itu akan teringat akan kebaikan akhlak isterinya dan layanan istimewa yang diterima dari isteri yang tercinta.
Ketika si suami mencari rezeki, si isteri sentiasa berpesan;
“Abang, carilah rezeki yang halal dan baik, tolonglah jaga hak kami. Kami boleh sabar jika tidak cukup makan, tetapi kami tidak sabar dan tidak mampu nak menanggung azab dari Allah.”
Begitulah seorang isteri yang solehah. Nikmat yang terbesar bagi seorang lelaki di atas dunia.
APA SIFAT ISTERI YANG SOLEHAH?
1.Tunduk kepada perintah Allah SWT, terus-menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah, dan selainnya. Membenarkan segala perintah dan larangan-Nya.
2.Selalu kembali kepada Allah SWT dan bertaubat kepada-Nya sehingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya dia jauh dari perkataan yang tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta, ghibah, namimah, dan lainnya.
3.Mentaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah SWT dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
4.Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Dia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar. Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Tulisan Dato Dr. Abdul Basit Abdul Rahman di dalam buku Rahmat Allah Tidak Pernah terhenti. M/S 45
#RahmatAllahTidakPernahTerhenti
Sumber: Mohd Azli Ali
Ke Hulu Ke Hilir ‘Bawa’ Ayah. Wanita Ni Kongsi Kenangan Konvo Buat Ramai Tersentuh Hati!

Mengimbau saat dapat menggenggam segulung ijazah di majlis konvokesyen, tentu itu menjadi antara detik begitu membahagiakan dalam diri.
Saat itu juga, dirasakan cukup seronok bila orang-orang tersayang turut bersama-sama berada disisi.
Namun berbeza dengan apa yang dilalui oleh wanita ini dan ianya dikongsikan untuk dijadikan inspirasi untuk yang lain.
Saya Nurhafisah Ismail, berumur 28 tahun. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Media di Universiti Malaya. Saya mendapat ijazah ketika saya berumur 26 tahun dan selepas setahun pemergian ayah tercinta ke negeri abadi.
Tak terfikir langsung yang saya akan menamatkan pengajian tanpa ayah disisi. Memang perit untuk terima sebab ini impian ayah dan mak. Ayahlah orang paling gembira dan teruja bila dapat tahu saya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.
Banyak pengorbanan ayah yang menjadikan saya seperti sekarang. Kami pasang impian sama-sama. Ayah dah pencen sewaktu saya mendapat tawaran ke UM. Mulanya saya tak nak sambung sebab tiada sumber kewangan yang cukup dan memikirkan keadaan ayah yang tidak sepatutnya bekerja lagi. Tetapi, impian ayah terlalu besar untuk melihat saya mendapatkan segulung ijazah. Katanya, kalau betul nak belajar, duit boleh cari.
Selepas pencen, ayah masih bekerja sebagai pemantau kebun sawit demi mencari duit untuk menanggung pengajian saya. Ayah gigih cari duit walaupun dirinya sudah tidak sihat dan mempunyai masalah jantung.
Setiap kali saya daftar semester baru, ayah akan hantar saya ke UM. Saya dah besar, saya boleh buat urusan pendaftaran sendiri, tapi ayah nak juga hantar. Alasannya, nak tengok bilik adik.
Ayah selalu cakap, “Nanti dah habis belajar, bolehlah jadi wartawan. Nanti ayah boleh tengok adik dalam TV.” Itu yang saya ingat sampai sekarang, tapi saya tak dapat tunaikan impiannya itu.
Ayah pergi sewaktu saya cuti semester sebelum memulakan tahun pengajian yang ketiga. Tahun terakhir pengajian, tahun yang sangat mencabar. Saya pernah ambil keputusan untuk berhenti sebab semangat saya dah tak ada. Tapi, keluarga nasihatkan supaya saya teruskan pengajian kerana ini impian ayah.
Saya usaha sehabis baik untuk tamatkan pengajian. Rakan-rakan dan pensyarah banyak membantu terutama dalam menyiapkan tesis akhir. Keluarga banyak memberi sokongan supaya saya terus kuat.
Saya tahu ramai lagi yang mempunyai kisah hebat bersama ayah atau ibu. Saya cuma berkongsi rasa setelah ayah tiada dan bagaimana saya menghabiskan sisa pengajian. Kalau ikutkan hati, memang saya tak habis belajar. Tapi, memikirkan impian ayah untuk tengok saya naik pentas dan menerima scroll, saya kuatkan semangat dan teruskan sampai habis.
Sewaktu konvo, saya terlupa yang ayah dah tiada sampai saya tercari-cari ayah. Tunang saya datang, bawa gambar lukisan ayah, baru saya sedar. Saya hanya mampu menangis sambil bercakap dengan gambar, “Adik dah konvo. Adik dah capai impian ayah.” Perit untuk terima. Orang yang selalu teruja bila saya cerita perihal belajar, saya ceritakan apa yang saya buat, kongsi semuanya, tiba-tiba dah tak ada.
Terlalu banyak pengorbanan ayah sampai saya tak tahu macam mana nak cerita. Terlalu banyak kenangan sampai saya tak tahu untuk gambarkan. Semuanya tersimpan rapi dalam ingatan saya.
Its the day, Hero. My big day. Supposely, you were there beside me, holding a bouquet of flowers and hugging me, taking pictures together with mom. Supposely. Physically you was not there. But, with that painting, i feel you. Besides me, hugging and crying together with mom. You will say, “ini anak ayah, anak ayah dah besar, lepas ni boleh kahwin.” I miss that, Hero.
Ketika itu semua orang tengok saya bawa “ayah”. Sampai datang seorang pakcik ni tanya, “maaf pakcik tanya, siapa ni?” Adik jawab, “ini ayah saya, ayah dah tak ada, saya bawa gambar saja.” Pakcik tu cuma mampu angguk, mata mula merah tahan sebak mungkin.
Ayah, terima kasih sebab galas tanggungjawab didik dan besarkan sata sampai tahap sekarang, sama-sama dengan mak. Ayah orang paling excited bila tahu saya dapat sambung belajar dekat UM. Setiap sem ayah akan hantar saya untuk daftar, semua orang tengok bila ayah gigih panjat tangga semata-mata nak tengok bilik saya, walaupun bilik tu tetap sama kedudukannya dan lelaki tak dibenarkan masuk pun. Hehehe. Tetap nak hantar.
Banyak lagi saya nak tulis. Pengorbanan ayah, gigihnya ayah cari duit, banyak sangat. Adik simpan semua kenangan kita. Ayah tunggu saya dekat pintu syurga ya. Nanti panggil nama, takut tak perasan ayah sebab ayah mesti handsome sangat waktu tu.
Terima kasih ayah. Terima kasih untuk segalanya. Ayah, saya dah konvo!
“Bila Ada Anak, Pentingnya Urus Masa. We Survived.” Anak Kini 3 Tahun, Elfora Loy Dedah Jaga Sendiri Tanpa Pembantu Rumah!

Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga dengan pelakon cantik manis Elfira Loy.
Usai mendirikan rumahtangga, kehidupannya lebih kepada keluarga lebih-lebih lagi selepas lahirnya anak sulung mereka, Muhamad Rayyan Khalaf yang kini sudah memasuki usia tiga tahun.
Akui isteri kesayangan faris Khairul Anuar ini lagi, dia tidak menyangka dalam tempoh kelahiran anaknya sehingga kini, dia mampu menguruskan segalanya sendirian tanpa ada pembantu rumah.
“Too cute not to post. Dia kini sudah tiga tahun, kejap je dah besar. Alhamdulillah sepanjang 3 tahun ni kami survived walaupun tanpa pembantu. Saya tak tahu macam mana saya lakukan tapi berjaya survived!
Tambah Elfira lagi, dalam membesarkan anak dan menguruskan keluarga, perkara paling penting adalah pengurusan masa.
“Apabila ada anak, perkara paling penting yang perlu anda lakukan adalah kena tahu macam mana nak uruskan masa. Sebab itu, rutin akan membuatkan hidup anda lebih mudah,” ungkap Elfira lagi menerusi kapsyen yang dimuat naik bersama sekeping gambar rayyan.
Perkongsian Elfira mendapat respond daripada peminatnya, rata-rata memujinya yang berjaya membesarkan anak tanpa pembantu.
Sumber: elfiraloy
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Tip Bercinta Orang Dulu-dulu, Kekal Bahagia Sepanjang Hayat, Pasangan Muda Baru Kahwin Kena Buat Ni!

Rumah tangga pasti ada manis dan ada ketikanya pahit bak hempedu. Sukar ditelan namun cukup indah kerana perkongsian dua hati yang saling mencintai. Inilah resam berumah tangga. Suami isteri dari dulu dan sekarang mengakui perkara ini. Tapi kenapa kala berdepan dengan masa pahit, ramai pasangan hari ini tidak setabah dan secekal pasangan dulu untuk menanganinya.
Hingga ramai yang mengambil jalan berpisah. Sedangkan ibu bapa kita berdepan dengan situasi yang lebih perit dan mencabar namun tetap kekal bersama hingga ke hujung usia.
Dalam hal ini kita mungkin perlu banyak belajar dari mereka tentang cara melayari rumah tangga agar tak mudah melatah bila berdepan masalah. Jom intai cara mak-mak kita bercinta.
1. Lepas kahwin tak pergi bulan madu
Bila selesai majlis kahwin, tolak tepi hal berbulan madu tetapi kenalkan pasangan pada sanak suadara. Rapatkan hubungan silaturrahim. Antara cara merapatkan hubungan pasangan pengantin baharu dengan keluarga adalah melalui amalan bergotong royong atau rewang ketika mengadakan kenduri perkahwinan. Pengantin wajib membasuh periuk belanga yang digunakan semasa majlis perkahwinannya!
2. Suami tolong buat kerja rumah
Cuba perhatikan bapa anda sendiri. Sangat santun orangnya. Rajin membantu isteri. Selepas isteri melahirkan, semua suami yang buat.
Jika melihat si isteri penat menguruskan rumahtangga, suami jangan berat tulang untuk membantu. Tolong jagakan anak juga sudah cukup membuatkan si isteri tersenyum
3. Isteri tahu tanggungjawab sendiri
Banyak kes penceraian disebabkan oleh isteri malas. Cuba lihat mak kita sendiri. Rajin dan tahu tanggungjawab sendiri. Suami balik kerja, anak-anak dah terurus.
Oleh itu, walaupun sibuk di pejabat, tanggungjawab sebagai isteri jangan diabaikan. Tidak salah jika ada pembantu, tetapi soal membancuh minuman untuk suami serta makan pakainya seharusnya tetap menjadi tanggungjawab isteri.
4. Tiada campur tangan ibu bapa
Ibu bapa tak perlu campur urusan rumah tangga anak, ini boleh jadi kes penceraian. Biarkan anak-anak menangani masalah rumahtangga mereka sebaik mungkin. Ibu bapa hanya boleh memberi nasihat apabila diminta.
5. Keburukan dalam rumah tangga jangan cerita pada orang
Biar kita susah tanggung sendiri, keburukan pasangan jangan diceritakan pada orang. Ini antara perkara penting jika nak jodoh panjang.Jangan sampai mendedahkan keburukan rumahtangga di laman muka buku!
6. Sedar diri
Suami adalah ketua rumah tangga, tapi tak boleh guna kuasa veto nak kawal isteri. Bimbang isteri memberontak. Isteri dicipta dari tulang rusuk suami. Marah macam mana pun, tempat isteri tetap di sisi suami.Isteri sewajarnya mendengar kata suami dan bertoleransi dalam hal rumahtangga.
7. Jangan Lebih 3 Hari
Kalau merajuk sekalipun dan tak bertegur sapa dengan pasangan, paling lama cuma 3 hari. Lebih dari itu, hubungan berada dalam tahap bahaya. Senyuman boleh dijadikan pembuka bicara untuk berbaik-baik semula.
8. Buang Ego
Ego merupakan racun dalam rumahtangga. Setiap konflik rumah tangga adalah untuk menguji kesabaran dan kesetian suami mahupun isteri. Suami mahupun isteri harus merendahkan ego dalam sesetengah perkara untuk kebaikan bersama.