
Menarik resipi ini, walaupun ringkas tetapi rasanya sedap. Bagi yang ingin mencuba hidangan ini boleh ikut resipi ini.
Menggunakan ketam dan spagehetti sebagai bahan asas, menu ini menjadi hidangan yang enak. Jom cuba masak!
spaghetti hok direbus (dalam 70gm sebelum direbus)
– lade jarung sutir
– bawang putih seulas
– daun kari setangkai
– telor masin sebiji
– gula dan serbuk stok ayang skit
– susu cair / susu segor 300ml
– ketam
Cairkan 1sb marjerin dok pun butter.
Masukkan cili padi, daun kari, bawng putih.
Buh tepung gandum ½sk
Masukan susu cair.
Masukkan serbuk pati ayam.
Masukan gula.
Lepah tu masukkan telor masin telah direbus. Hancur semua.
Masukan ketam
Kacau hingga sebati.
Masukan spaghetti.
Siap
Tart Nenas Kiub Pula Tahun Ni. Lagi Mudah Kerjanya & Confirm Sedap!

Kerancakan membuat persiapan menerima kunjungan tetamu sempena Hari Raya ini semakin terasa bila mana kaum ibu semakin ligat menyediakan pelbagai jenis biskut.
Tentunya dalam banyak-banyak biskut yang dibuat, tart nenas menjadi pilihan utama. Maklumlah biskut ini sangat digemari ramai.
Jika sebelum ini Kita biasa buat tart nenas yang digulung, tapi kali ini apa kata Kita buat bentuk kiub pula dan ini dia cara serta resipinya. Selamat mencuba.
TART NENAS KIUB
Bahan-bahan:
1 cawan butter@ marjerin (saya guna buttercup je)
2 sudu besar gula Kastor @ 2 sudu besar Susu pekat
1sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar Susu tepung (optional)
1biji kuning telur
Secubit garam
¼ cawan tepung kastard (Ayak)
¼ cawan tepung jagung (Ayak)
2 ½ cawan @ secukupnya tepung gandum (Ayak)
**jika doh lembik sila tambah tepung gandum secukupnya**
Bahan hiasan
-kuning telur + sedikit pewarna kuning
Cara-cara :
1. Satukan butter, telur, gula/susu pekat, esen vanilla, minyak sapi,garam.. Pukul sebati, guna senduk kayu je..
2. Masukkan susu tepung, tepung jagung, tepung kastard.. Pukul lg..
3. Masukkan pula tepung gandum sikit demi sedikit.. Uli doh dengan tangan.. Jika doh melekat Kat tangan, tambah tepung gandum dalam 1@2 sudu besar.
4. Masukkan doh dalam mould, letak separuh je, nanti letak inti, pastu tutup dengan doh.. Simpan dalam peti lebih kurang sejam.. Boleh keluarkan dari mould..
5. Sapu tray dengan sedikit butter, susunkan tart dalm tray dan sapukan kuning telur diatasnya.. Bakar lebih kurang 25-30min.. Suhu 170c.. Api atas bawah..
Sumber : Siti Norizan via MAHN
Buat Nasi Ayam Sedap Ni Resipinya & Nak Nampak Ayam Tu Cantik Berkilat Ada Caranya!

Biasanya makanan itu ada daya tarikannya yang tersendiri dan susah untuk kita jelaskan dengan kata-kata. Tapi bila sudah rasa, baru tahu nikmatnya.
Begitu juga jika kita menikmati hidangan set nasi ayam, bukan sahaja rasanya power dan sedap, warna nasinya yang kekuningan nampak begitu menyelerakan begitu juga ayamnya seakan berkilat, mampu membangkitkan selera!
Untuk yang ingin menyediakan menu sedap seperti ini, apa kata jadikan resipi yang dikongsikan oleh Niq Ain ini sebagai panduan.
Hari ni saya kongsi resepi yang amat senang,
NASI AYAM BERKILAT……
resepi mudah saya :
Nasi
-beras
-air
-pewarna atau serbuk kunyit
-garam sedikit
-hirisan halia
-serbuk pati ayam sedikit (kiub knorr pun boleh)
Sup
-air
-bwg putih ketuk 3ulas
-5 keping halia hiris
-buah pelaga 3 biji
-biji lada putih (black pepper yg dibuang kulit)
-serbuk pati ayam (kiub knorr pun boleh)
-sedikit garam
Cara membuat:
- Masak sekaligus sehingga mendidih dan siap
- Taburkan bwg goreng dan daun sup daun bawang
Ayam
-Ayam bersih stgh ekor (sy guna yg sederhana sahaja sebab makan dua org) jika ayam besar, masa bakar tu lebihkan ya
-kicap manis
-serbuk lada hitam(sy guna yg sarawak)
-madu
Cara membuat:
- Perap selama yg boleh (minimum 1/2jam)pastikan balik2 kan ayam supaya perapan rata .
- Bakar 150c selama 1 jam di dalam airfryer / Bakar 150c selama 1.15minit di dalam oven.
- 15minit sblm masa tamat, sapukan madu dan sedikit renjisan minyak bijan .
- Siap bakar keluarkan untuk dipotong dan hidang
Sos nasi ayam
- Sambal dah sedia ada (sambal cili padi merah/sambal jantan) dicampur dgn sos pencicah thai mae pranom dan sedikit air panas.
Ulam
Salad romaine (sy suka guna salad ni)
Tomato
Timun batang
sekian resepi , selamat mencuba 😉
Sumber: Niq Ain via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kambing Bakar Sos Lada Hitam, Ibu-Ibu Cuba Buat Sendiri Ikut Resipi Ini

Baunya mungkin agak hamis jika cara memasaknya tidak kena. Tapi kalau dimasak dengan kaedah yang betul dan resipi bersesuaian hidangan daging kambing ini sememangnya lazat.
Seperti yang kita ketahui daging kambing ini juga antara makanan sunnah yang digalakkan malah ia memiliki banyak khasiat yang tidak terdapat pada daging lembu yang selalu kita makan. Rasanya yang unik dan tersendiri juga membuatkan ia sesuai untuk pelbagai jenis masakan sama ada masakan timur mahupun barat.
Meskipun pelbagai menu boleh dihasilkan dengan daging ini tapi resipi kambing bakar bersama sos lada hitam tetap menjadi pujaan ramai. Bagi yang teringin menikmatinya ini resipinya.
Kambing Bakar Bersama Sos Black Pepper
Bahan- bahan :
4 keping daging kambing yang telah dipotong
½ kiub pati ayam
1 camca besar sos tiram
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
Lada hitam dan lada sulah bersama rempah western – rosmerry, tyme dan oregano
Sedikit minyak zaitun
Cara membuat:
1 Basuh daging kambing dan tos.
2. Ketuk daging kambing tadi supaya menjadi lembut dan tidak liat.
3. Lumurkan semua bahan pada daging kambing agar menjadi rata dan mesra.
4. Perap sekurang-kurangnya 1 jam.
5. Sebelum dibakar sapu sedikit minyak zaitun supaya nampak berminyak.
6. Bakar sehingga masak.
Sos Lada Hitam
Cara membuat:
1. Cencang bawang putih.
2. Panaskan kuali dengan mentega dan kemudian tumis bawang putih cencang sehingga kekuningan.
3. Masukkan daun bay, lada hitam yang dikisar dan masukkan Brown Stok. Kacau rata dan masukkan garam dan perasa secukupnya.
4. Setelah pekat bolehlah dihidangkan bersama sayur dan daging kambing panggang tadi.