Cara Uji Hand Sanitizer Elak Beli Yang Tak Original. Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Share

Di saat negara dilanda wabak Covid-19, penggunaan Hand Sanitizer cukup penting dan menjadi barang wajib yang perlu ada bagi setiap orang.

Secara tak langsung,  permintaan bagi barangan ini meningkat secara mendadak. Tidak hairanlah ada pihak yang mengambil kesempatan dalam situasi ini.

Semakin banyak syarikat yang menjual hand sanitizer dan tak kurang juga yang menghasilkannya sendiri untuk dijual.

Oleh itu kita sebagai pengguna perlulah mengetahui serba sedikit tentang hand sanitizer. Jom cuba cara ini, mana tahu boleh membantu.

CARA UJI HAND SANITIZER! TEST sblm beli..

Byk yg jual fake and campur dgn tah hape2..

Tuang atau gosok gel alkohol yg ingin diuji di atas kertas resit (berdakwat)

Lihat perubahan,

Gel alkohol yang mempunyai peratus tinggi iaitu 70% ke atas mampu memudarkan dakwat resit dgn ketara.

Hal ini kerana kandungan alkohol yg tinggi mampu mencairkan dakwat atas tindakan kimia itu sendiri.

Lihat kesan dakwat yang cair di tandakan sebagai 

Manakala ✖️ pulak hanya memudarkan sedikit dakwat resit atau hampir tidak memberi kesan langsung.

Lihat kesan yg ditandakan sebagai ✖️

Selamat beramal

Info : fb Wina Ahmad