Hidangan kuih tradisi, biskut mahu pun kek memang ramai penggemarnya. Namun untuk menyediakannya perlu tepat sukatan matrik ramuan yang digunakan agar sempurna jadinya.
Pun begitu ada sesetengah antara kita lebih selesa menggunakan sukatan cawan. Andai diberi resipi menggunakan sukatan matrik, terasa sukar pula rasanya. Apatalah lagi andai perkakasan menimbang tiada di rumah.
Untuk itu, apa kata simpan baik-baik panduan menukar sukatan daripda gram, ml, oz dan cawan yang dikongsikan oleh Yatie Zelani, untuk kegunaan akan datang.
*Tukaran oz ke gram*
1 oz – 25 gm
9 oz – 250 gm
16oz (1 lb) – 450 gm
2 lb 4 oz – 1 kg
*Tukaran oz ke ml*
8 oz = 237 ml
6 oz = 177 ml
5 oz = 158 ml
4 oz = 118 ml
3 oz = 79 ml
2 oz = 59 ml
1 oz = 30 ml
1/2 oz = 15 ml
Sukatan oz jarang kita guna kan? Tp ada yg minta jd sy bg jgk la.. Selak blk buku resepi yg dh berzaman tu cr nota yg sy simpan..
Ads
Saya mudah kan pada yang baru nak belajar,bole semak di sini ya tentang sukatan.. Dan di bawah ni saya sertakan kan sekali alatan yang saya guna.
Ini antara loyang talam saya, size 8,9,10,11,12 lain-lain dalam kabinet malas nak keluarkan banyak-banyak.. Contoh saja ni saya bagi untuk
yang baru nak belajar ye..
Loyang square nipis tu saya biasa guna untuk
kole kacang, walau asal nye itu loyang
brownies sekali cutter nye
Ads
Ini cawan metrik beli di Mr diy.. Yg 2 tu dah
lusuh sangat dah.. Sayang nak buang sebab berjasa banyak dah tu.. Saya amalkan konsep
menghargai selagi tak pecah.. Walau pon dah
tak nampak nombor sukatan nya saya tetap
guna sebab dah biasa jadi tahu apa sukatan
sekian-sekian..
Last but not least. Penimbang.. Yang in pon
saya beli. Memudahkan.. Yang ini saya beli
online je dapat murah.. Kalau nak baking saya
guna yang ini. Macam suami saya cakap “ape je yang mama tak ada? Semua mama ade”
suami pon melayan kerenah isteri dia ni..
Syukur..
Moga bermanfaat ye pd yg memerlukan..
Utk otai2 talam dh tentu Pro kan..
Sumber : Yatie Zelani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suami isteri tentunya mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza di dalam mendidik hatta menegur setiap kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak. Umumnya ibu dilihat sebagai guru yang penuh dengan kasih sayang dan suami pula karektornya lebih tegas seperti seorang guru disiplin.
Walau wujud perbezaan cara dan tindakan, suami mahu pun isteri perlu sama-sama menjalankan tugas untuk membimbing anak-anak. Namun jika ada yang beranggapan tugas mendidik dan memberi teguran sesuai diserahkan bulat-bulat pada isteri, ia sesuatu yang sangat merugikan!
Menurut Parenting Influencer Encik Mohd Fhais Salim, bahawa peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak-anak bila anak ada buat silap. Ini kerana ada beberapa perkara yang cukup istimewa ada pada seorang ayah dan jika tidak digunakan amatlah rugi.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Ruginya kalau kita tak tegur anak anak kita
Peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak anak bila dia buat silap.
1 – Sesungguhnya anak lebih mudah dengar kata-kata ayah berbanding ibu. Ibu bebel setiap hari pun, anak tak dengar tapi ayah kata sepatah je terus menusuk ke jiwanya.
2 – Sesungguhnya anak lebih takut dan gerun bila ayah marah. Ibu kalau marah, anak boleh gelak ketawa lagi tapi kalau ayah yang marah semua kecut perut.
3 – Sesungguhnya anak lebih ternanti nanti pujian dan teguran dari ayahnya berbanding ibu. Pujian dari ayah memberi rasa Gratification ( kepuasan ) dan teguran ayah memberi rasa Self-Reflection ( muhasabah diri )
4 – Sesungguhnya anak lebih cepat mengikut gaya ayah berbanding gaya ibu. Ini fitrah kanak-kanak, apa yang ayah buat anak cepat ikut. Maka jadilah contoh teladan yang terbaik buat anak anakmu.
5 – Sesungguhnya dalam hati setiap anak ayah adalah hero sejati mereka, hanya ayah yang boleh berikan anak rasa selamat, rasa secure dan rasa diri dia berharga (self-esteem)
6 – Sesungguhnya anak lebih risau kalau ayah nampak kesilapan dia berbanding ibu. Ini kerana di mata anak, dia mahu kelihatan sempurna di depan ayahnya.
7 – Sesungguhnya di kala anak bertemu dengan kawan-kawannya, mereka selalu cerita dan membanding-banding kehebatan ayah masing masing. Kerana ayah adalah simbol kebanggaan setiap anak.
Ruginya kalau kita alpa soal mendidik dan melentur anak pada pasangan semata-mata, sedangkan ini tanggungjawab kita bersama.
Positif impak adanya ayah yang rajin menegur,
– anak lebih baik tingkahlakunya ( PQ )
– anak lebih stabil emosinya ( EQ )
– anak lebih cerdik kognitif jugdement ( IQ )
– anak lebih tinggi harga dirinya ( SQ )
Kita saling melengkapi. Pasangan kita tugasnya sebagai guru kasih sayang, tugas kita pula sebagai guru tarbiah anak anak.
Jangan alpa, tegur untuk melentur!
Kulit nanas biasanya kita buang begitu sahaja. Tahukah anda, selain kulit bawang, kulit nanas pun boleh dijadikan baja organik. Menariknya, baja organik dari kulit nanas ini boleh melebatkan dan mencantikkan buah.
Isi nanas kita makan, kulitnya kita jadikan baja. Berikut dikongsikan ‘resipi’ baja organik menggunakan kulit nanas.
Bahan-bahan:
1 kg kulit nanas
1 kg gula merah
1 botol yakult
Air hujan/air mineral
Cara-cara:
1. Kisar kulit nanas dengan air hujan atau mineral.
2. Larutkan gula merah dan yakult sedikit demi sedikit.
3. Peram bancuhan di kawasan teduh selama 2 minggu dengan menggunakan bekas kedap udara.
4. Buang gas perapan setiap hari dengan membuka penutup sedikit dan tutup semula. (kalau anda skip langkah ini, perapan boleh meletup dan mengotorkan seluruh ruang)
5. Lepas 2 minggu, tapis dan asingkan serdak.
6. Simpan air yang telah ditapis manakala serdaknya diperam semula sampai terurai 100 peratus.
Cara guna:
1. Ambil 10 ml pati air nanas dan bancuh bersama satu liter air. Semburkan pada pokok nanas dan buah-buahan lain seperti jambu, limau, durian, terung, cili dan sebagainya.
2. Sembur pada waktu petang setiap tiga hari sekali. Kalau tak sempat, boleh buat seminggu sekali. Jika ada pokok yang sedang berputik, boleh sembur pada putik untuk lebih cantik dan buah melekat.
INFO: Sebenarnya, semua buah yang manis sesuai dijadikan baja buah. Yang penting, kerajinan. Sayang kalau dibuang.
Seorang pelajar lelaki, Ahmad Khidir Ahmad Nazri menjadi inspirasi ramai apabila dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang ketika majlis penganugerahan di salah sebuah sekolah cina.
Ahmad Khidir yang bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, George Town, Pulau Pinang ini menggondol lima anugerah cemerlang dalam majlis penganugerah itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh kakak Khidir di laman TikToknya, dia meluahkan rasa bangga kerana adiknya berjaya membolot lima jenis anugerah termasuklah timbalan ketua pengawas, menduduki tempat pertama di kelas dan tingkatan serta terbaik matapelajaran.
Melalui video yang dikongsikan itu, dapat dilihat Khidir merupakan satu-satunya pelajar Melayu yang berulang kali naik ke pentas untuk menerima penghargaan telah membuatkan netizen kagum dengan pencapaiannya.
“So proud of you brother! Fly high and higher,” ujar Fatimah Azzahra ringkas di ruangan kapsyen.
Biarpun terpaksa bersaing dengan masalah bahasa namun ia bukan satu halangan kepada anak muda ini untuk cemerlang.
Malah Khidir menerusi satu sesi temubual di salah satu stesyen radio, meluahkan rasa bangganya atas pencapaian itu.
Ujarnya lagi, idea untuk bersekolah di sekolah Cina merupakan usaha ibu dan kakak sulungnya yang mahu dia menguasai bahasa itu dengan baik dan dia paling bersyukur kerana berjaya merealisasikan impian keduanya dengan baik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah dan berbangga dengan kejayaan Khidir yang secara tidak langsung menaikkan semangat pelajar Melayu untuk berjaya dalam pendidikan.
Dalam pada itu, Khidir berterima kasih kepada orang ramai atas doa yang diberikan dan menyeru kepada pelajar di luar sana untuk belajar bersungguh-sungguh demi membanggakan keluarga serta guru.
“Terima kasih semua orang atas doa dan teguran. Tolong doakan SPM saya terus cemerlang ya! Dan saya doakan calon-calon SPM yang lain berjaya dengan cemerlang juga. Jom kita sama-sama banggakan ibu bapa dan guru,” ujarnya.
Sumber: TikTok @Fatimahazzahra
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.