Ketika bulan puasa, antara salah satu buah yang cukup popular dan berada di ranking nombor satu pastinya buat tembikai. Mungkin juga kerana rasanya yang ringan, manis dan banyak air menjadikan buah ini digemari oleh semua peringkat usia.
Tak hanya golongan tua, bayi berusia satu tahun pun cukup gemarkan buah yang satu ini. Kalau makan pasti tak cukup sepotong. Kita yang dewasa apatah lagi. Itu kisahnya buah tembikai.
Pun begitu kesalahan memilih buah tembikai selalu menjadikan kita kecewa ketika menyuapkan ke mulut. Bukan sahaja tak manis, malah ada tembikai yang sedikit masam tanpa rasa apa-apa. Memang sedih dibuatkan bila terkena tembikai seperti ni. Anak-anak pun mulalah merungut.
Takut anak merungut lagi, ini tip untuk memilih buah yang satu ni. Pastikan anda tak kecewa lagi ya.
1. Kulit Licin
Pastikan kulitnya licin dan sekata. Elakkan membeli buah tembikai dengan kulit yang tidak sekata dan berkerak. Ia petanda buah yang kurang baik.
2. Periksa Pangkal
Pastikan pangkal dihujungnya sedikit besar, padat dan gemuk. Periksa juga tangkainya samada ia telah kering atau masih muda. Jika kering, ia petanda buah telah matang dengan baik dan isinya lebih manis.
3. Pilih Jantina
Jangan tak tahu bahawa buah tembikai juga mempunyai jantinanya. Tembikai jantan saiznya lebih besar, lonjong dan mempunyai banyak air berbanding tembikai betina yang berbentuk bulat tetapi isinya lebih manis. Terpulang anda mahu yang mana.
4. Kenali Warna Kuning
Kebiasaannya tembikai akan berwarna sedikit kekuningan di bahagian bawahnya. Pastikan anda memilih tampuk kuning pekat hingga berwarna oren kerana ia menandakan buah cukup matang dan masak dengan baik. Elakkan memilih tampuk buah yang kuning keputihan.
5. Tepuk Buah
Tepuk sedikit beberapa kali pada seluruh buah dan jika ianya berbunyi seakan-akan kosong, maka ia sudah benar-benar masak dan manis.
6. Warna Merah Berseri
7. Periksa Saiz
Saiz juga mainkan peranan samada ia manis atau tidak. Pilihan terbaik dalam memilih tembikai adalah tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Paling penting, tembikai yang matang akan lebih berat dari ukurannya. Jadi pilihlah yang berat sedikit!
Selamat memilih. Pastikan pilihan anda tidak mengecewakan anak-anak.