Bukan main segar dan besar lagi sawi yang ditanam saudara Mohd Farhan Razali. Geram tengok kan, lebih-lebih lagi cara tanam pun mudah. Hanya guna botol terpakai sebagai bekas tanaman. Jimat ruang pula tu.
Bagi yang nak belajar tanam sayur sawi sendiri, jom cuba cara yang dikongsikan ini. Cara yang mudah, malah hasilnya dapat sawi yang segar, cantik, bersih dan selamat.
Jom cuba tanam sawi dengan kaedah yang dikongsikan ini.Moga bermanfaat!
Assalamualaikum..sedikit perkongsian dr sy utk sahabat yg baru mula bercucuk tnm.gmbr lama hasil tanaman sy menggunakan botol minyak masak sbg bekas tanaman.mgkn ada yg pernah melihat gmbr² ni dlm group yg lain.
Tip tanam guna botol:
Ads
Botol yang ada penutup tu biar ja tebuk 1 lubang untuk lebihan air keluar.
Dalam satu botol, letakkan 1-3 pokok.
Siram 2x sehari, jika cocopeat masih lembab tak perlu siram
Benih dah bercambah terus bagi kena panas pagi
buat macam ni kat botol guna dawai keras.kat tiang ikat tali untuk sangkut..
Sawi kingkong..
Medium👉100% cocopeat
Baja👉AB
Ads
Cara tanam👉Semai pindah&semai terus dalam bekas tanam.
Nama Ahmad Fedtri Yahya, tidak asing lagi dalam dunia penyiaran. Petah berkata-kata, anak kelahiran Pantai Remis ini juga seorang penulis lirik.
Biarpun sibuk dengan kerjaya, namun suami kesayangan Nurul Anati Ismail tidak mengabaikan tanggung jawabnya sebagai ketua dalam rumah tangga. Berpeluang menemu bual bapa kepada empat anak ini, ternyata dia punya aura tersendiri sebagai ayah dan juga suami.
“Saya kahwin dah lewat bila dapat anak syukur sangat. Walaupun sibuk dengan urusan kerja, saya sempat juga belai dan manjakan anak-anak.
“Malah saya cukup rapat dengan anak-anak. Selalu manjakan mereka, sebab tu anak perempuan umur 7 tahun pun nak tidur sama lagi. Puas bagi nasihat dia tetap tak nak dengar.
“Tetapi bila dah besar dia mula faham dan malu- malu. Kalau dulu dia tak kisah kita peluk dan cium tapi sekarang NO terutama sekali depan kawan-kawan.
“Ibunya pun selalu ingatkan dan cukup tegas bab batasan antara anak dan ayah ni. Sebagai ayah memang rasa sedih dan rasa masih nak peluk dia lagi. Tapi faham anak perempuan dah besar. Cuma sesekali bila teringat tu dia akan datang tidur bersama.
“Pernah sekali dia tidur sebelah saya, tapi bangun esoknya tak akan mengaku. Momen itulah yang menjadi ‘point’ untuk saya menyakat anak perempuan dengan adik-beradiknya. itulah yang menjadi keceriaan kami sekeluarga.
Akui Fedtri lagi, kalau dulu dunia anak perempuannya hanyalah dengan daddy, ibu dan adiknya.
“Tetapi sekarang , dia dah ada kawan jadi pergaulan lebih terbuka. Lagipun sekarang ada media sosial seperti Telegram dan sebagainya.” kongsinya lagi.
Malah, anak sulung bernama Indah Sutera Jannah, sangat rapat dengannya. Itu diakui sendiri penyampai radio Buletin fm ni.
Makna indah penuh erti
Selain Indah Sutera Jannah, pasangan ini juga dikurniakan tiga lagi cahaya mata, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Mendengar keunikan nama anak-anaknya, akui Fedtri majoriti dipilihnya sendiri sebab nama anak adalah sentuhan peribadi asalkan maknanya indah dan penuh erti.
“Setiap pilihan nama anak-anak, saya akan pastikan isteri suka dan fahami maknanya. Tetapi untuk nama anak kami yang keempat, Ahmad Firaas Mevlana adalah pilihan isteri saya sendiri,” ujar Fedtri dan Nurul Anati yang berkahwin pada Mei 2011.
Bapa cinta pertama anak
Ditanya pandangan tentang jodoh kelak, Fedtri menyerahkan urusan tersebut kepada anaknya untuk memilih teman hidup.
“Kalau anak perempuan bertemu jodoh, saya harapkan lelaki tersebut hargai dan hormati anak perempuan kami. Saya jenis tak pukul dan marah anak sebaliknya didik dengan penuh kasih sayang.
“Nama pun Sutera penuh lemah lembut dan jiwanya sensitif. Jadi kena hargai dan jaga serta hormat sebagai wanita tanpa memainkan perasaannya.
Ayah kongkong anak
Mengulas mengenai isu ayah yang mengongkong anak, jujurnya menurut Fedtri itu satu tamparan hebat buat ayah yang membesarkan anak ikut acuan sendiri.
“Pada saya dalam soal jodoh anak boleh memilih sendiri. Ada waktunya boleh rujuk ibu bapa tetapi lebih baik ikut cara sendiri.
“Saya harap anak bina kehidupan sendiri, bebas dan tinggal di luar negara. Yang penting sentiasa rindu dan ingat dengan ayah bonda.
“Yang utama minta restu, sebagai ayah kena tengok siapa bakal suami atau isteri anak-anak kita. Tak boleh lepas begitu sahaja.
Ayah jenis ‘simpan’ tak suka tunjuk
Fedtri dalam pada itu turut menitipkan doa semoga ibu bapa di luar sana tabah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.
“Sebagai anak, berikan sesuatu. walaupun memang wajib berikan setiap hari terutama doa tetapi untuk hadiah ini, berikan kejutan yang manis untuk seorang ayah. Mereka ni jenis ‘simpan’ dan jarang luahkan.
“Kalau boleh biar mereka sebak dan menangis supaya tahu betapa anak merindui ayah yang banyak sembunyikan rahsia tetapi di dalam hati penuh dengan cinta. Insya-Allah
“Semoga hari ini kita meraikan Hari Bapa dengan bermakna dan penuh dengan penghormatan serta kasih sayang,” ulas Fedtri lagi tatkala diminta memberikan bingkisan ucapan istimewa sempena Hari Bapa.
Setiap pasangan suami isteri inginkan bahagia hingga hujung nyawa. Biarpun dugaan yang datang, tetap menempuhinya dengan tabah.
Biarpun, mempunyai anak pasangan suami isteri harus meluangkan masa untuk keluar atau ‘dating’ bersama.
Usia perkahwinan yang sudah lama bukan alasan untuk tidak kekal kan romantis.
Menarik dengan perkongsian wanita ini, wawa shauqi mengenai cara untuk eratkan hubungan suami isteri.
Cara eratkan hubungan suami isteri
Orang kata, sekali sekala suami isteri kena berdating.
Saya tarik nafas panjang. Lepaskan seberat-berat beban keluhan yang tersimpan.
Sepanjang 10 tahun kahwin ni, belum pernah lagi kami dating berdua. Plan pun tak ada.
Dating kami hanya di rumah. Waktu anak dah tidur. Atau waktu anak pergi sekolah. Itupun, dating seminit dua beli kuih bersama. Sebab lepas tu husband dah perlu gegas ke ofis.
Waktu ambil vaksin berdua hari tu baru merasa jenjalan berdua. Tu pun rasa canggung. Macam ada sesuatu yang tercicir. Rasa ada organ dalaman yang tertinggal. Habis je vaksin, menggelupur ambil anak.
Nak kata kami sentiasa lekat dengan anak, idak juga.
Sebab ada hari yang saya perlukan me time, suami akan take over. Kalau suami perlukan me time, saya pulak take over.
Awal tu, down juga bila orang kata laki bini wajib cari masa dating. Down sebab kesempatan tu susah kami nak jumpa.
Tapi bila kami berdua bincang, kami pilih untuk ‘dating’ ikut cara yang kami selesa. Dating ikut piawaian sendiri.
Lepas hantar anak, kami sesama pergi cari makan berdua. Tak pun bersembang sambil cicah biskut kering lepas tidurkan anak.
Ada hari yang kami on movie di tengah malam sambil lumba lipat kain bersama.
Kadang-kadang, saja saya mengadu sesuatu nak dengar dia bercakap acah-acah pakar motivasi.
Mungkin tak seromantik mana. Tapi cukup bagi kami untuk tautkan semula hati dengan rasa cinta.
Kalau ada yang sekapal dengan kami, cubalah. Usahakan.
Usaha adakan masa bersama. Usaha buat pillow talk. Usaha makan bersama. Usaha sebantal bersama. Usaha sambut hari penting sehabis baik.
Kami pegang nasihat seorang sahabat. “Perkara yang kita usahakan secara ‘istimewa’, akan bertambah istimewa. Kalau kita ambil sambil lewa, spark pun susah dah nak menyala.”
Tapi, kalau rasa mustahil nak adakan masa berdua, jangan down-down. Boleh jadi, masa bermesra bersama dengan anak-anak tu lebih bermakna. Sebab boleh jadi itu adalah rezeki kita yang tak ramai orang mampu nak ada.
Yang penting, jangan fokus pada benda yang kita tak dapat buat. Tapi fokus macam mana nak perindahkan perkara yang kita mampu buat.
Jangan fokus apa yang kita tak ada. Tapi fokus pada apa yang kita ada.
Mencantikkan wajah secara semulajadi memang payah. Selain menjaga tiga perkara iaitu mencuci wajah dengan bersih, menyegar melembapkan wajah sebagai rutin harian, amalan pemakanan yang tepat juga membantu untuk kekal cantik.
Selain pemakanan sihat, petua tradisional juga membantu untuk mencantikkan lagi rumah. Halia dan cuka antara dua bahan mujarab untuk menaikkan seri dan buat kulit wajah lebih flawless.
Perkongsian Cik Mira Kimora di facebooknya ini menarik untuk kita cuba. Nampak mudah dan paling penting tak perlukan kos mahal untuk cantik. Cuma perlukan sedikit kerajinan dan tahap kesabaran yang tinggi untuk lakukan petua ni setiap hari. Jom cuba!
Inilah rahsia dan cara saya untuk menjaga kulit agar sentiasa nampak flawless dan awet muda.
Bahan-bahan:
1 cawan cuka
2 ketul halia
Caranya:
1. Hiris halia nipis.
2. Rendamkan dalam air rendaman cuka selama 10 minit.
3. Kemudian gosokkan pada permukaan muka yang sudah dibersihkan.
4. Boleh juga diletakkan seketika beberapa minit di kulit muka.
5. Bilas dengan air bersih.
Halia dan cuka yang telah diperap ini boleh disimpan lama di dalam peti sejuk. Boleh tahan sampai 3 minggu.
Semua amalan ni saya amalkan 2 hingga 3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk saya yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat. Konsisten amalkan akan dapat kesan yang yang sangat-sangat mulus.
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Mira Kimora
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.