Kunyit antara bahan asas yang digunakan dalam masakan. Bukan itu je, ia memiliki khasiat tertentu, baik daripada pucuk hingga ke umbinya.
kalau ibu-ibu jenis yang suka bercucuk tanam, boleh cuba tanam sendiri kunyit di rumah. Cukup mudah dengan cara ini.
Cara Tanam Kunyit Untuk Tuai Hasil Yang Banyak.
Kunyit, penggunaannya terhadap masyarakat Asia bukan sekadar di dalam masakan malah untuk tujuan kesihatan. Dari hujung pucuknya hingga lah ke umbisi mempunyai kegunaan yang tersendiri.
Kalau masak rendang tak ada daun kunyit, tak enak rasanya. Kalau masak lemak tak warna kuning kunyit tak menarik pula warnanya.
Tapi, ramai beranggapan kunyit tidak sesuai ditanam dalam pasu sebab tanaman akan menjadi terbantut. Ini kerana ruang di dalam pasu adalah terhad. Apa pun tanaman yang kita tanam dalam pasu biasanya akan berlaku situasi yang begitu. Tapi kalau kena dengan caranya tidak menjadi masalah.
Nak tahu macam mana nak tanaman kunyit dalam pasu sihat dan subur? Jom ikut langkah mudah ini.
Ads
Cara menyediakan benih untuk disemai.
Pergi pasar atau kedai runcit dan beli kunyit hidup yang nampak sudah bertunas. Lebih besar mata tunas, lebih bagus. Tapi agak susah sebenarnya nak cari kunyit yang sudah bertunas. Kebiasaannya kunyit di kedai itu dituai lebih awal dan belum matang sepenuhnya.
Nak tahu macam mana nak kenal pasti mata tunas kunyit? kalau yang sudah keluar tunas berdaun itu senang lah. Jelas-jelas dah nampak. Mata tunas lain sikit rupanya. Dekat hujung-hujung atau bucu akan keputih-putihan. Itu tanda umbisinya sudah sedia mengeluarkan tunas daun.
Medium tanaman.
Kunyit tidak memerlukan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Kalau terlalu lembap, umbisi akan mudah rosak dan tidak menggemuk. Manakala untuk dapatkan umbisi yang ‘mengemuk’, medium perlu sentiasa longgar atau peroi. Baru lah umbisi bebas bergerak.
Medium tanaman yang sesuai untuk tanaman kunyit adalah campuran 1:1. 1 bahagian pasir dan 1 bahagian tanah. Tanah boleh guna tanah siap campur atau tanah bakar. Tapi elak tanah liat ya.
Ads
Cara tanam
Bila dah masukkan medium tanah tadi ke dalam pasu, buat lubang berkedalaman 2-3 inci. Masukkan umbisi kunyit tadi dan pastikan mata tunasnya menghadap ke atas. Kalau diletak di bahagian bawah, proses tunas untuk pecah dan mengeluarkan daun akan lambat. Kebiasaannya, tunas berdaun akan keluar dalam masa satu atau dua minggu lepas di tanam.
Pencahayaan.
Untuk dapatkan daun kunyit yang lebar dan berwarna hijau yang cantik, kunyit memerlukan pencahayaan minimum 6 jam satu hari. Kalau tidak cukup, daun nya akan jadi kontot-kontot sahaja. Tapi pokok kunyit perlu sedikit lindungan. Letak lah berhampiran bucu-bucu bumbung.
Ads
Siraman.
Untuk peringkat awal tumbesaran kunyit selepas ditanam, ia memerlukan jumlah kelembapan yang tinggi. Oleh itu, lakukan siraman 2 kali sehari untuk tempoh satu hingga 2 minggu.
Selepas mata tunas sudah keluarkan daun yang lebar, barulah siraman perlu dikurangkan satu kali sehari itu pun di awal pagi. Pastikan air siraman itu tidak bertakung dalam pasu. Oleh sebab itu, pasu yang dipilih untuk dijadikan bekas tanaman tadi perlu mempunyai lubang saliran yang mencukupi. Kalau masih terjadi masalah air bertakung juga, tebuk lubang pada bahagian bawah dinding pasu sebagai option saliran air.
Pembajaan.
Pokok kunyit tidak memerlukan baja. Cukup sekadar tambah medium tanah tinggi organik di atas medium yang lama. Atau, anda perlu tuai sebahagian umbisi dan tambahkan dengan medium baru untuk menggalakkan pertumbuhan umbisi.
Kediaman yang cantik serta dekorasi dengan susun atur yang kemas pastinya menjadi impian buat semua keluarga.
Namun untuk memastikan impian itu tercapai sudah tentu perlukan sejumlah peruntukan kewangan yang banyak.
Namun, jika mampu lakukan sendiri, DIY tanpa perlu mengupah tukang pastinya ia lebih jimat!
Begitulah yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini. Menurusi facebook milik puan Bazilah Wahat
beliau menjelaskan punca nekad untuk melakukan DIY bersama suami setelah melihat kos untuk memasang rak tv kabinet anggaran antara RM2000. Nekad akhirnya berbaloi apabila berjaya lakukan sendiri dengan kos hanya RM500! Memang berbaloi. Nak tahu cara beliau ikuti perkongsiannya.
PROJEK KABINET TV
Jengah group deco, kabinet tv org cantik2,kita pun teringin. Bila tanya harga menitis air mata. Kebanyakkan RM1200-RM2000. Penyudahnya kita jengah la group TAHI(Tukang Apa Hari Ini).😂
Hasilnya, beginilah projek DIY dengan pakwe. Kebetulan PKP tak boleh bekerja, Alhamdulillah dapat juga siap awal.
Ada yang barang yang boleh beli kat shopee. Selebihnya kami beli kat hardware. Untuk langkah-langkah dan barang korang rujuk kat gambar ok.
Ni untuk ukuran 8X8 (kaki). Total anggaran kos keseluruhan dalam RM500. 4x ganda murah. Ok la, menitis peluh dari menitis air mata. 😂😂😂
Untuk pakwe, Terima kasih kerana tolong merialisasikan impian saya.
Lekat pada rangka tadi. Sebab tu kata kecilkan rangka. Supaya boleh sorok lampu tu. Papan yang lebih jangan buang. Buat rak kat sebelah tu. Tp rak tu memang sedia ada kat rumah ni. Jadi kami guna yang tu je la.
Kita sering diberitahu melalui iklan bahawa margarine adalah pengganti yang lebih sihat dan murah kepada mentega. Pada hakikatnya mentega lebih baik dari margarine.
Mentega diperbuat dari bahan yang asli iaitu kream (dari susu) dan sedikit garam. Itu pun jika kita memilih keju masin (salted butter). Jika tidak, mentega tanpa garam hanya diperbuat oleh susu sahaja.
Margarine pula diperbuat dari proses yang diperbuat oleh industri pemakanan dari minyak (yang bersifat cecair dalam susu bilik) kepada bahan transfat (yang menjadikan cecair minyak sebagai pepejal). Jadi ia bukanlah sesuatu yang natural tetapi sesuatu bahan tidak lagi natural dan berbahaya pada kesihatan.
Margarine dicipta sebagai alternatif mentega kerana ia lebih murah dan lebih mudah dihasilkan dengan banyak bermula semenjak tahun akhir 1800an lagi.
Pada masa itu (awal 1900an) permintaan terhadap mentega terlalu banyak berbanding dengan pengeluaran susu (bahan utama membuat mentega) yang semakin mahal. Jadi margarine dihasilkan secara besar-besaran agar ia boleh dinikmati oleh golongan yang berpendapatan rendah.
Margarine dihasilkan dengan menambahkan hydrogen pada minyak sayuran agar ia lebih stabil, menjadi beku, dan mudah disapu pada roti.
Oleh kerana margarine lebih murah jadi ia menjadi popular dan boleh dibeli oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Lemak sihat seperti omega 3 adalah sangat penting untuk perkembangan dan fungsi otak. Kita juga memerlukan vitamin A, D dan E (vitamin serap lemak). Jadi lemak sihat ini penting dan terdapat hanya pada susu dan mentega. Tidak ada pada margarine.
Transfats dalam margarine bertindak tidak seperti minyak sihat yang ada pada susu dan mentega kerana struktur sebatian transfat berbeza. Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Dalam kajian terbaru (Dalainas & Ioannou, 2008) menunjukkan pengambilan transfat dalam makanan boleh menyebabkan masalah penyumbatan saluran darah pada jantung sebanyak 23%.
Dalam kajian lain pula menunjukkan pengambilan transfat boleh meningkatkan risiko mendapat dementia di kalangan warga tua.
Mentega
Sementara mentega pula penuh dengan vitamin yang meningkatkan sistem daya tahan. Ia juga mempunyai sebatian Lauric Acid (juga terdapat pada susu ibu dan minyak kelapa) dalam kuantiti yang sederhana tetapi sangat penting.
Mentega juga mengandungi lemak tepu yang membekalkan banyak tenaga terutama atlet dan mereka yang bekerja menggunakan banyak tenaga.
Bagi mereka yang bekerja di ofis (tidak menggunakan banyak tenaga) atau pesakit kronik seperti diabetes, pesakit tekanan darah tinggi atau pesakit yang mempunyai kolestrol yang tinggi, boleh mengambil mentega dalam kuantiti yang sederhana setelah mendapat pandangan doktor yang faham tentang nutrisi.
Kesimpulannya mengambil mentega lebih baik dan bermanfaat dari mengambil margarine dalam kuantiti yang sederhana.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.