Hobi & Minat

Cara Tanam Cendawan Kukur, Boleh Gantung Depan Rumah, Tujuh Hari Sudah Boleh Tuai Hasil

Share

Cendawan kukur atau kulat sisir sebenarnya boleh ditanam hanya dengan menggantungnya di depan rumah. Paling ‘best’ bila hasil tanaman boleh dituai seawal tujuh hari selepas ditanam.

Cara Tanam Cendawan Kukur, Boleh Gantung Depan Rumah

Cendawan kukur memang sedap dibuat gulai. Manis rasanya. Bagaimanapun memang susah hendak mencari orang yang menjual cendawan kukur. Ada masa cari merata di pasar pun tak jumpa. Kalau sudah suka sangat makan eloklah kita tanam.

Mungkin ada yang tak tahu, cendawan kukur ini sebenarnya kita boleh tanam sendiri. Tujuh hingga lapan hari sudah boleh kutip hasil. Beli saja bongkah dengan benih cendawan di kedai atas talian kemudian tanamlah mengikut langkah seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Fadhirul Fitri ini.

Tujuh Hari Sudah Boleh Tuai Hasil

Berikut cara-cara menanam cendawan kukur/kulat sisir. Selamat mencuba!

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Beli bongkah benih cendawan kukur ini di kedai atas talian.

2. Bila SUdah terima bongkah, toreh plastik bongkah dengan pisau tajam secara menegak. Buatlah 4-5 torehan di sekeliling bongkah. Nanti cendawan akan keluar di bahagian yang ditoreh.

3. Letak bongkah ini di kawasan redup. Jangan bagi kena cahaya matahari secara terus. Boleh gantung pada dahan pokok mangga kemudian letak di beranda/balkoni juga.

4. Siram pagi dan petang.

5. Hari ke 7 atau 8 sudah boleh tuai. Boleh buat masak lemak atau goreng.

Sumber: Ahmad Fadhirul Fitri

Artikel berkaitan:  “Cendawan Ni Sentiasa Jadi Stok Di Rumah..”- Rupanya Dr Ni Gunakan Untuk Jadikan Masakan Lebih Sedap!

Cendawan Celup Tepung Rangup, Garing & Tak Serap Minyak, Boleh Ikut Sukatan Tepung Ini

Cendawan Tak Lembik & Kekal Segar Dalam Peti Sejuk, Begini Petuanya!