
Isi Kandungan
ToggleCendawan kukur atau kulat sisir sebenarnya boleh ditanam hanya dengan menggantungnya di depan rumah. Paling ‘best’ bila hasil tanaman boleh dituai seawal tujuh hari selepas ditanam.
Cara Tanam Cendawan Kukur, Boleh Gantung Depan Rumah
Cendawan kukur memang sedap dibuat gulai. Manis rasanya. Bagaimanapun memang susah hendak mencari orang yang menjual cendawan kukur. Ada masa cari merata di pasar pun tak jumpa. Kalau sudah suka sangat makan eloklah kita tanam.
Mungkin ada yang tak tahu, cendawan kukur ini sebenarnya kita boleh tanam sendiri. Tujuh hingga lapan hari sudah boleh kutip hasil. Beli saja bongkah dengan benih cendawan di kedai atas talian kemudian tanamlah mengikut langkah seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Fadhirul Fitri ini.
Tujuh Hari Sudah Boleh Tuai Hasil
Berikut cara-cara menanam cendawan kukur/kulat sisir. Selamat mencuba!
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Beli bongkah benih cendawan kukur ini di kedai atas talian.
2. Bila SUdah terima bongkah, toreh plastik bongkah dengan pisau tajam secara menegak. Buatlah 4-5 torehan di sekeliling bongkah. Nanti cendawan akan keluar di bahagian yang ditoreh.
3. Letak bongkah ini di kawasan redup. Jangan bagi kena cahaya matahari secara terus. Boleh gantung pada dahan pokok mangga kemudian letak di beranda/balkoni juga.
4. Siram pagi dan petang.
5. Hari ke 7 atau 8 sudah boleh tuai. Boleh buat masak lemak atau goreng.
Sumber: Ahmad Fadhirul Fitri
Artikel berkaitan: “Cendawan Ni Sentiasa Jadi Stok Di Rumah..”- Rupanya Dr Ni Gunakan Untuk Jadikan Masakan Lebih Sedap!
Cendawan Celup Tepung Rangup, Garing & Tak Serap Minyak, Boleh Ikut Sukatan Tepung Ini
Cendawan Tak Lembik & Kekal Segar Dalam Peti Sejuk, Begini Petuanya!
“Tak Marah Atau Paksa, Allah Gerakkan Hati Mereka.” Guna Tarbiah & Kongsi Hadis Serta Nasihat, Iwan Syukur Anak Kini Berhijab!

Siapa yang tak kenal dengan Iwan, penyanyi yang pernah mencipta fenomena genre muzik dangdut. Namun kini seiring peningkatan usia, lelaki yang kini memasuki usia 60 tahun sudah berubah 360 darjah.
Sejak 10 tahun lalu, bapa kepada Oktovia Manrose dan Aprena Manrose ini lebih mendekatkan diri ke arah ketuhanan
Dalam tempoh menyepikan diri dan fasa berhijrah itu, Iwan atau nama penuhnya, Wan Syahman Wan Yunus, bagaimana pun tidak meninggalkan bidang nyanyian begitu saja.
Malah Iwan yang dilahirkan di Kisaran, Sumatera Utara, Indonesia lebih cenderung menyanyikan lagu ketuhanan atau nasyid.
Buktinya, finalis program realiti, Hijrahkan Laguku siaran TV Alhijrah itu memaklumkan dia mempunyai sekitar 30 buah lagu selain pernah merakamkan tujuh album ketuhanan.
“Album pertama dan kedua ketika itu masih dijual di stor muzik. Namun album seterusnya, saya cari alternatif dengan jual sendiri kerana ledakan pasaran muzik digital mula mendominasi.
“Saya usung album itu dan jual masa buat ceramah di masjid, surau dan sebagainya. Malah dua tahun lalu, saya ada bikin album berjudul Suara Daie menggabungkan penyanyi yang turut berhijrah seperti Allahyarham A Ali, Zul Handyblack, Izam Medicine, Zul Yahya dan saya sendiri.
“Namun sebab wabak COVID-19, album itu tak boleh dipromosikan. Saya kemudiannya menyanyikan semula beberapa buah lagu dalam album sama yang dinyanyikan penyanyi terbabit.
“Saya namakan album itu sebagai Ajaib (Akhirat Janji Allah Itu Benar) dan memuatkan 10 lagu.
“Selepas berakhir pertandingan Hijrahkan Laguku terdetik juga nak bikin album Suara Daie volum 2 membabitkan finalis dan peserta yang terbabit. Kalau dapat lampu hijau daripada mereka, saya gembira,” katanya.
Kata Iwan, selepas berhijrah, dia banyak memenuhi tawaran dalam menyebarkan dakwah dan menyanyi lagu Islamik. Katanya, Allah sentiasa memberikan rezeki dan tak perlu risau dengan apa pun terjadi.
Tanpa diduga, tawaran dan rezeki itu menjelma menerusi saluran, TV Alhijrah.
“Faisal Ismail yang menjadi hos pertandingan itu, menjadi orang pertama mempelawa saya untuk menyertai pertandingan itu. Kami kebetulan ketika itu berada di Taiping mengikuti kembara tiga hari.
“Cuma pada awalnya saya berharap pertandingan itu akan dianjurkan tanpa membabitkan golongan wanita, maka lebih bagus. Dulu iya, saya okey perihal sebegitu. Tapi sejak Tuhan beri kesedaran ke jalan agama, saya kena jaga termasuk membabitkan soal aurat wanita.
“Dipendekkan cerita, stesen TV itu patuh syariah dalam menerbitkan pertandingan berkenaan tanpa membabitkan golongan perempuan,” katanya.
Kata Iwan, sepanjang berentap di pertandingan itu, dia menukar sendiri lirik lagu popular kepada paksi ketuhanan.
“Ada lagu genre kasih sayang sesama manusia ditukar kepada cinta kepada Allah. Itulah manisnya pertandingan berkenaan.
“Macam lagu Siapa Di Hatimu ditukar menjadi Allah Di Hatimu, Memori Daun Pisang (Memori Di Jalan Allah), Istana Menanti (Syurga Menanti) dan sebagainya,” katanya.
Secara peribadi, Iwan menyukai format pertandingan itu dan harap ia dapat diteruskan.
“Selama ini ada program diterbitkan berpaksikan hiburan semata mata. Hiburan itu bagus, tapi saya tersilap kerana ia tidak boleh berlebihan. Berhibur ambil yang positif, elak yang mengundang dosa.
“Saya juga harap pertandingan sebegitu dapat menyuntik ramai penyanyi lelaki tanah air untuk menyanyi ke arah lagu Islamik.
“Dulu suatu ketika muzik dangdut meledak. Begitu juga rock dan sebagainya. Muzik nasyid juga dulu pernah berada di kemuncak. Media, TV, radio dan platform digital membantu, pasti ada lagi perubahan buat muzik yang mengagungkan kebesaran Ilahi atau nasyid ini,” katanya.
Memilih untuk tidak kembali menyanyikan lagu cinta lama melalaikan yang pernah dinyanyikan dulu, Iwan terbuka meneruskan survival seni ke arah lagu yang lebih diredai Allah.
“Kalau selepas ini ada lagi tawaran yang menjurus kepada paksi agama, saya akan terima.
“Saya pun akan meneruskan rutin berdakwah macam biasa. Cuma sudah lama tak balik kampung di Sumatera saja kerana COVID-19. Sejak lapan tahun lalu saya turut membangunkan madrasah Yayasan Taman Tahfiz Darul Islah di sana.
“Macam album saya jual pun ada peratusan disalurkan ke madrasah itu untuk aspek pembangunan. Setakat ini ada 200 pelajar tahfiz lelaki dan 200 lagi wanita,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Iwan memanjat kesyukuran kerana dua anak perempuannya yang turut memilih jalan seni sudah memakai hijab.
“Bukan senang cabaran yang mereka lalui jadi artis. Saya melaluinya dulu. Mereka juga sudah bersuami, aurat kena dijaga dalam hal berkenaan.
“Selama ini pun saya tak marah atau memaksa mereka menutup aurat. Saya hanya menggunakan cara komunikasi dan tarbiah. Kalau berjumpa atau cakap di telefon, saya kongsikan hadis dan nasihat.
“Suami mereka pun bagus. Apa apapun, saya memanjat kesyukuran di atas perubahan itu. Ini Allah aturkan,” katanya.
Iwan kini bahagia melayari perkahwinan ketiga bersama Evie Surriyanti sejak 12 tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup bersama wanita yang berasal dari Permatang Siantar, Medan, Indonesia, pasangan itu dikurniakan dengan enam cahaya mata.
Terdahulu, Iwan mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penerbit, Allahyarham Rosnah Mohd Noor selama lapan tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Ramada Agus Putra, Octovia dan Aprena.
Perkahwinan kedua Iwan bersama Wan Rafidah Abu Bakar pada 1988 hanya bertahan selama lapan tahun. Mereka mempunyai anak angkat, Nursyafiqah Emisya.
Baru Tingkatan 1, Dah Hafal 27 Juzuk. Ustaz Ni Dedahkan Apa Bapa Budak Tu Buat!

Ibu ayah adalah pencorak dan pembentuk kepada acuan anak-anaknya. Jika elok didikannya, insyaAllah sempurna ilmu dan akhlaknya.
Ini sebagaimana kisah yang ingin dikongsikan oleh seorang pendidik ini tentang salah seorang anak muridnya yang berusia 13 tahun. Diusia muda seperti itu, pelajar tersebut sudah menghafal 27 juzuk al Quran.
Bahkan 3 orang kakaknya juga adalah hafaz al quran. Tentu ada rahsianya tersendiri dan ianya dikongsikan di sini.
Jom baca kisah ini untuk menjadi menyuntik motivasi ibu bapa yang lain.
Ini perkongsiannya.
Ada satu cerita menarik aku nak kongsi sebagai motivasi kepada ibu bapa,kawan-kawan, adik-adik sekalian.
Pelajar ni namanya Idham Rifqi, umur 13 tahun tingkatan 1. Selesai pendaftaran masa hari first, ayahnya pesan
“Ustaz, tengokkan anak saya ni lebih sikit ya, bagi sikit ustaz kalau dia malas-malas” sambungnya lagi “Dia dah hafal 27 juzuk ustaz, kalau dia malas mengulang ustaz bagi sikit”
Aku terkejut, Kagum rasa dengan ayahnya. Bermula dari umur 7 tahun, Idham dah mula menghafal al-quran. Bukan senang taw nak didik seawal usia 7 tahun, ketika inilah anak-anak sedang sibuk dengan dunia sendiri nak bermain.
Idham ni 5 beradik, dia anak yang ke 4. Setakat ni dah 4 orang termasuk dia menghafal al-quran. Hanya dia seorang lelaki, kakak-kakaknya semua menghafal al-quran dari kecil. Boleh diiktiraf keluarga mithali macam ni.
.
Bermakna, dari darjah 1 sehingga darjah 6,Idham berjaya menghafal 27 juzuk. Wow, itu pencapaian yang menakjubkan. Aku waktu ni masih tergagap-gagap kot baca alquran.
Alquran tak jadi beban pon sebenarnya pada Idham, keputusan UPSR Idham 3A 2B 1C. Ni sambil menghafal alquran sambil belajar akademik taw. Sepenuh masa pulak tu duduk di asrama dari darjah 1.
“Tuan, share la sikit tips macam mana boleh anak-anak macam ni” tanya aku pada ayahnya.
“Ustaz, ada 2 benda yang saya tak pernah tinggal. Pertama, dari waktu kecil sehingga dewasa sekarang, saya tak pernah tinggal doa minta pada Allah berikan zuriat yang soleh.
Kedua, saya keringkan hati korbankan anak saya untuk menghafal al-quran. Saya cuba tidak manjakan dia berlebihan bila berkaitan dengan pelajaran dan al-quran”
Hari pertama minggu ni, dia baca kat aku dengan muka selamba sejuzuk (20 mukasurat).
Belum terlambat sebenarnya kita nak jadikan contoh didikan macam ni pada anak-anak, biar mereka ikut jejak langkah orang yang hebat-hebat.
Apa aku nak sampaikan ialah IBU BAPA adalah GURU yang paling utama ketika anak waktu kecil. Guru yang paling hebat ialah IBU BAPA.
sumber : Syukri Wafi
“Rezeki Anak Yang Soleh,Berkat Doa Ibu.” Selalu Bawa Ibu Ke Majlis, Zizan Razak Dapat Pujian Netizen & Digelar Anak Mak!

Jarang kita lihat artis lelaki yang ditemani ibu ke mana sahaja baik majlis keramaian ataupun ketika shooting.
Jika sebelum ini, Zul Ariffin antara artis yang dilihat sangat rapat dan sering membawa ibunya sebagai teman. Namun kini dia keseorangan selepas ibunya meninggal dunia.
Namun, pelakon dan juga pelawak Zizan Razak rupa-rupanya sangat rapat dan boleh dianggap anak mak. Baru-baru ini dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 31, Zizan dilihat bersama ibunya.
Bahkan, beliau yang menjulang trofi Pelakon Komedi Popular 2018 menerusi catatan di laman instagramnya menujukan kata-kata kepada ibunya, Anai Ibrahim.
“Sebaik baik doa datang dari ibu bapa kita. InshAllah. Alhamdulillah. Tulis Zizan di kapsyennya.
View this post on InstagramSebaik baik doa datang dari ibu bapa kita. InshAllah. Alhamdulillah. #zizanrazak #abpbh #2018
A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on
Susulan perkongsian tersebut, pengikut di laman sosialnya itu memuji sikapnya yang sangat rapat dengan ibunya itu. Malah, ada yang memuji ibunya nampak muda dengan penampilan tersebut.
siti_hajarmisCayalahh..auntie make up nampak muda ? @zizanrazak869
mbblsteady.__Abg zizan knp muka mak abg zizan lagi comel dari abg?
syazwan_ztfMnis snyuman ibu.
eija_junidberkat & doa seorang Ibu…tahniah Ibu zizan good job zizan?
ibu_akir.jb2469scongratulations @zizanrazak869 .. bagus ank mak ni..
nisyanur89Bagus zizan.. zizan bwk okmo mok ye ??
nurainanisharespek ke mung zizan. setiap kalai event mende2 mesti mu bwk mok teman. org lain single (x kawin lg) pun x mcm mu. bijok2 ?
anneducinaaliasCongrats my brother zizan razak.. Berkat dari doa ibubapa… Aminn.. Tahniah skli lagi..
leeyadallyCongrats zizan.. bagus la zizang sentiasa disamping emoknye..
najib8388Rezeki anak yang soleh,berkat doa ibu buat zizan.
Sumber: IG