Cara Tanam Bendi Dalam Polybag, Tip Pokok Rendah Tapi Berbuah Lebat & Banyak Cabang, Kena Pangkas Bahagian Pucuk

Share

Tak ada ruang untuk tanam sayur, itu bukan masalah. Guna polybag pun boleh dapat sayur hijau yang sedap. Contohnya sayur bendi. Nak cuba tanam sendiri, nah ikut cara yang dikongsikan oleh Lebai Kudin ini.

SOP Semaian Bendi Untuk Tanaman Polybag
1. Pilih benih berkualiti keluaran Leckat, Baba atau Green World.

2. Rendam semalaman dalam air tanpa klorin dengan campuran larutan hydrogen peroxide.
3. Buang biji benih rosak yang timbul di permukaan air.


4. Semai dalam tray semaian guna potting soil.
5. Letak di tempat redup tapi bercahaya dengan pengudaraan yang baik.
6. Siram 2 kali sehari.
7. Pindah ke polybag 16×16 dengan medium 3 in atau 6 in 1, atau buat campuran sendiri topsoil, cocopeat, pasir dan tanah bakar.

Mudah je caranya, boleh dapat hasilnya dalam tempoh lima minggu, pokok mula berbuah. Tip berguna yang dikongsikan, kena pangkas pucuk masa ketinggian 0.6 meter supaya banyak cabang dan buah lebat.

Semoga bermanfaat. 😊👍


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club