
Buat ibu-ibu yang nak tanam sendiri pokok sayur di rumah, kena pilih yang sesuai serta mudah hidup. Sebagai contoh, Bayam Brazil, sejenis tumbuhan yang mudah untuk ditanam dan cepat membesar. Cuma kenalah ada caranya.
Selain dibuat ulam, sayur ini juga sedap digoreng belacan mahupun digoreng salut tepung untuk dijadikan kudapan.
Bagi yang nak jimatkan ruang tanah, ikut cara Pn Zainol Yunus ini dengan menggunakan botol plastik terpakai. Selamat mecuba!
Dulu akk pernah janji nak tunjukkan step by step cara nak tanamb.brazil pada botol plastik. Boleh jimat tanah, ruang dan mudah nak basuh kalau ada ulat.Gambar agak tak tersusun. Akk explain pada setiap gambar tu. Kepada ahli baru..selamat mencuba.
Cara-cara membuat:
- Sebelum menebuk lubang…tandakan dahulu supaya pokok lebih tersusun.
2. Bawah botol pun perlu ditebuk.
3. Botol siap ditebuk..boleh guna besi panas.
4. Cara nak masukkan tanah ke dalam botol.
5. Dapatkan anak benih drp pokok dimakan ulat.Buang daun2…tinggalkan tunas shj.
6. Sebelum cucukkan batang b.b pada botol…masukkan air supaya tanah lembap…lebih mudah nk tanam batang bayam brazil.
7. Batang yg telah ditanam pada botol.
8. Ini contoh yang dah lama ditanam.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Pencen Di Usia 39 Tahun, Bebas Hutang, Bekas Pengurus Sumber Manusia Ini Nekad Buktikan

Pastinya ramai yang mempunyai impian untuk bebas hutang dan bersara awal pada usia sebelum 40 tahun.
Untuk berbuat demikian perlu ada keyakinan dan perancangan awal dalam kewangan keluarga.
Bagi puan Marlia Ramli nekad untuk berbuat demikian datang dalam dirinya walaupun berada di zon selesa. Wanita hebat ini mempunyai perancangan kewangan rapi sebelum mengambil keputusan bersara pada usia 39 tahun. Malah lebih membanggakan dia bebas hutang ‘jahat’ pada usia awal 30 an.
Nak tahu apa perancangan yang dilakukannya. Jom kita ikuti caranya. Masih belum terlambat untuk berbuat demikian.
PENCEN MAKAN GAJI
“Dulu akak plan nak pencen kerjaya makan gaji usia 45 tahun.
Seawal 22 tahun gaji pertama, akak tulis matlamat ini .”
1) MARLIA MESTI BEBAS SEMUA HUTANG JAHAT SEBELUM 35 TAHUN
2) MARLIA MESTI PENCEN KAYA & BERGAYA SEBELUM USIA 45 TAHUN.
Alhamdulillah…
1. Akak bebas hutang jahat awal 30-an. Dua je hutang jahat akak iaitu PTPTN dan kereta Vios.
2.Akak pencen makan gaji tinggalkan kerjaya HR Manager dengan bergaya usia 39 tahun.
Matlamat akak tercapai 5 hingga 6 tahun berbanding target asal.
Sekarang? Lepak rumah, mendidik masyarakat ilmu kewangan dan spend masa bersama keluarga.
Masa tulis impian tu, akak berusia 22 tahun dan miskin bandar. Gaji ciput. Selalu ikat perut. #apeni?
Tapi akak dah ada matlamat. Dalam hidup, biar miskin poket tapi minda wajib kaya. Biar miskin duit, jangan miskin cita-cita.
Pada usia mentah, akak pun tak tau macam mana nak capai matlamat. Tapi akak buat keputusan untuk hadap dan buat.
Akak percaya, selagi bergelar miskin bandar, mustahil akak dapat capai dua impian di atas.
Maka, fokus akak :
1) tingkatkan pendapatan.
2) hapuskan hutang tak jana wang.
3) menabung cash dan emas pelaburan minima 50% pendapatan setiap bulan.
Bila dah ada matlamat tersebut seawal usia, akak dah start bina checklist kewangan. Akak penah tulis checklist ini sebelum ni. Anda boleh amik dan tiru.
Matlamat penting!
Somehow, minda dan tubuh kita akan bergerak ke arah matlamat jika setiap hari kita pandang, belek-belek matlamat tersebut.
Sekarang, akak selesa dengan hidup dan status kewangan akak. Malah akak pencen makan gaji dengan bergaya sebelum 40 tahun.
APA YANG BEST BILA PENCEN AWAL
Apa yang best bila dah PENCEN MAKAN GAJI?
Banyak la best nya. Yang paling penting, akak tidak terikat dengan bos dan masa akak sangat flexible.
Masa akak? Sukati akak nak buat apa. Tanpa perlu minta izin majikan.
Hujung Mei hingga hari ni dah 3 minggu akak kat Dubai pastu bersambung balik kampung. Siap sunat anak kat kampung. Spend masa dengan suami, anak-anak dan ibu akak.
Matlamat…
Ya. Matlamat!
.
Ramai yang anggap tak penting tulis matlamat. Mereka pandang enteng kepentingan membina matlamat.
Hakikatnya sangat penting menulis matlamat. Sangat penting!
Salam Sayang
Sumber: Marlia Ramli
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Luahan Ustaz Uruskan Jenazah Ke 4 Mangsa Banjir Kepala Air Gunung Jerai Kedah Undang Sebak.

Rabu lalu kita digemparkan dengan tragedi kepala air di Gunung Jerai. Ia telah membawa kemusnahan harta benda yang tidak terhitung jumlahnya kepada penduduk di beberapa buah kampung yang terlibat.
Lebih menyedihkan telah meragut nyawa. 4 mangsa terkorban di 4 lokasi berbeza.
Dalam pada itu perkongsian seorang lelaki yang menguruskan jenazah mangsa ke 4, meruntun jiwa.
Syahid lemas banjir semalam.
Jenazah ke4 mangsa banjir semalam ditemui tengah hari tadi. Arwah lebih muda dari saya. 28 tahun dan ada 2 anak kecil.
Mangsa sedang buat pondok riadah di Titi Hayun. ketika muntahan kepala air turun mungkin mangsa tidak sempat untuk melarikan diri. Takdir Allah menetapkan beliau mendapat syahid asbab mati lemas. sedih dan sayu saat melihat susuk tubuh jenazah yg bnyk luka yg teruk. pasti sakit terkena pokok2 dan sampah sebelum terpisah jasad dan roh.
harini sempat makan nasi lemak ja pagi tadi. berulang alik tapi rasa berbaloi sangat sebab belajar banyak benda.
malam ni bertemankan jenazah iring ke pusat pengebumian jenazah di Masjid Kampung titi teras di kaki gunung jerai.
Damailah buat kamu disana Assyahid Mohd Faizal bin Mohd Zohir. saya tak pernah bertemu kamu saat kamu hidup hanya mampu khidmat saat kamu dah terpisah antara roh dan jasad. mudah2an di akhirat kamu pandanglah saya ya.
Jenazah Assyahid Mohd Faizal bin mohd zohir di kebumikan di Tapak perkuburan masjid titi teras kaki gunung jerai. Allahyarham 28 tahun meninggalkan 2 org anak lelaki.
Sementara itu menerusi komen kelihatan salah seorang saudara arwah mengucapkan terima kasih atas bakti menguruskan jenazah cucu saudaranya. Katanya tidak dapat pulang akibat pandemik.
”Arwah seorang yang sangat baik tak banyak bicara selalu senyum..”- Nenek saudara
Dalam pada itu wargenet mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.
Sumber: Muhammad Yaakub
ak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Ada Masa isteri Perlu ME TIME Bersama Kawan, Tak Perlu Selalu Atau Kerap. Bukan Nak Kata Bosan, Tapi Jika Suami Buka Mata Akan Nampak Keperluannya

Mencari sahabat buat isteri. Mungkin ada yang beranggapan lain apabila membaca ayat tersebut. Baca apa yang ingin disampaikan oleh saudara Akhtar Syamir menerusi laman facebooknya.
Mencari sahabat buat isteri.
Bayangkan anda seorang suri rumah. Anda berada di rumah, membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu, memasak, mengemas, menghias dan menjaga anak-anak.
Seharian aktiviti anda dipenuhi dengan tugasan ini sambil menunggu orang yang dicintai pulang untuk kembali menjadi manusia biasa.
Manusia biasa yang dimaksudkan di sini ialah orang yang mempunyai kawan dan sahabat yang boleh dibawa berbual. Bukan mengumpat, tapi berbual.
Lepas kahwin tak perlu kawan ! Itu kata-kata suami yang memandang isteri seperti satu alat, seperti satu perkhidmatan atau servis buat dirinya.
Kita jangan jadi seperti itu. Isteri ini adalah manusia biasa. Isteri suri rumah paling utama kerana tiada kawan lain selain suaminya. Jika ada rezeki, ada anak-anak untuk mengisi jiwanya sementara menunggu suami pulang.
Namun, suami ialah suami. Kawan ialah kawan. Lelaki ialah lelaki, wanita ialah wanita. Sehebat mana suami pun, kami tidak mampu berfikiran 100% seperti wanita. Ada benda yang walapun sudah menjadi isteri, masih malu untuk dibualkan bersama suami kerana ianya perkara wanita.
Perkara-perkara seperti alat solek, perhiasan, deko, pakaian, masakan, jualan murah, anak, keluarga dan lain-lain lagi. Ramai suami yang boleh borak benda-benda ni, tapi takkan sedalam seorang wanita. Kita lelaki, tahu warna biru, warna hijau, mereka tahu warna tiffany blue, pink belacan, dusty pink, apa benda ni? Ini namanya wanita punya pandangan. Lelaki ada tahapnya. Sampai satu tahap tu, kita tak rasa perlu untuk tahu. Warna-warna itu contohnya. Tapi bukan wanita. Benda tu penting bagi mereka.
Jadi, untuk mengisi satu ruang khas untuk berkawan di hati isteri, berilah dia ruang. Ada masanya isteri perlu ME TIME bersama kawan-kawannya. ME TIME ini ialah masa peribadi seseorang yang tidak diganggu pasangan. Bukan perlu selalu atau kerap. Tetapi cukup untuk mengembalikan norma kehidupan kepada isteri.
Jadi, beberapa hari lepas saya menghantar isteri saya Nora Azni untuk membuat rawatan rambut di sebuah Salon mesra Muslimah bersama 3 orang sahabat yang dikenali dari 3 tempat yang berlainan. Seorang jiran Mulan Chayank, seorang bisneswomen Aiza Ab Aziz dan seorang kenalan dari Facebook Aniza Zakaria.
Saya mengambil alih tugas beberapa jam menjaga anak-anak supaya dia tidak diganggu. Saya pesan, jangan risau pasal kami. Saya boleh jaga. Tak perlu rasa kena balik cepat. Saya tak nak ada perasaan tergesa-gesa.
Terpancar kegembiraan di muka isteri sewaktu melangkah keluar dari kenderaan, menuju ke salon. Melihat isteri tersenyum sebegitu telah menjadi matlamat hidup saya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Isteri ini kadang-kadang dia tak bagitau. Tapi jika kita buka mata, kita akan nampak keperluan-keperluan kecil dia. Bukan nak kata dia bosan, tetapi kita nak pandangan dia luas. Isteri yang bekerja, keluar hari-hari melihat dunia, tetapi bukan isteri suri rumah. Jadi, tanggungjawab suami untuk bawa dunia kepada dia.
Alhamdulillah sesi ME TIME berjalan dengan amat gembira hasil keriangan isteri selepas pulang sambil melibas-libaskan rambutnya. Ya, membuat rawatan rambut ini amat penting. Jangan memandang rendah. Rambut wanita dan lelaki tidak sama. Mereka lebih panjang, lebih lebat, lebih perlu penjagaan.
Bantulah isteri anda, beri apa yang mereka perlukan mengikut kemampuan. Jika rawatan rambut itu kosnya RM100. Kumpul la RM10 sebulan. Bukan suruh buat hari-hari. Jangan membesarkan benda yang seringkas ini.
Di samping rambut yang sihat, mereka juga boleh bersama-sama kawan menjadi seorang wanita normal.
Saya sentiasa percaya isteri ini umpama layang-layang. Biarkan ia bebas mengikut angin, melihat kehidupan, membuka mata, merasai kegembiraan terbang tinggi, tetapi dalam masa yang sama masih terkawal dengan tali perhubungan yang kemas. Biar angin kuat melayang dia ke sana, sini, ia tetap akan pulang ke pangkuan yang dicintainya.
Jom bawa isteri anda ke salon !
Kongsikan penulisan ini supaya terdetik idea ini di dalam kepada para suami. Janganlah ingat perkara ini menyusahkan kerana isteri yang gembira bakal menggembirakan semua.
Jemput follow saya ? Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️
BroOhsem