Kebiasaannya sayur-sayuran hijau seperti daun sup antara yang mudah busuk dan tidak bertahan lama walaupun disimpan di dalam peti sejuk.
Tapi sebenarnya ada cara yang lebih baik untuk memanjangkan usia daun sup yang kita beli dari terus segar. Petua yang dikongsikan Marziah Zakaria ini sedikit unik tapi patut kita cuba.
Kredit Foto: Marziah Zakaria
Langkahnya adalah seperti berikut;
1. Potong daun ikut suka nak kasar atau halus.
Ads
2. Letakkan dalam bekas yang ada. Bekas ni saya beli di GIANT dulu. RM 4.99 untuk 2 bekas.
3. Tuang air. Lagi bagus tuang air sejuk. Saya akan tuang air sejuk dalam jag dulu kemudian campurkan setitik lemon untuk bagi segar daun-daun tu.
Ads
4. Simpan dalam freezer. Bila beku boleh keluarkan dan simpan dalam bekas lain atau ziplock. Bekas tu saya boleh guna untuk bekukan ais/ puri anak pula.
Ads
Menarik kan? Mudah pulak tu. Jom cuba.
Sumber: Marziah Zakaria
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Petai, jering dan kerdas, makanan tiga beradik ni memang selalu jadi makanan penaik selera. Biarpun mempunyai bau yang kurang enak namun rasanya cukup hebat.
Boleh makan nasi bertambah-tambah jika disajikan dengan menu berasaskan ketiga-tiga bahan ini.
Apa lagi jika dimakan bersama nasi panas. Masyarakat kita terlalu sinonim dengan Sambal Udang Petai, Masak Lemak Petai dan sebagainya sedangkan terlalu banyak resipi yang boleh diolah daripada makanan ini.
Jom kita jadi lebih kreatif di hujung minggu ini. Jadikan menu petai, jering dan kerdas sebagai menu special untuk keluarga. Layan 7 resipi kreatif ini.
GULAI LEMAK KAMBING BUAH KERDAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing
100gm buah kerdas
1 biji santan
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
2sm kunyit hidup |dikisar
1 batang serai |diketuk
2 helai daun kunyit
Air rebusan daging kambing secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging kambing dengan air secukupnya hingga lembut.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga berbau harum.
3. Titikkan serai dan kacau rata.
4. Apabila pecah minyaknya, masukkan daging kambing bersama air rebusannya, buah kerdas dan juga daun kunyit. Biarkan mendidih.
5. Apabila mendidih, tuangkan santan dan kacau sentiasa.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa dan angkat.
AYAM BERLADA MASAK PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |dipotong kecil
100gm petai |dihiris nipis
4 biji cili merah |dikisar
4 biji cili hijau |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
4 ulas bawang putih |dikisar
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
3. Masukkan ayam dan gaulkan sebati.
4. Masukkan petai dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Biarkan masak seketika dan angkat.
ASAM PEDAS DAGING TETEL BUAH KERDAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel |dipotong kecil dan direbus hingga empuk
20ml air asam jawa
100gm buah kerdas |dibuang kulitnya
1 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
1 batang serai |dititik
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
3 sudu makan cili kisar
Daun limau purut secukupnya |untuk hiasan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
2. Tuangkan sedikit air dan ketuk serai bersama bunga kantan, daun kesum serta daun limau purut.
3. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan daging tetel bersama buah kerdas. Biarkan empuk.
4. Masukkan sedikit air bersama air asam jawa. Biarkan hingga mendidih.
5. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya dan angkat.
CARA MEMASAK:
1. Rebus kerang hingga masak dan ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan hiris dan gaulkan bersama sedikit garam.
3. Masukakan kerang rebus dan perahkan jus limau kasturi di atasnya.
4. Gaulkan mesra dan sedia dinikmati.
KALIO LEMAK NANGKA BERSAMA JERING
BAHAN-BAHAN:
500gm nangka muda |dipotong kecil
1 biji kelapa |diambil santannya
5 biji jering
4 biji bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
1 batang serai
1 sudu makan cili boh
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus nangka dengan air secukupnya hingga lembut. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik baunya.
3. Masukkan cili boh dan biarkan hingga cili garing dan pecah minyaknya.
4. Apabila pecah minyaknya, masukkan nangka bersama jering. Biarkan masak seketika.
5. Akhir sekali tuangkan santan dan perasakan dengan garam secukupnya.
6. Kacau sentiasa hingga mendidih kemudian angkat.
SAMBAL HIJAU UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN:
500gm udang
100gm petai
5 biji cili padi |dikisar
4 biji cili hijau |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
Sedikit serbuk kunyit |untuk menggoreng udang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng udang hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar hingga pecah minyaknya.
3. Masukkan udang bersama petai dan kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan angkat.
JERING AYAM RENDANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |dipotong kecil
100gm jering |dipotong kecil
1 biji kelapa |diambil santannya
2 batang serai |dititik
2sm halia |dikisar
5 biji bawang merah |dikisar
4 ulas bawang putih |dikisar
2sm lengkuas |dikisar
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan gula melaka
1 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit |dihiris nipis
2 helai daun limau purut |dicarikkan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama serai dan cili kisar hingga naik minyaknya.
3. Apabila sudah pecah minyaknya, masukkan gula melaka bersama jering dan juga daun limau purut. Gaulkan hingga sebati selama 10 minit.
4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan masak sekejap.
5. Tuangkan santan bersama garam dan juga kerisik.
6. Kacau rata dan biarkan masak hingga kuahnya pekat.
7. Taburkan hirisan daun kunyit dan angkat.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan menikmati spaggeti Bolognese memang menyelerakan, tidak kira waktu. Sama ada anak-anak mahupun kita orang dewasa suka akan rasanya. Jadi memang berbaloi sekiranya kita sediakan siap-siap sos bolognese frozen ini di rumah.
Setidak-tidaknya bila teringin hendak makan, terus boleh defrost dan tidak mengambil masa yang lama untuk dinikmati. Ini sebagaimana perkongsian resipi dan cara penyediaannya yang dikongsikan oleh Erni Abu Samah di salah satu group masakan di facebook.
Apa yang lebih menariknya, resipi yang dikongsikan olehnya ini boleh buat makan hingga 5 kali makan dan tahan hingga 2 tahun lamanya tanpa perubahan rasa. Bukan itu sahaja, menurutnya juga rasa sos bolognese ini lebih enak dan sedap daripada sos segera yang ada di pasaran.
Cara Buat Sos Bolognese Frozen Untuk 5 Kali Makan. Rasa Sedap Dari Sos Segera!
Sementara ada mood ni kita buatlah sos speghetti frozen stanby untuk ramadhan. Biasa dah hujung-hujung tak lalu dah nak makan nasi.
Frozen tu boleh tahan 2 tahun tanpa perubahan rasa. Nak kupas kulit tomato tu yang malas..7 kilo dapat buat 5 kali makan. Tinggal tumis daging cincang je nanti baru masukkan sos segera. Bahan lain semua dah ada dalam sos tu.
Resipi sos bolognese
7kg tomato merah buang kulit dan biji
5 biji bawang besar didadu
15 biji garlic dipecahkan dan didadu
Origano, parsley, basil yg serbuk kering – 2 sudu besar each
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam
Bay leaves
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (optional) taruk masa 1/2 jam terakhir
Langkah-langkah memasaknya:
Langkah 1 : Panaskan sedikit minyak jagung. Tumis onion and garlic, jangan garing, cukup layu je
Langkah 2 : Masukkan tomato yang diblender halus
Langkah 3 : Masukan 2 tin tomato puri. Masukkan juga garam 3 ke 4 sudu besar, gula 2 sudu besar, lada hitam dan herbs
Langkah 4 : Masak atas api kecil dalam tempuh 2 jam. Kurang 2 jam sikit pon boleh
Langkah 5 : Setengah jam terkahir masukkan cendawan yang dihiris.
Langkah 6 : Bila kuah sudah pekat, tutup api dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan di dalam plastik peket kecil dan simpan dalam freezer.
Cara menggunakan sos
Bila nak makan hanya perlu tumis daging cincang, tambah sos diatas, adjust garam atau tambah beefball. Boleh jd sos lasagna atau pizza.
Ekstra Tip :
Nak buang kulit tomato, kelar bentuk X pada tomato. Kemudian celur dalam air mengelegak sampai nampak kulit terkoyak. Kupas macam pisang dan pastikan jangan lama nanti lembik.
Rahsia keintiman rumah tangga bukan sekadar memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang langsing, tetapi bagaimana cara menjaga dalaman diri supaya pasangan sentiasa mahu dekat dengan kita.
Nak cantik dan sihat tidak perlu keluar belanja yang banyak. Jom cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Mira Baharin ini.
Selain dapat membuang angin dalam badan, minuman berkhasiat ini juga membantu dalam mengatasi masalah bau badan serta memecahkan lemak di perut.
Bagi wanita yang sudah berkahwin atau yang masih bujang pun boleh cuba air jamu ini kerana ia sangat bagus untuk cuci rahim selepas habis haid bagi mencegah lebihan darah haid yang kotor dan tersumbat.
Cukup mudah, bahan-bahannya juga murah dan menjimatkan. Anda boleh peroleh dari dapur saja yang mana khasiatnya tidak perlu kerana sangat berkesan.
Jom sama-sama kita amalkan AIR JAMU “CUCI RAHIM” ni.
RESEPI AIR JAMU “CUCI RAHIM”:
Bahan-Bahan:
2 inci kunyit hidup dihiris atau ditumbuk.
2 inci halia dihiris atau ditumbuk.
2 batang serai dihiris atau ditumbuk.
2 helai daun pandan
Gula batu atau madu.
3 cawan air putih.
Tips 1: Jika yang dah berkahwin boleh tambahkan 2 biji manjakani untuk merapatkan faraj (Tidak sesuai untuk yang belom berkahwin)
Tips 2: Bagi yang ada masalah keputihan boleh ditambah 2 helai daun sireh.
Cara-caranya:
1. Basuh semua bahan-bahan dan terpulang sama ada nak hiris atau tumbuk. Jika nak rasa lagi power sila tumbuk ye.
2. Seterusnya masukkan 3 cawan air ke dalam periuk dan masukkan semua bahan-bahan.
3. Rebus sehingga menjadi 1 cawan air. apabila siap, tutup api dan tunggu sehingga suam boleh terus minum!
NOTA: Cukup hanya sebulan sekali sahaja minum air jamu ini. Janganlah risau tak pahit tau wangi adalah bau dia.
Cuma jika ditambah dengan manjakani akan rasa sedikit pahit tapi tidak lah terlalu pahit sangat.. ngam-ngam jer rasa dia.
Selamat mencuba!
sumber: Mira Baharin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di