Cara Setting Nak Elak Anak Tertengok Kartun Lucah Di Youtube, Begini Ibu Ni Tunjukkan Langkah Demi Langkahnya!

Share

Boleh dikatakan sepanjang masa anak-anak akan menggunakan gajet untuk mengisi masa mereka sama ada untuk bermain game, bertik tok, malah menonton pelbagai video  kegemaran mereka di youtube.

Senario ini sebenarnya membimbangkan kita sebagai ibu bapa. Memandangkan dunia internet tanpa sempadan, jika tidak dipantau atau dikawal oleh kita sebagai orang tuanya tidak mustahil anak-anak dapat melihat perkara yang tidak sepatutnya pada usia yang kecil dan sekali gus merosakkan minda mereka.

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga agar anak-anak tidak menatap content yang ada unsur lucah, ada baiknya buat seperti yang dikongsikan oleh CT Hajar Zorodi ini. Semoga ianya dapat dimanfaatkan. Ini perkongsiannya;

Ramai yang suruh aku ajar cara nak setting YouTube supaya anak-anak tak boleh buka YouTube cartoon yang ada unsur unsur ‘lucah’. Jadi aku ajar step by step. Boleh la buat panduan.

Sebelum tu bukak aplikasi YouTube dulu. Kita setting Kat YouTube

Step 1 : Click Kat simbol ‘s’ sebelah kanan atas sekali.

Step 2 : Kemudian keluar senarai macam gambar di bawah. Click setting

Step 3 : Selepas itu  click general. Perkataan yang atas sekali

Step 4 : Akhir sekali click button restricted mode. Selesai.

Sumber : CT Hajar Zorodi 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club