Cara Senang Bagi Anak Makan Nasi? Sushi Salmon Teriyaki Bakar Ni Mudah, Pantas Dan Sedap!

Share

Anak-anak sememangnya banyak ragamnya, lebih-lebih lagi dalam bab makanan. Nasi antara makanan yang sukar digemari oleh majoriti golongan kanak-kanak yang sedang giat membesar.

Namun ianya penting untuk tumbesaran mereka. Jangan bimbang, kali ini resipi yang dikongsikan oleh @didapuryana

ini memang dijamin akan menjadi menu kegemaran anak anda. Bagi penggemar sushi pula sememangnya menu ini sangat menepati citarasa dan selera anda.

Sushi Salmon Teriyaki Bakar 

Bahan-Bahan:

  1. Salmon (didadu)
  2. Hot teriyaki sauce
  3. Halia kisar
  4. Bawang putih kisar
  5. Rumpai laut
  6. Nasi
  7. Rich sesame sauce
  8. Daun bawang

Cara-Cara:

– Satukan salmon, hot teriyaki sauce, halia kisar dan bawang putih kisar. Gaul sebati.

– Letakkan sedikit nasi kat atas seaweed. Masukkan kedalam muffin tray. Muffin tray tu sapu dengan minyak dulu ya nak elakkan dari seaweed melekat kat tray.

– Sudukan salmon tadi kat atas.

– Bakar dalam oven suhu 200 selama 10 minit.

– Bila dah siap boleh tuang sedikit rich sesame sauce dan hirisan daun bawang. Siap. Mudah dan pantas. Semestinya sedap.

Sumber: @didapuryana