Mudah je rupanya nak tanam Capsicum atau Lada Benggala ni. Biasanya ia digunakan ketika masak pasta, sup sayur mahupun pizza. Capsicum atau lada besar ini apabila dimasukkan ke dalam masakan bukan menyedapkan rasa bahkan makanan nampak lebih menarik.
Pernah terfikir nak tanam sendiri Capsicum di rumah? Apabila nak guna petik sahaja dari pokok. Seronok kan. Tak mustahil jika anda ikut tip yang dikongsikan ini, pasti menjadi.
Apa kata cuba cara tanam guna biji benih dari cili besar yang anda beli di pasar. Daripada dibuang begitu je, tak salah kan kalau cuba tanam. Ikut cara yang dikongsikan oleh saudara Jusery Jausin ini untuk belajar tanam Capsicum.
Menanam cili besar kadang-kadang tak sampai berbuah pokok dah bermasalah. Tambah2 lagi bila susah nak cari benih. https://youtu.be/JLsyrPMHpVI
Saranan mudah tak perlu beli benih cili besar. Guna saja benih cili besar yg dibeli kat pasar tu. Pastikan beli yg berwarna merah atau kuning, tu cili besar dah matang. Klo tak jumpa color merah atau kuning. Beli cili besar berwarna hijau gelap. Lazimnya buah cili besar yg dijual kat pasar agak sudah matang sebenarnya (benih dah matured utk disemai semula).
Ads
Asingkan benih dan isi. Kulit isi tu boleh dibuat sayur. Benih tu jemur dulu dua tiga hari. Boleh lah semai kat tanah campuran. Klo nak percambahan tinggi rendam dengan hidrogen peroksida takaran 100ml air ditambah dgn 0.5ml hidrogen peroksida. Rendam 2 jam dan semai.
Hasilnya sangat berbaloi. Boleh klik link di atas utk mengetahui secara visual.
Berita keruntuhan rumah tangga penyanyi Shila amzah sememangmnya mengejutkan ramai para peminatnya dan para wartawan. Sememangnya sukar untuk menghidu cerita perkahwinannya walaupun Shila Amzah dilihat sebagai seorang yang agressif dalam melontarkan sesuatu pendapat.
Mengakui keputusannya untuk menamatkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Haris Idraki adalah yang terbaik dalam hidupnya. Walaupun ada yang mengatakan bahawa hubungan itu harus diselamatkan namun Shila memilih untuk tetap dengan keputusannya.
Shila yang pernah berdepan ujian episod hitam dalam rumah tangga menganggap perkara sebenar yang berlaku dalam sebuah perkahwinan hanya diketahui oleh suami isteri sahaja. Ianya tidak wajar didedahkan kepada umum.
“Satu benda yang perlu diingatkan kepada kita semua adalah dalam perkahwinan itu cuma suami isteri sahaja yang tahu keadaan sebenar terjadi. Tidak kiralah rakan baik, atau ibu bapa.
“Saya juga jenis yang sangat berterus terang. Tapi dalam masa yang sama saya sangat risau implikasi pada anak. Letakkan anak di tempat utama dalam diri kita,” ujarnya ketika disoal mengenai isu hangat tentang masalah rumah tangga masa kini.
Sementara itu, Shila ketika ditemui baru-baru ini berkata, dia hanya memberi tumpuan dan fokus kepada kesihatan mentalnya terlebih dahulu dan tidak meletakkan anaknya, Seth Uwais sebagai yang utama.
Jelas pelantun lagu Jauh Hati itu, Shila yakin bahawa kebahagiaan anaknya bergantung kepada tahap kestabilan dan kebahagiaan dirinya sendiri.
“Dalam saya punya kes pula, saya tidak meletakkan Seth sebagai utama sebab saya yakin kalau saya letak dia yang pertama saya akan masih berada dalam perkahwinan itu.
“Dan saya percaya saya perlu bahagiakan diri saya dahulu sebelum saya bahagiakan anak saya. Saya tak nak nampak sangat serabut, balik dari kerja rasa tak bermaya..,” ujarnya.
Dalam pada itu, Shila sempat menitipkan pesanan kepada semua wanita dan bapa tunggal untuk membuat keputusan yang membahagiakan diri.
“Wanita boleh membuat keputusan sendiri tak kisah sama ada awak ada pasangan ataupun tidak. Sebagai wanita perlu mampu untuk menghadapi segala perkara dan bertahan seorang diri.
“Kepada semua wanita atau bapa tunggal di luar sana, jangan malu dan takut. Kalau perkara tersebut membuatkan anda bahagia dan tidak menjejaskan emosi anak, maka teruskan,” tambahnya lagi.
Tular beberapa gambar sambutan Hari Raya Aidilfitri di sebuah sekolah. Apa yang meraih perhatian ramai adalah para pelajar disuruh duduk di atas lantai.
Ini menimbulkan pelbagai reaksi,Ada yang mengecam tindakan tersebut kerana anak-anak dibiarkan makan di lantai tanpa sebarang lapik baik surat khabar mahupun tikar.
Lebih memburukkan keadaan apabila seorang tetamu jemputan (VIP) dilihat memberikan duit raya tanpa menanggalkan kasut ketika menghampiri para pelajar.
Tular teruk gambar-gambar ni. Banyak teladan kita boleh ambil dari penularan gambar-gambar ni.
1. Tidak sesuai duduk atas lantai untuk makan walau lantai telah dimop.
2. Aras makanan sama tinggi dengan aras kasut. Kasut tu pula murid keluar masuk tandas, pijak sana pijak sini, confirm tak bersih.
3. VIP bagi duit raya pada murid yang bersila di atas lantai kantin. Jarak kasut VIP dengan makan kurang sejengkal. Tak ada adab kata orang tua kasut dengan makanan begitu dekat.
4. VIP makan bawah khemah mewah, kerusi siap dibalut cantik, meja dihias sedang murid makan bersila dilantai yang kemungkinan dah dimop, tapi kembali kotor sebab murid tak diminta pun buka kasut. Nak rai murid ke rai VIP ni?
Ada orang komen, ‘Manja sangat la ibubapa sekarang. Semua benda nak sentap’.
Ni bukan soal manja. Ni soal adab, ni soal kesopanan, ni soal patut atau tidak.
Kalau aku diminta makan bersila atas lantai, kemudian ada orang datang pakai kasut sejengkal dari makanan aku hulur duit, tobat aku bangun dan tinggalkan majlis. Ia biadab pada aku. Sangat tak patut buat macam tu.
Jika pun lantai dimop elok dan dipercayai bersih, minta murid buka kasut dan makanlah bersila. Guru-guru dan VIP turut sama makan bersila bersama murid atas lantai, bukan berada dimeja yang dihias mewah.
Hal ini sering berlaku pada bulan Ramadan biasanya. Kononnya nak raikan anak-anak yatim dan keluarga asnaf, sebaliknya raikan VVIP. Kena tunggu VIP baru dapat mula majlis, VIP makan meja mewah siap orang senduk semua lauk tapi anak-anak yatim beratur panjang makan ala kadar dan tak selesa.
Budaya ini mula menular di majlis sekolah. Dan hal ini kita patut bendung segera.
Jangan buat majlis untuk murid, tapi VVIP pula dirai lebih-lebih sedangkan murid terabai dan tak dirai seperti yang sepatutnya.
Tak perlu dah hentam sekolah dan individu terlibat. Hentam, sindir, maki mereka tak mengubah apa-apa. Tapi kita ambil iktibar dari kes ini untuk berubah menjadi lebih baik pada masa depan.
“Apa yang saya buat semuanya kerana Allah, tidak pernah menyimpan niat untuk mendapatkan balasan.”
Demikian luahan Sabariah Hussein, atau terkenal dengan panggilan Sister Sabria, yang kisah kerja amalnya di Montreal, Kanada, tular di media sosial sebelum ini. Sabariah Hussein, anak Malaysia kelahiran Johor, terkenal dan disenangi rakyat Kanada khususnya di Montreal. Mereka menggelarnya ‘Muslim Mother Teressa’.
Setiap hari Sabariah akan memberi makan kepada 400-500 insan-insan yang memerlukan. Dia juga mengendalikan rumah perlindungan wanita yang dikenali sebagai “Rumah Kedua Kita” (Our Second Home) di rumahnya sendiri. Hebat anak Malaysia ini. Bekas guru pendidikan khas di Montreal Kanada ini mengakui sifat kasih sayang dan empati sudah sebati dalam dirinya. Dia memulakan kerja amalnya di Kanada dengan mengagihkan karipap dalam kuantiti yang kecil kepada masjid berdekatan rumahnya.
Langkah kecil itu telah membuka matanya apabila dia melihat ramai orang yang memerlukan makanan. Ketika itu, Sabariah bukanlah seorang jutawan. Bukan orang terkenal. Dia hanya seorang guru pendidikan khas yang berjiwa besar.
Masak bersendirian
Dari dapur kecil di rumahnya, berbekalkan kemahiran memasak yang ada, dia mula memasak bersendirian. Kemudian dia akan mengagihkan sendiri kepada mereka yang memerlukan. Sungguh luar biasa kesungguhan insan ini membantu orang yang langsung tak punya sebarang ikatan. Sabariah terus menggiatkan usahanya untuk membantu seramai yang boleh. Bayangkan di saat kita sedap menjamu selera, ada insan yang sudah berhari-hari tak menjamah makanan.
Insan-insan ini dijamu dengan air tangan Sabariah. Bayangkan bagaimana perasaan mereka disaat mengunyah makanan yang enak dikala perut sedang kelaparan. Betapa bahagianya mereka ketika itu.
Oleh kerana itu Sabariah disayangi oleh orang sekelilingnya. Sifat mulianya itu telah menjentik hati orang lain tanpa mengira status, agama dan bangsa.
Begitulah rutin Sabariah setiap hari. Tanpa jemu dia menyediakan makanan buat mereka semua. Senyuman mereka menciptakan kebahagiaan dalam hati Sabariah. Keluar berniaga cari dana Pada peringkat awal Sabariah menggunakan keuntungan dari hasil jualan makanan di luar masjid untuk membeli barangan makanan yang hendak dimasak.
Ketelusan dan keluhuran jiwanya terserlah apabila dia keluar berniaga semata-mata mahu mencari dana untuk memastikan tiada insan yang tertidur dalam kelaparan. Betapa mulianya hati insan ini. Ternyata hidupnya adalah untuk kebahagiaan insan-insan lain.
Masak dari hati penuh kasih sayang
Makanan yang disediakan oleh Sabariah juga enak. Dia memasak dari hati dan sesekali tidak memasak dengan hanya sekadar melepaskan batok ditangga. Katanya,
“Saya memasak dari hati dengan penuh kasih sayang. Saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk mereka. Itulah kebahagiaan saya.”
Usahanya itu saban hari mendapat sambutan. Malah kini ratusan sukarelawan pelbagai bangsa membantu Sabariah menyediakan dan mengedarkan makanan kepada mereka yang memerlukan.
Sabariah adalah insan yang rendah diri. Dia membantu tanpa mengira status, agama dan bangsa. Dia membawa contoh akhlak Islam yang baik di kalangan orang bukan islam.
Golongan Islam & gelandangan Sabariah turut membantu memasak makanan untuk 8 buah masjid dan 2 buah gereja di Montreal buat golongan miskin dan gelandangan di sekitar kawasan tempat tinggal beliau, tanpa mengira agama dan bangsa. “Sebagai seorang yang beragama Islam, kita harus sentiasa berganding bahu supaya dapat mencermin masyarakat Islam adalah dalam kalangan orang yang baik-baik.” “Apa yang saya buat semuanya kerana Allah, tidak pernah menyimpan niat untuk mendapatkan balasan,” demikian luahan Sabariah.
Usaha Sabariah ini juga adalah dakwah yang mencerminkan kebaikan islam. Di kala dunia barat digembar gemburkan dengan Islamophobia, Sabariah tampil menjernihkan ketegangan itu dengan makanan masakannya. Sesungguhnya, jalan dakwah itu luas. Apa yang paling penting adalah tindakan kita. Orang melihat apa yang kita lakukan berbanding apa yang kita perkatakan.
3 hari tidur keletihan
Tindakan Sabariah jelas menunjukkan hasil yang baik terhadap persepsi orang barat terhadap Islam. Kebaikannya itu diiktiraf oleh penduduk setempat apabila dia digelar “Muslim Mother Teressa” oleh penduduk non Muslim. Sabariah juga pernah koma 3 hari selepas dia bertungkus lumus mengutip sumbangan bagi korban tsunami di Indonesia.
Ketika itu dia sangka dirinya tertidur selama 3 hari akibat keletihan. Selepas berjumpa doktor, barulah dia tahu bahawa dirinya diserang stroke ringan dan menurut doktor tempoh tiga hari tidurnya itu adalah koma. Allah, sampai sakit dia bantu orang. Alhamdulillah selepas itu dia kembali sihat dan meneruskan kerja amalnya sehingga kini. Sabariah turut membuka rumah anak yatim di Kota Tinggi, Johor dibawah naungan Sister Sabria Foundation. Terima anugerah
Sabariah telah menerima pelbagai anugerah dari kerajaan Kanada dan Malaysia. Sabariah juga dijemput untuk bertemu Perdana Menteri Kanada sebagai tanda penghargaan terhadap usahanya. Sabariah umpama permata berkilauan yang menyinari kehidupan orang-orang di sekelilingnya. Sabariah sedang berniaga dengan Allah. Pasti dia tak akan pernah rugi. Kini usianya sudah mencecah 73 tahun. Tetapi sedikit pun tidak pernah melonggarkan usaha Sabariah untuk terus membantu orang yang memerlukan. Semoga Allah beri kesihatan dan kekuatan buat insan ini terus menyumbang dan berdakwah. Pasti anak cucunya bangga punya ibu dan nenek yang hebat begini.
Kita pula bagaimana? Hidup kita untuk apa? Apa sumbangan kita kepada ummah? Adakah kita hanya memikirkan tentang diri semata-mata. Sebab itu hidup kita sentiasa stres dan serabut.
Kegiatan amal Sabariah boleh diikuti di laman Facebook, Sister Sabria Foundation.