Cara Ringkas Resipi Daging Masak Merah. Kalah Rasa Kat Kedai Makan.

Share

Sejak PKP ada yang semakin mahir memasak melalui beberapa perkongsian masakan. Begitu juga  menerusi FB ini cara memasak daging merah. Sememangnya menu ini membuka selera seisi keluarga. Kepada yang belum tahu cara nak membuatnya, boleh ikuti perkongsian ini.

Ikuti resipi berikut:

RESIPI DAGING MASAK MERAH

Daging Masak Merah.. Menu paling senang nak masak.. Dan sedap..

Resepi & Bahan²..

Rebus daging dgn pewarna merah (daging tak perlu di hiris) air rebusan daging tak perlu di buang.. Utk di jadikan kuah nanti..

Setelah daging masak & empuk.. Hiris nipis²

Bawang putih di tumbuk kasar
Cili boh/pes cili kering
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Sedikit kicap sotong
Gula, garam & pak aji (optional)
Bawang holand, cili merah, bunga kobis (utk hiasan)

CARA PENYEDIANNYA

Tumis bawang putih, cili boh, masukkan daging..
Goreng seketika.. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato.. & air rebusan daging tadi.. Kuah terpulang nk byk atau sikit..
Perasakan dgn gula, garam & pak aji.. Dah siap, bolehlah masukkan bahan hiasan tadi, bawang holand, bunga kobis & cili..

Siap utk di hidangkan.

Sumber: Cik Ma