Cara Ringkas & Cepat Nak Simpan Daun Pandan Agar Kekal Beraroma

Share

Pemilihan daun pandan yang segar sangat penting untuk digunakan di dalam masakan bagi memastikan hidangan yang dimasak beraroma wangian pandan. Pun begitu, dalam mengekalkan kesegaran daun pandan ketika disimpan untuk tempoh masa yang lama, bukanlah semua maklum kaedahnya!

Jika tidak tahu gayanya, daun pandan yang diletakkan di dalam peti sejuk sekali pun  akan layu dalam tempuh kurang daripada tiga hari dan hilang aromanya.

Sebenarnya ada 2 cara yang boleh dipraktikkan untuk menyimpan daun pandan ini agar kekal beraroma dalam tempoh yang panjang. Malah jika dipraktikkan, akan memudahkan anda untuk menyediakan bahan masakan yang menggunakan ramuan pandan di dalam resipinya.

Kek pandan

 

[su_highlight background=”#dbf67c” color=”#04030f”]Kaedah 1 :[/su_highlight]

Masukkan daun pandan di dalam beg plastik dan kemudian ikat kemas. Setelah itu, barulah disimpan di dalam peti sejuk dan tempatkan di bahagian penyimpanan sayur-sayuran.

 

[su_highlight background=”#f6e67c” color=”#04030f”]Kaedah 2 :[/su_highlight]

Jadikan pati pandan. Berikut cara membuatnya :

  • Daun pandan dicuci bersih.
  • Masukkan ke dalam mesin pengisar bersama sedikit air.
  • Kisar hingga halus.
  • Tapis dan ambil pati pandan tersebut.

Mudah sekali bukan? Bila kita sudah tahu trik untuk memastikan pandan yang disimpan kekal beraroma, tentu sahaja tidak menjadi kerisauan di hati  setiap kali ingin memasak menggunakan pati pandan. Kata mudahnya, stok pandan sentiasa ada!

Pun begitu, dalam berkongsi tentang cara penyimpanan pati pandan ini selain biasanya dimasukkan di dalam bekas berpenutup. Ada satu cara yang dilihat sedikit berbeza, mudah dan ringkas. Malah turut menjimatkan ruang penyimpanan makanan di dalam peti sejuk. Ini telah dikongsikan oleh Shaz Abdul di dalam fbnya.

“Assalamualaikum dan selamat pagi. Sekadar perkongsian cara saya simpan jus pandan dan supaya tahan lama. Daun pandan yang sudah dikisar dan ditapis. Masukkan dalam plastik aiskrim dan simpan dalam tempat beku.”

Pati pandan yang dibekukan ini boleh digunakan pada bila-bila masa  untuk dijadikan ramuan kek, kuih muih dan sebagainya. Selamat mencuba!