
Pokok ketumbar adalah antara tanaman yang wajib di tanam di halaman rumah. Ia merupakan bahan masakan yang sering digunakan untuk menjadikan hidangan menjadi lebih lazat. Malah aroma daripada tanaman ini menjadikan hidangan lebih ‘fresh’.
Jika asyik beli aje, apa salahnya kita cuba tanaman pokok ini. Umum mengetahui bahawa banyak teknik untuk tanam pokok ini.
Salah satunya boleh ikuti cara wanita ini. Beliau menggunakan cara rendaman biji ketumbar kemudian baru membuat semaian.
Hasil tanamannya memang subur!
Sebenarnya dah lama nak share cara saya tanam ketumbar. Saya pakai biji ketumbar yang kat dapur tu .
Ini cara nak tanam
-1 gengam biji ketumbar buat masak
-Rendam 5 jam
-Tabur atas tanah (tanah yang subur main peranan juga ye, pakai tanah hitam atau tanah compost kalau di Malaysia)
-lepas buat batas, benih jangan tekan ke dalam tanah, just tabur
-Ambik gengaman tanah lain tabur nipis je untuk tutup lapisan atas. then siram
-terus letak dalam panas terik selepas semai, tak perlu letak tempat redup.
Note: siram selalu ketumbar suka air, tapi jangan sampai air bertakung
Selamat mencuba! Senang dah, tak daun ketumbar petik je di halaman rumah.
Belian menarik bulan ni
Sumber: Princess Naznin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rupanya Begini Buat Serbuk Kunyit Homemade.Wanita Ini Tunjuk ‘Step By Step’, Memang Mudah Nak Buat!

Kunyit mempunyai banyak khasiat yang tersendiri dan pada zaman sekarang kunyit banyak digunakan dalam penghasilan produk kecantikan yang banyak dijual di pasaran. Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kebersihan, pastinya akan memilih untuk menghasilkan sendiri jus atau ubat yang menggunakan kunyit sebagai bahan utama.
Perkongsian dari pengguna Facebook, Puan Sumaiyah Abdullah tentang cara membuat homemade serbuk kunyit menjadi perhatian warganet. Ikuti step by step cara cara membuat serbuk kunyit dengan mudah.
Cara Buat Serbuk Kunyit Homemade
Kunyit hidup yang matang sesuai untuk dituai bagi mendapatkan khasiat dan manfaat untuk kesihatan. Kunyit yang terbaik untuk dituai adalah kunyit yang berusia dari 7 hingga 10 bulan. Untuk pengetahuan anda, kunyit hidup yang betul-betul matang, batang dan daun kunyit mula mengering. Kunyit yang telah siap dituai harus diproses dalam jangka masa dua hingga ketiga hari.
Berus gigi sangat sesuai untuk membersihkan tanah atau kekotoran yang terdapat pada kunyit.Anda perlu mencuci kunyit yang telah dituai. Disarankan anda menggunakan berus gigi untuk mencuci segala kekotoran yang terdapat pada kunyit hidup tersebut. Sila pastikan akar juga turut dibuang dan tanah juga pasti melekat padanya.
Kunyit perlu dikeringkan terlebih dulu sebelum diproses menjadi kunyit serbuk.Setelah siap dicuci bersih, sila keringkan kunyit tersebut dan ia perlu dibiarkan selama sehari sekurang-kurangnya. Anda juga boleh skip step ini jika ingin cepat untuk membuat serbuk kunyit.
Proses kukus dan rebus kunyit hidup adalah untuk menghilangkan kuman dan bakteria dari tanah. Kunyit tidak boleh dikeringkan begitu saja. Ia perlu direbus atau dikukus terlebih dahulu.
Ia bertujuannya untuk:
Melembutkan kunyit supaya proses pengeringan menjadi dengan lebih cepat.
Menghilangkan bau tanah dan juga kekotoran.
Untuk mencantikkan warna kunyit hidup.
Membunuh kuman atau sebarang bakteria bahaya dalam tanah yang melekat pada kunyit.
Untuk menghilangkan getah kunyit dan kelembapannya.
Tempoh merebus atau kukus yang paling sesuai adalah lebih kurang selama 30 minit atau hingga ke 45 minit.
Air rebusan kunyit atau air kunyit juga boleh diminum untuk kebaikan luar dan dalam badan.Inilah rupa kunyit yang telah siap dikukus. Jangan terlebih rebus atau kukus, warna kunyit juga boleh berubah apabila direbus atau dikukus.
Selepas ia direbus, kadangkala warnanya juga boleh bertukar.Langkah yang seterusnya adalah kunyit tersebut perlu dihiris nipis-nipis dan siap untuk dikeringkan.
Tips Menjemur Kunyit Hidup
Elakkan direct cahaya matahari dan seeloknya di bawah pokok atau di bawah bumbung rumah.
Keringkan lebih kurang dalam masa 7 hingga 10 hari. Bergantung pada keadaan cuaca. Kalau cuaca panas terik, kunyit akan lebih cepat kering.
Pencahayaan untuk proses mengeringkan hirisan kunyit sangat penting agar ia cepat kering.
Inilah hasilnya selepas kunyit ini dikeringkan selama 5 hari.
Selepas dikisar, ia perlu ditapiskan supaya mendapatkan kunyit serbuk yang lebih gebu dan halus. Kemudian masukkan kunyit tadi ke dalam blender atau pengisar kering. Sila ulang mengisar beberapa kali sehingga tekstur serbuk kunyit betul-betul menjadi halus.Hasilnya selepas dibuat sendiri, selain dapat jimat dan kebersihan serbuk kunyit juga terjamin.Ini hasilnya serbuk kunyit yang telah siap diproses.
Apabila dibuat sendiri pasti anda akan berpuas hati selain dapat menggunakannya lebih banyak kunyit powder.Kemudian cari botol-botol yang cantik dan refill.
Sedia untuk digunakan untuk masakan yang menggunakan serbuk kunyit. Betul tak cara buat serbuk kunyit sangat mudah?
Selamat mencuba.
Sumber: Sumaiyah Abdullah
“Kenangan Ambil Hati Mentua.” Lebih 4k ‘Share, Wanita Ni Kongsi Resipi Agar-Agar Milo Oreo Viral & Sedap. Mudahnya!

Menikmati minum petang bersama keluarga dengan hidangan yang ringkas tetapi membuka selera pasti membuatkan suasana lebih meriah. Petang ni, ibu-ibu dah ada ke idea nak sediakan menu apa.
Apa kata cuba Resipi Agar-Agar Milo Oreo yang menggunakan acuan puteri ayu. pasti lebih menarik perhatian. Resipi ini dkongsikan oleh puan Zaliana Haidir. Jom cuba ibu-ibu untuk hidangan minum petang bersama keluarga hari ni.
Teringat time baru tunang,masa tu mak buat open house kita pulak buat kan 4loyang puding ni huhuhu #kenangan nak ambil hati bakal mak mertua hahaha
Agar Agar Milo Oreo
(Sukatan untuk 30 acuan puteri ayu)ini pon ada lebihan jd sis tuang ke dlm loyang kecil
Bahan-bahan
Agar agar – 5pkt
Susu Cair – 1Tin
Susu Pekat – 1Tin
Gula – (ikut selera nak manis mcm mane)
Milo – (ikut selera nak pekat pon lagi syokk)
Biskut Oreo (di patah kan)- 2pkt
Air
Cara membuat:
Masukkan 3.5liter air dan letak kan 3pkt agar agar masak sampai mendidih,bila agar agar dah hancur masukkan 1tin susu pekat,milo,&gula sikit.Kacau sampai sebati & ketepi kan
Untuk lapisan tengah
Masukkan 1tin susu cair & air sukatan 1tin letakkan agar agar 2pkt..masak sampai mendidih kemudian letak kan sikit gula kacau sampai sebati
Layerkan
Bila dah suam agar agar nya buat lapisan
Letak kan agar agar milo dulu,bila dah agak mengeras lapis kan yg susu dan terus letakkan biskut oreo yg dh dipatah2 kan bila dah agak mengeras masukkan lapisan agar agar milo pula…
(Untuk lapisan jangan tunggu agar agar dah sampai betul2 mengeras,rasa terlebih dahulu bila dah sesuai baru buat lapisan & Jangan baru letak yg milo terus letak susu nanti tak jadi lapisan nye)

SIAP
Hilang Kawalan Bila Marah Anak? Kawal Diri Agar Tidak Melakukan Hukuman Yang Membahayakan Mereka Ini

Sebesar apa pun kesalahan anak-anak,jangan marah mereka dan memberi hukuman yang tidar wajar dilakukan kepada mereka yang masih lagi kecil.
Ilmu penjagaan anak-anak perlu dipelajari oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak membesarkan dengan keadaan mental dan fizikal yang sihat. Dalam proses mereka membesar, terdapat pelbagai kerenah atau perangai baharu yang akan dilakukan oleh anak-anak.
Oleh itu, ibu bapa perlu tahu cara untuk menegur anak-anak dengan betul agar tidak memberikan kesan yang mendalam pada mereka di kemudian hari.
Apa yang paling ditakuti bila mak ayah jadi tertekan dan naik angin bila menguruskan ramai anak kecil di rumah. Mudah sangat jadi hilang kawalan dan mula menghukum anak dengan cara yang sebenarnya sangat bahaya pada mereka.
- Pukul Kepala Dan Muka Anak
Banyak organ yang penting ada pada kepala anak. Kepala anak yang dipukul boleh tercedera sehingga berlaku gegaran (cerebral concussion) dan pendarahan dalam otak. Tempurung kepala boleh retak.
Mata boleh cedera sehingga cacat penglihatan anak. Telinga boleh cedera hingga boleh pecah gegendang telinga.
Artikel Berkaitan
- Campak Anak Ke Lantai Dan Dinding
Bila terlalu marah, ada anak yang dicampak umpama patung permainan. Kesannya, dahi jadi luka, tangan patah, bibir pecah, badan jadi sakit sebab lebam.
- Baling Barang Pada Anak
Objek yang keras boleh mencederakan anak. Buku atau permainan yang dibaling boleh buatkan anggota badan anak luka berdarah.
Menghukum anak mestilah dengan niat untuk mendisiplinkan anak dan bukannya untuk mencurah segala rasa marah pada anak.
- Pukul Sampai Luka Dan Lebam
Lebam dan luka pada badan anak yang kecil dikira keterlaluan. Tak patut untuk seorang budak menanggung sakit disebabkan lebam berhari-hari lamanya.
Jangan terkejut kalau anak menyimpan dendam sehingga mereka sudah dewasa.
- Menggoncang Anak
Inilah yang paling ditakutkan. Bayi atau anak kecil yang digoncang terlalu kuat. Akibatnya sangat teruk. Anak boleh ada pendarahan yang banyak dalam otak sehingga seluruh otak bengkak, ada pendarahan dalam mata dan patah tulang rusuk serta tulang belakang. Inilah yang dinamakan sebagai ‘Shaken Baby Syndrome’.
Menurut buku bertajuk “Shaken Baby Syndrome: A Multidisciplinary Approach”, dilaporkan 15-30% bayi yang mengalami keadaan ini meninggal dunia dan hanya 10% sembuh tanpa sebarang kecacatan otak.
Minta tolong sangat kawan-kawan sebarkan ilmu ini pada mak ayah yang lain. Tersilap sekali, menyesalnya seumur hidup. Jika terlalu stres, dapatkan bantuan ahli keluarga yang lain dan jauhkan sekejap diri dari anak-anak.
Sumber: Facebook Redza Zainol
Mesti Baca :
Tip / Petua
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club