Dekorasi

Cara Praktikal Rumah Kekal Wangi 24 Jam, Guna Cara Ni!

Share

Siapa yang tak suka bila rumah sentiasa wangi dan nyaman? Bau yang harum bukan saja buat kita lebih tenang, tapi juga tinggalkan kesan positif untuk penghuni dan tetamu.

Bahkan, rumah yang wangi bukan sahaja memberikan suasana yang lebih selesa, tetapi juga mencerminkan kebersihan dan keprihatinan kita sebagai penghuni.

Dengan beberapa langkah mudah, kita boleh pastikan rumah kekal harum sepanjang masa. Jom mulakan!

1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot 

Bahan-Bahan:


1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum

Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000!
Daftar sekarang

2. Kilatkan Lantai Rumah 

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3.Wangikan Rumah 

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4.Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat Mencuba 

Kredit : nik zainah muhammad