Cara Pantas Jika Mahu Bersihkan Jubin Berlumut. Hanya Guna Tiga Bahan Ini Sahaja. Cukup Mudah, Ibu-Ibu Boleh Cuba Ni!

Share

Kawasan paling banyak bakteria adalah bilik air. Tidak hairanlah apabila lambat dibersihkan, jubin di dalam bilik air mudah kelihatan kotor dan comot. Nampak seperti mudah untuk bersihkannya, tetapi sukar sebenarnya jika dibiarkan terlalu lama tak dicuci.

Nak nak lagi musim perayaan begini, pasti ramai anak, menantu dan cucu yang pulang beraya ke kampung. Jadinya, ibu-ibu boleh cuba tip mudah ini!

Bagi ibu-ibu yang alah atau sensitif dengan bahan kimia di dalam pencuci pasti akan menghadapi situasi di mana jari jemari  menggelupas. Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?

Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:

Bahan-bahan:

• 7 cawan air

• 1/2 cawan soda

• 1/3 cawan jus lemon

• 1/4 cawan cuka

Caranya:

• Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.

• 2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.

Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.

Tip tandas sentiasa bersih dan wangi:

• Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.

• Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.

• Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.

• Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.

• Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.

Panduan Menghias Bilik Mandi:

• Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.

• Pasang cermin muka di dinding bilik air.

• Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian

• Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.

Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak:

• Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.

• Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.

• Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.

• Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.