Kawasan paling banyak bakteria adalah bilik air. Tidak hairanlah apabila lambat dibersihkan, jubin di dalam bilik air mudah kelihatan kotor dan comot. Nampak seperti mudah untuk bersihkannya, tetapi sukar sebenarnya jika dibiarkan terlalu lama tak dicuci.
Nak nak lagi musim perayaan begini, pasti ramai anak, menantu dan cucu yang pulang beraya ke kampung. Jadinya, ibu-ibu boleh cuba tip mudah ini!
Bagi ibu-ibu yang alah atau sensitif dengan bahan kimia di dalam pencuci pasti akan menghadapi situasi di mana jari jemari menggelupas. Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?
Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:
Bahan-bahan:
• 7 cawan air
• 1/2 cawan soda
• 1/3 cawan jus lemon
• 1/4 cawan cuka
Caranya:
Ads
• Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
• 2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Tip tandas sentiasa bersih dan wangi:
• Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
• Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
Ads
• Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
• Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
• Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Panduan Menghias Bilik Mandi:
• Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
• Pasang cermin muka di dinding bilik air.
Ads
• Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
• Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak:
• Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
• Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
• Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
• Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak kema rumah bukan aje ruang tamu ajer tetapi bahagian -bahagian lain rumah. Begitu juga dengan rak televisyen. Basanya rak ini, penuh dengan wayar. Sudah tentunya menjadikan padangan mata agak ‘kurang sedap’ bila tengok.
Ada juga yang cuba menyorok wayar ini dengan meletakkan dibahagian belakang tapi kadang terkeluar juga.
Bagaimana pun, menarik dengan perkongsian puan Khalidah Khairizam menerusi group #kemasrumahwithhani, beliau berkongsi cara untuk menyorok wayar rak tv supaya kelihatan kemas.
Ikuti caraya.
First time post di sini, wire management untuk open tv rack, Sedap sikir mata memadang.
Update: Gambar nama ite and shopee dah dimasukkan jugak.
KEMAS!
Kemas, wayar dah tak serabut!
Klip untuk selit wayar di bahagian belakang televisyen. Kreatif!
Semakin hampir nak raya semakin rancak pula ibu-ibu membersihkan rumah agar nampak berseri, kemas dan selesa untuk menerima tetamu. Oleh itu, bagi memudahkan urusan tersebut jangan lupa untuk menggunakan cuka!
Mungkin ada antara ibu-ibu tidak biasa untuk menggunakan cuka sebagai agen pembersih melainkan hanya menggunakan cuka di dalam masakan. Jika ibu-ibu ingin tahu, sebenarnya cuka ini banyak manfaat lain. Nak tahu apa kegunaan cuka, jom kita semak.
Membunuh rumpai
Jangan tak percaya, cuka juga boleh digunakan untuk mematikan rumpai yang tumbuh di laman rumah anda. Cara penyediaannya cukup mudah. Anda boleh terus tuangkan cuka di atas rumpai yang hendak dimusnahkan. Tahap asid yang terkandung dalam cuka itu akan merosakkan tumbesaran rumpai tanpa merosakkan kualiti tanah.
2. Cegah semut
Semut memang tidak suka terhidu bau cuka. Oleh itu sediakan bancuhan 1 bahagian cuka bersama satu bahagian air. Semburkan pada bahagian laluan semut sama ada di dalam rumah mahu pun di luar rumah. Hakikatnya semut tidak akan mati, tapi akan menghindari dari kawasan yang telah disemburkan cuka tadi.
3. Bunga dalam pasu bertahan lama
Umumnya kita suka menghias bunga segar di dalam rumah untuk diletakkan di atas meja makan dan sebagainya. Untuk memastikan bunga kekal segar dan tahan lama menurut Gardening Know How, campurkan 2 sudu cuka dan 1 sudu gula di dalam 1/2L air. Siap bancuhan tersebut, barulah letakkan jambangan bunga.
4. Membersihkan kesan karat
Jika perkakas memasak seperti pisau, sudu malah alatan berkebun cangkul, gunting dan sebagainya sudah mula berkarat, apa solusinya? Mudah sahaja ambil cuka dan rendamkan semua perkakas tersebut di dalam cuka semalaman. Kemudian keesokannya sental dengan berus dawai dan lihatlah hasilnya perkakasan kembali bersinar macam nampak baharu.
5. Bersihkan permukaan lantai
Cuka juga merupakan bahan terbaik untuk mencuci permukaan tile kediaman anda. Basahkan keseluruhan permukaan lantai dengan air terlebih dahulu dan tuangkan cuka secara merata. Biarkan 30-60 minit (tapi jangan sampai kering) dan gosok. Kotoran paling degil pun akan berjaya dibersihkan.
6. Bersihkan pasu lama
Cuba tengok pasu di luar rumah anda, mungkin sudah kelihatan kusam. Cara untuk mengilatkannya? Tak perlu guna sabun, gunakan cuka sahaja. Sediakan bancuhan 1 bahagian air bersama satu bahagian cuka. Rendamkan pasu di dalam bacuhan tersebut 30-60 minit, dan sental. Kotoran serta tindak balas miniral yang terhasil pada permukaan pasu yang nampak putih-putih tu akan bersih dengan mudah.
7. Cuci tangan lebih bersih
Ramai antara kita lebih selesa melakukan tugas-tugas membersihkan rumah tanpa menggunakan sarung tangan. Ini sebenarnya anda memberi peluang risiko yang tinggi untuk anda mendapat alahan. Cucian dengan air bersih sahaja tidak mencukupi. Anda perlukan sabun atau lebih baik cuci tangan dengan cuka. Ia ibarat anda sterill tangan selepas melakukan kerja-kerja pembersihan.
8. Menyegarkan sayuran
Jika sayur yang dibeli di pasar kurang segar, cubalah rendamkan sayur tersebut bersama rendaman air yang dicampur dengan sedikit cuka. Hasilnya sayur yang hendak dimasak terlihat kembali segar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pantang ada perkongsian petua berkaitan untuk memastikan bahan-bahan dapur kekal segar dan tahan lama, pastinya kita rasa teruja untuk mencubanya. Maklumlah, taklah kita bimbang jika stok makanan tersebut tidak dapat dihabiskan dalam jangka masa pendik.
Ternyata, memang banyak petua-petua sepertinya itu dikongsikan di media sosial. Ini sebagai mana yang turut dilakukan oleh Noor Hafiza Muhamad, turut terpanggil untuk berkongsi beberapa petua yang diamalkannya dan telah di share di dua postingnya yang berbeza. Jom semak.
PETUA UDANG, SOTONG DAN IKAN KEKAL SEGAR DAN TAHAN LAMA DALAM FREEZER
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.