Boleh dikatakan sebilangan besar anak-anak kita tidak suka memilih menu berasaskan mi. Alasan mereka pastikan rasa kapur pada mi tersebut.
Rasa kapur yang ketara dalam bahan kandungan mi kuning ini memang buat terganggu suapan pertama kita. Kalau kita cari di internet, banyak perkongsian bagi menghilangkan rasa kapur ini. Namun dalam banyak-banyak petua, mana satu paling berkesan?
Petua yang kami berikan ini mudah sahaja. Anda bolehlah mencuba petua yang diberikan ini.
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning
Gula pasir
Caranya mudah sahaja.
1. Selepas mi dikeluarkan daripada plastiknya, basuh bersih mi kuning dengan air mengalir.
2. Kemudian rendamkan di dalam bekas berisi air dan taburkan gula pasir di atasnya.
3. Ratakan ke seluruh kawasan dan biarkan mi direndam selama 10 minit atau lebih.
4. Kemudian basuh bersih dan toskan airnya.
5. Masaklah seperti biasa dan hasilnya sangat membantu. Bau kapur insyaallah akan hilang.
2 Cara Lain
Rebus Mi
Selain itu, cara lain untuk menghilangkan bau kapur ini adalah dengan cara merebus mi itu sendiri. Biarkan mendidih seketika dan toskan airnya.
Jangan Celur
Jangan hanya mencelurnya tetapi merebus seketika selepas di basuh bersih. Kalau hanya mencelur, bahan kapur tidak akan tertanggal dengan mudah.
Selamat mencuba!