
Kek Karamel, antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Boleh dijadikan sajian bersama keluarga atau teman-teman untuk minum petang atau sebarang majlis.
Untuk ibu-ibu yang tidak pandai nak buat Kek Karamel ni, usah risau. Beli je adunan dari kedai Eco.
Cara membuatnya cukup ringkas dengan bahan pun tak banyak dan paling ppenting menjimatkan .Tunggu apa lagi, jom cuba petang ni.
Kek Caramel Coklat versi Kedai Eco. Teringinn nak mkn tgk org lain jual Rm35 sbijikk. So kiter cuba buat sndiri dgn bajet xsmpai Rm10. Versi palingg senang. Sy share resepi 👇🏻👇🏻
Mula2 buat gula hangus. Panaskan gula 2Sudu dlm loyang, guna api perlahan.
Next, buat lapisan caramel.
1. 3biji telur
2. 1 cawan susu cair
3. 1 cawan susu pekat ( kurangkan kalau x nak manis )
4. 1sk esen vanila
Campur semua bahan, sy blend je guna blender. Dah siap. Tuangkan ke dlm loyang yg ada gula hangus tadi. Kukus 20minit. Angkat dan sejukkan.
Sediakan lapisan kek coklat.
Yg ni versi derhaka sikit. Sbb malas nak buat kek coklat sndiri. Alang2 dah masuk eco, sy beli je tepung kek coklat segera kt eco . Letak 1plastik tepung je dah ckup utk dpt sbijik kek mcm dlm gmbr.
Cara senang jee ;
1. Masukkan tepung kek
2. Masukkan telur 1biji
3. 5sudu besar minyak masak
4. 3/4 cawan gula
5. 1/2 cawan air
Putar je semua sekali. Dah siap. Tuang dlm loyang yg ada karamel td. Kukus dlm 40-50minit ( sampai kek masak )
Done 😍
ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Wanita Paling Bertuah & Bahagia Adalah Wanita Yang Memiliki Suami Baik Dan Beriman- Prof Dr Muhaya

Pernikahan adalah tentang cinta, tentang persahabatan, tentang kesabaran dan tentang kehidupan. Pasangan lelaki dan wanita diciptakan antara satu sama lain untuk saling melengkapi. Kecintaan dan kasih sayang antara suami isteri bukan sekadar di bibir sebaliknya kena dari hati yang ikhlas dan jujur selain mendapat keredaan Yang Maha Esa.
Menjejaki titian kasih pasangan Prof Dr Muhaya Mohamad dan suami kesayangan, Dato Dr Azmi Jamion yang membina mahligai cinta tatkala masing-masing masih bergelar pelajar nyata cukup istimewa.
“Pertama kali bertemu suami adalah pada tahun1976. Ketika itu ada Piala Perdana Menteri dan saya salah seorang ahli jawatankuasa bagi program berkenaan. Daripada situ kami mula berkenalan dan sempat bermain ping pong bersama. Waktu itu, kami sudah mula suka antara satu sama lain. Sebelum pulang, suami minta alamat saya untuk berhubungan. Waktu itu tiada kemudahan telefon seperti sekarang. Jadi kami berhubung melalui surat.
“Setiap minggu kami saling mengutus surat sehinggalah pada tahun 1979 saya tinggal di asrama di Pantai Baru manakala suami pula di Jalan Raja Muda. Kebetulan teman serumah saya, Dr Wan Sapiah seorang yang agak alim orangnya. Dia yang bagi cadangan supaya saya dan suami bernikah awal. Daripada berjumpa selalu baik kami nikah. Katanya berjumpa tanpa ada ikatan nanti berdosa, saya pun terfikir betul juga apa yang kawan saya cakap .
“Walaupun tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang tetapi kami selalu berjumpa, makan bersama dan belajar bersama. Itu juga dikira berdosa. Akhirnya kami memilih untuk berkahwin kerana mahu mendapat keredhaan Allah dan mengelak maksiat. Waktu itu saya dalam tahun kedua dalam bidang perubatan.
“Tetapi saya bimbang penerimaan keluarga dengan keputusan tersebut. Waktu nak telefon ayah, saya jadi was-was. Tetapi tak sangka lepas cakap, ayah setuju dan tak tahu kenapa ayah saya boleh bersetuju. Mungkin juga ayah saya orang yang beragama dan dia tahu itu juga satu benda baik. Cuma ayah minta kami nikah gantung dan tidak duduk bersama supaya saya tidak mengandung kerana takut susah nak belajar.
Jimat kongsi makan dan minum berdua
“Istimewanya ikatan pernikahan ini bukan sekadar mengelakkan maksiat, sebaliknya selepas berkahwin saya masih mampu mengekalkan momentum dan muncul pelajar terbaik. Itulah berkatnya apabila berkahwin tanpa ada maksiat. Selepas berkahwin, kami bebas ke sana ke mari dan boleh membonceng motosikal suami untuk ke kelas, belajar di perpustakaan sampai tengah malam kerana ada suami sebagai peneman.
“Bukan itu sahaja, apabila bergelar suami isteri kami boleh berjimat. Kalau pergi makan, mesti kami kongsi lauk dan order satu teh ais sahaja. Disebabkan duit pun tak ada sangat masa itu.
“Jika saya penat dan sebagainya, suami akan bawa tengok wayang dengan menaiki motosikal. Memang hidup saya sangat gembira dan selalu saya cakap pada kawan takutnya jika Allah tarik balik nikmat yang saya peroleh ketika itu. Tetapi kawan saya cakap jika kita bersyukur insyaAllah, Allah akan kekalkan nikmat tersebut. Jujurnya, banyak kegembiraan yang saya peroleh berbanding cabaran ketika itu.
Tunjuk perangai sebenar
“Dulu saya kenal suami umur 17 tahun dan dia cinta pertama saya. Saya rasa cinta kami sangat asli dan jujurnya sebelum berkahwin perangai saya tidak elok. Saya garang, suka marah, suka merajuk tetapi selepas kahwin suami puji perangai saya lebih baik dari sebelum ini (sebelum berkahwin). Ini semua sebab hukum Islam yang mana lepas kahwin kena taat pada suami. Pendek kata, sebelum kahwin saya tunjukkan perangai tidak elok, tetapi selepas kahwin saya berubah untuk menjadi lebih baik. Pada saya lebih baik kita tunjukkan perangai sebenar sebelum kahwin. Tidak ada kepura-puraan sebelum itu.
“Pada saya keikhlasan sangat penting dan yang keduanya, agama dan tujuan perkahwinan itu sendiri. Bukan sama ada terdesak atau sebab sayang. Kita mesti kahwin kerana Allah dan mahu mendapat redhaNya. Macam saya sendiri, saya kahwin kerana mahu mengelakkan maksiat kerana mahu menjaga Agama dan bukan sebab nafsu atau suka. Tetapi lebih kepada menjaga Agama. Itulah keberkatannya.
“Jadi untuk pasangan di luar sana yang sedang belajar, apa-apa yang kita lakukan mesti niat kerana Allah dan berkahwin kerana cinta Allah dan bukannya cinta manusia sebab manusia boleh hilang tetapi Allah sentiasa ada. Apabila kita mendapat cinta Allah maka kita akan mendapat cinta manusia. Ketaatan dan ketakwaan itu sangat penting. Justeru, kita kena tahu tujuan berkahwin.
“Jika kita kahwin untuk bahagia memang takkan bahagia kerana hanya orang yang bahagia sahaja boleh bahagiakan orang lain. Kerana itu, kita kena betulkan dalaman terlebih dahulu iaitu fikiran dan emosi mesti positif dan kena tanam dalam diri bahawa agama adalah segala-galanya,” ulas Prof Muhaya yang turut menerima dan menggalakkan anak-anaknya berkahwin awal ketika masih belajar.
Solat berjemaah
Akui Prof Muhaya, ada anaknya yang berkahwin ketika berada pada tahun akhir pengajian dan baginya, wanita yang baik itu cepat berkahwin, murah mas kahwinnya dan banyak anaknya.
“ Itu saya selalu tekankan dan wanita yang paling bertuah dan bahagia adalah wanita yang memiliki suami yang sangat baik, beriman. Apabila lelaki sedemikian yang datang meminang anak saya maka saya akan terima tanpa memberi alasan belajar sebagai halangan kerana belajar bukan segala-galanya. Yang penting jodoh yang baik, waktu yang baik dan jauh daripada maksiat.
“Benda penting adalah belajar dan selalu solat berjemaah dengan suami, minta suami doakan kita. Suami sangat tekankan solat dan agama kena jaga kerana itu yang memberi kebahagiaan ialah Allah dan jika kita menjaga agama maka Allah akan menjaga .Asas dalam sesebuah perkahwinan bukan melihat pada apa yang kita ada tetapi kepada sikap kita kepada apa yang kita ada.
Rumah besar, kereta besar, duit yang banyak bukanlah gambaran kebahagiaan. Biar rumah yang kecil, namun syukur dengan apa yang ada. Itulah asas dalam kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Sumber: Majalah Keluarga
Kes Kematian Anak Akibat Tertinggal Di Dalam Kereta, Ibu-Ibu Kena Praktis Tip Ini Jika Mahu Elakkan Perkara Ini Berlaku.

Satu lagi kes kematian kanak-kanak akibat ditinggalkan di dalam kereta yang diparkir untuk masa yang lama mengundang pelbagai persepsi masyarakat. Ada yang menghulurkan simpati, tidak kurang yang mencerca dan mengutuk kelalaian ibu tersebut.
Jika si ibu sudah biasa dengan rutin menghantar anak tersebut, mungkin keterlupaan tersebut tidak berlaku. Bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur.
Ibu mana yang sanggup membiarkan anak menemui ajal dengan cara sedemikian. Anak yang dikandung selama 9 bulan dibelai dan dijaga dengan penuh kasih sayang, masakan mahu dibiarkan nyawa-nyawa ikan dan akhirnya menemui ajal.
Mungkin itu satu UJIAN buat sang ibu, kita pula tidak tahu lagi bagaimana akan diuji. Biarpun mungkin kelalaian sedemikian tidak sepatutnya berlaku namun jika Tuhan sudah mencorakkannya begitu, siapa kita mahu menolak ketentuan tersebut.
Bagi ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak, mungkin boleh menjadikan tip dan panduan yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dilaman facebooknya. Moga bermanfaat untuk semua.
Kes seperti ini kerap berlaku, dan biasanya disebabkan kelalaian ibubapa. Insiden seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk diri kita sendiri.
Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anda.
1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.
2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin(termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.
3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda dibelakang.
4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.
5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.
6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.
7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.
8. Guna peranti(device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.
9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.
Tahu Ilmu Kewangan Wanita Ini Mampu Hadiahkan Suami Kereta Sebelum Umur 45 Tahun. Inspirasi!

Rezeki itu datang pelbagai cara asalkan niat untuk betul terutama untuk membahagiakan keluarga.
Bagi wanita ini, ilmu kewangan yang dimilikinya mampu untuk beliau merancang kewangan buat dirinya khasnya untuk keluarga.
Bukan suami tidak mampu menyediakan kewangan yang kukuh untuk keluarga, namun ia atas kesedaran diri untuk memberi lebih keselesaan buat keluarga.
Kisahnya cukup inspirasi buat wanita. Moga jadi motivasi untuk penuhi impian diri.
Jom ikuti kisahnya.
SELFISH LA KAN
Budak baju pink tu gambar anak sulung akak pada 12 tahun lepas. Waktu tu, kami jalan-jalan kat sebuah Mall.
Kebetulan lalu ada pameran kereta. Akak tengok suami teruja betul dengan kereta ikan paus. Besar dan panjang.
“Senang… Anak-anak dah besar nak bercuti selesa.” Suami akak bayangkan beliau pandu. Anak akak sorang waktu tu terlompat-lompat kat belakang.
Waktu tu gaji akak dalam RM4,500. Manalah mampu nak beli. Gaji suami? Dah tentulah habis belanja nafkah keluarga.
Masa nak balik, akak bagitau – sebelum usia 45 tahun akak akan belikan kereta untuk dia ya? Akak fokus kumpul emas dan rumah dulu.
Fast forward, sebelum usia 40 tahun dah boleh beli. Deposit dalam +-RM70,000. Bulanan +-RM3,500.
Sebenarnya dah boleh beli sekian lama, tapi akak fokus dulu bebas hutang piutang, simpanan lebih 10 tahun gaji dan dah ada emas juga hartanah yang mencukupi. Pendek kata, fokus sampai in case tak boleh bayar bulanan, mampu selesaikan kereta secara cash.
.
Caranya?
Elak berharap pada satu cabang pendapatan. Pelbagaikan. Sentiasa hidup di bawah kemampuan. Mampu Bentley, pakai Velfire pun dah okay. Selamat juga, camera 360°. Luas dan selesa untuk keluarga. Banyak compartment untuk isi make up akak.
.
Kadang-kadang….
Apa yang kita tak dapat sekarang, jangan give up. Kita akan dapat di masa depan. Yang penting? Berani bermimpi.
Kat hati, niat perlu betul. Sahaja aku nak capai Financial Freedom supaya dapat membahagiakan orang-orang yang aku sayang.
Masalah orang kita, masa susah dengan isteri sorang. Bila senang dua tiga nak pasang. Lambatlah nak bebas kewangan begitu? Asyik serabut dengan banyak hal anak dan bini-bini yang berderet. #apeni?
Akak dan suami?
Kami tahu bagaimana kami bermula. Sebab itulah kami amat jaga zakat sedekah. Kami sentiasa hidup minima 50% di bawah kemampuan. Andai tak bekerja sekalipun, insya’allah income lain-lain mampu menyara keperluan kami.
Hari ini, kami mendidik rakan-rakan bukan setakat menabung emas tapi buat business emas. Sebab kami nampak, melalui Public Gold banyak benda kami boleh capai 5 hingga 10 tahun lebih awal.
Jika kami boleh, SELFISH LA KAN kalau tak kongsikan ilmu dengan rakan-rakan?
Dalam kewangan, hanya satu matlamat yang berbaki. Iaitu suami isteri berhenti makan gaji sebelum usia 45 tahun. Insya’allah, masa terdekat dan melalui Public Gold – pun tak perlu tunggu usia 45 tahun. Sebelum 40 tahun dah mampu pecat bos.
Hari ini akak ada hobi baru. Akak suka tengok suami belek-belek kereta yang akak hadiahkan. Bagi akak, dapat membahagiakan orang yang kita sayang – itulah kebahagiaan.
Salam Sayang
Sumber: Marlia Ramli